Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 16 Oktober 2011

Dosa Semalam

Terbaring kebosanan, Cahaya termenung memikirkan sejarah hidup yang telah dia lalui. Mungkin jika boleh diputarkan waktu, dia mahu kembali ke zaman belasan tahunnya. Zaman bermulanya keremajaannya agar dapat dia mengubah pilihannya. 

Cahaya merenung siling. Kosong. Kosong seperti hatinya yang sudah tidak peduli. 

"Cahaya, abang suka Cahaya. Sudikah Cahaya menjadi teman hidup abang?"

Masih tengiang-ngiang kata-kata itu ditelinga Cahaya. Waktu itu, bertapa bahagianya Cahaya rasa.

Ah! Semua itu tipu semata-mata. Kenyataan palsu yang menjerat. Cahaya mencebik. Memuncungkan mulut. Tanda protes tak puas hati. Babak-babak waktu silam terus tergambar di benaknya.

"Cahaya tak ada hak untuk terasa hati dengan abang dan tiada hak untuk terasa hati dengan akak abang! Sebab Cahaya bukannya isteri abang. Lainlah kalau dah jadi isteri abang nanti"

Cahaya tergamam. 

"Cahaya tiada hak? Habis apa hak abang untuk marah Cahaya? Cahaya bukannya isteri abang!" Cahaya menjawab dengan suara bergetar. Mata Cahaya mula bergenang dengan air mata yang bila-bila masa boleh gugur.

Ya, pertelingkahan itu benar-benar menguji kesabaran Cahaya. Entah mengapa Cahaya masih mahu bertahan. Gerak hati Cahaya mahu Cahaya terus bertahan. Bertahan untuk membuktikan sesuatu. Tapi Cahaya sedar ini akan membuatkan hati Cahaya semakin terguris.

"Lelaki apa saja yang kau mahu. Tidak cukupkah apa yang ku berikan. Kau masih lagi mahu permain-mainkan perempuan lain. Mahukah kau aku hancurkan. Mudah saja aku mahu hancurkan kau. Semua yang aku lakukan kau tak hargai. Berapa banyak sudah aku berkorban di saat kau jatuh jauh ke dalam gaung. Di saat kau sesak tanpa wang. Di saat kau hiba mengenang kekasih yang sudah tiada" Cahaya mengomel sendirian.

Cahaya terus melayan rasa. Cahaya dari tingkap mula hilang perlahan-lahan diganti kegelapan. Namun Cahaya masih belum mahu bangun. 

Cahaya mencapai Iphone4 nya. Melihat jam. Sudah pukul tujuh petang. Cahaya menggodek-godek Iphonenya. Membuka aplikasi Facebook. Perlahan-lahan status-status Facebook Cahaya baca. Bosan tiada yang menarik. Terus Cahaya buka pula profil Facebook Shah. Tersenyum sinis Cahaya memb"aca status Shah. "Pandai betul kau berpura-pura" Getus Cahaya meluat

Ok aku dah ngantuk. Nanti aku sambung lagi. Selamat malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...