Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 18 Januari 2011

Doktor Cinta

Aku ni pandai je jadi doktor cinta orang lain. Tapi diri aku sendiri pun sama juga. Keras kepala sangat-sangat. Kawan-kawan aku dah puas membebel  kat aku. Tapi aku tak juga makan saman. Aku putuskan apa yang aku nak. Selagi aku mampu dan selagi aku kuat, selagi itulah aku akan bertahan dengan cintaku. Cintaku adalah sukar. Bukan cinta biasa bak lagu Siti Nurhaliza. Bukan cinta orang kebanyakan.

Hey, aku mahu jadi pencinta sejati. Walaupun cinta ku ini penuh misteri. Aku tak peduli.  Ya betul aku keras hati. Tapi boleh pula aku jadi doktor cinta. Pesanan buat lelaki, jangan buat perempuan tertanya-tanya samada kamu suka perempuan itu atau tidak. Sila jadi gentleman dan jangan pula kamu anggap perkara itu tidak serius. Mestilah serius kalau perempuan itu suka gila sama kamu tapi kamu tak suka pada dia. Gelak-gelak pula kamu ya. Lagi mudah kalau kamu berdua tidak berkawan lagi. Tiadalah rasa sakit hati. Lagi pula kamu macam chipsmore. Ceh mengaku kawan baik konon. Bukan kawan baik namanya kalau kamu macam chipsmore. Susah betul mahu jumpa lelaki yang gentlemen.  Sudah ada kekasih, tetapi taknak mengaku. Mengaku kawan ja. Sila jadi utuh dengan perasaan sendiri. Kalau tak pasti, jangan nak delare. Ok, sudah nanti aku menjadi lagi emo.





Aku boleh jadi doktor cinta. Tapi dengan diri sendiri, ohh tidak. Sungguh aku keras kepala. Dan apakah dengan nombor-nombor di status FB aku? Itu entri lainlah. 

p/s: teringat kata-kata auntie akupuntur, aku sentiasa berpandangan baik. 

Selasa, 4 Januari 2011

Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 5

Eh, tiba-tiba ada Episod 5 pulakkan. Mestilah ada episod 5 sebab ada cerita terbaru. Ada perkembangan terbaru. Baca dulu yang sudah-sudah.

Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 1
Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 2
Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 3
Kisah Seorang Pemuja Rahsia - Episod 4

Kali ni aku tak tipu. Kali ni dah takda dah usha-usha. Sebabnya, orang yang dipuja itu sudah ada kekasih hati. Aku tak terasa jeles, aku tak terasa kecik hati. Malah aku suka. Akhirnya setelah lama juga aku menunggu. Semoga die berbahagia bersama kekasih hatinya.

Owh, tersangat lama aku tak bercakap dengan orang yang dipuja. sebulan mungkin atau dua bulan? Aku pun tak ingat sebab dah lama sangat. =)

p/s: Selamanya menjadi pemuja rahsia. hehehehhe

Sikap yang meluat

Maafkan sikap yang tiba-tiba menonjol diri
Maafkan sikap yang tiba-tiba semua benda pun nak cerita
Cerita yang membuatkan orang meluat
Maafkan aku tak dapat menahan diri untuk menjadi begitu

Tapi jika aku tak buat begitu
Aku akan rasa murung dan sedih dan keseorangan
Aku tak boleh biarkan diri aku rasa kesunyian
Nanti aku jadi merapu-rapu cakap
Nanti aku terlalu mengingatkan dia

Ok. Aku rasa cam nak tutup je blog aku nih. Sebab semua entri aku sekarang ni entri merapu dan jiwang karat tak ingat. Aku baca pun meluat. Apa kata korang.

Ahad, 2 Januari 2011

Perampasan Hak Mereka

Bukan aku nak merampas. Tapi aku ter-rampas secara tak sengaja.

Ok aku merepek. Aku bukan seorang perampas hak. Aku tak rampas hak kerja mereka. Kalau boleh aku nak bagi semua kerja-kerja aku ni kat mereka. Wehuuuuuu.. weh mana ada kerja senang kat dunia nih. Semua kerja perlu kan kudrat.

Ok aku merepek lagi. Banyak benda bermain-main difikiran ni. Tengah kuat berfikir cara-cara terbaik untuk tempuhi halangan-halangan yang dah ada depan mata ni. Aku buat research sikit kat internet dan tengah cari-cari orang yang aku boleh rujuk dan minta nasihat. Yang penting, FOKUS!! Itu azam tahun 2011 aku. FOKUS hadapi halangan, FOKUS hadapi cinta dan FOKUS hadapi kerja.

Yang penting FOKUS dan teruskan pilihan yang aku dah buat. Ucapkan selamat berjaya kepada aku.

p/s: oopsss, lupa. FOKUS untuk berangan-angan lebih-lebih jugak. Dengan harapan angan-angan menjadi realiti. AMIN!

Sabtu, 1 Januari 2011

Mengingati 2010

2010 penuh diisi dengan keraian cinta rakan-rakan aku. Ada yang aku pergi dan ada yang aku tak dapat pergi. Moga-moga rakan-rakanku yang meraikan cinta ini akan berkekalan selamanya. Owh, terasa bahangnya kerana terlalu ramai yang berkahwin tahun 2010. Lepas satu, satu. Sampai aku tak keep track tarikh-tarikh istimewa mereka ini. Maaflah ada yang aku tak dapat datang majlis-majlis cinta mereka itu. 


2010 aku juga dipenuhi dengan cuti-cuti bersama rakan-rakan dan keluarga. Ke mana aku pergi? Krabi, Langkawi, Melaka, White water rafting, Bukit Merah Lake Town Resort, Chamang Waterfall, Cherating dan Cherating lagi. Saat yang memenatkan dan menghiburkan? Tahun 2011? Owh tunggu la kejap, tak habis lagi cerita tahun 2010 ni. =P


 Tak dapat dilupakan juga, aku terlibat dalam kemalangan. Owh, sampai sekarang aku jadi fobia untuk bawa kereta manual. Walaupun kemalangan disebabkan oleh tayar dan tali pinggang keledar tempat duduk belakang, dan takda kaitan dengan kereta manual, tetap aku masih tak berani lagi nak bawa kancil.


Lagi satu aura kecintaan dalam keluarga aku. Kakak aku bertunang. Yeay!! Akhirnya dapat merasa keraian dalam keluarga. Yehuuuu. Banyak sungguh makna-makna tersirat disitu. hihihihihihihihihi.. Apa-apapun tahun depan akan penuh dengan cerita-cerita tentang persiapan kahwin antara ayah, mak dan adik-beradik aku. =)


Itu kisah yang nampak digambar. Yang tak nampak digambar? 2010 aku dipenuhi dengan banyak sangat rasa kecewa, putus asa dan tak tentunya arah. Kecewa dan putus asa dalam cinta. Tak tentu arah dalam kerja aku. Tapi, syukur semua itu diubati dengan masuknya aku ke dalam department lain dan dengan kehadiran seseorang dalam hidupku. Semua itu memberi aku rasa baru. Owh tak mungkin juga aku lupa bertapa aku menyukai "lolipop" sebelum aku berjumpa budak baju merah. Kenangan "lolipop" di 2010 akan tinggal di situ. Semoga "lolipop" berbahagia bersama kekasih hatinya. Budak baju merah yang seorang itu pun akan aku tinggalkan di 2010. Budak baju merah yang lagi seorang saja yang aku akan bawa ke 2011.  Budak baju merah yang banyak membantu aku menghadapi kekecewaan hidup =)

Tahun 2011, sudah ada dua rancangan bercuti. Satu ke Bandung dan dua ke Jakarta =). Duit ada atau tiada, belakang kira. Tak da duit tak payah shopping. Jalan-jalan sudah =).

Tahun 2011, aku tentukan arah tuju kerjaya aku. Aku tentukan kemana aku mahu pergi. Mahu fokus dan tak main-main lagi. Aku semaikan rasa kecintaan dalam hati. Aku kuatkan hati aku untuk hadapi dugaan yang aku tahu aku akan alami di 2011. Jika dugaan itu dapat diatasi, tamatlah zaman berseorangan aku di 2011. Insyaallah, moga dipermudahkan segala azam 2011 ku.

Jadikan 2010 iktibar dan jadikan 2011 lebih baik lagi. Selamat tahun baru 2011!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...