Halaman

Pengikut-pengikut

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ini sangat tipu

Aku rase sangat lapar setelah dua hari tak rasa lapar. Kenapakah? Wahai perutku cepatlah kamu sembuh.

Khamis, 27 Oktober 2011

Perkara-perkara Sensitif apabila Berbicara

Aku tak pernah rasa sangat marah dalam hidup ini. Tidak pernah langsung dalam ingatan aku pun aku marah. Tapi Jumaat dan Sabtu lepas semuanya terlepas. Baru aku rasa bertapa teruknya perasaan marah itu. Terutama sekali aku tak boleh buat keputusan yang mengikut pertimbangan akal.

Aku rasa setiap orang ada hal yang sensitif yang kalau berbicara tak kena cara memang habislah. Ini antara hal-hal yang aku rasa sensitif untuk dibicara secara terlalu terbuka

Agama: Jika tak kena gaya berbicara boleh menyinggung perasaan orang. Terutama berbicara dengan orang lain agama.

Keturunan: Ya.. kalau tak macam mana boleh jadi peristiwa berdarah 13 Mei. (Eh betulke 13 Mei?)

Wang: Yes baby, money. Aku rasa masalah rumah tangga banyak berpunca daripada wang. Tul tak? Lepastu kes orang pinjam duit tak bayar. Bila diminta, dia pula yang marah kita. Sensitif benar. Padahal dia yang pinjam duit orang. Sampai tak nak berhubung dah lepas ni. Apa kes. Orang berbudi pandai pandailah berbahasa. Belum lagi kes rebut harta. Ada kene mengena jugaklah kan harta dan wang.

Kepercayaan: Ini aku sensitif sangat. Kalau kita cakap benar orang tak percaya, memang terasa hati sangat. Sekali orang tak percaya kat aku. Memang susahlah aku nak terima atau percaya orang tu. Orang tak  percaya, mungkin sebab die pun suka menipu. Jadi bila kita cakap sama seperti apa yang dia tipu, sebab tu la dia tak percaya. 

Hak: Lagi-lagi bila orang tu tak sedar dia gunakan hak orang lain. Lepas tu ada hati nak cakap pasal hak. Nak kata orang ni tak da hak. Orang tu tak da hak. Fikir balik, Mana hak isteri kau yang kau abaikan?

Politik: Tak payah cerita panjang, semua orang emo bile bab politik nih

Cukai pendapatan: Boleh pulak masuk pasal cukai kan. Apabila cukai yang dipotong lebih banyak dari gaji ko. wohaa.. hahah. ada ke macam tu? Bukanlah. Sensitif bila dapat tahu duit cukai pendapatan itu digunakan untuk benda yang tak sepatutnya. Actually ni pun boleh masuk under wang. 

Jadi adalah antara hal-hal di atas tu yang membuatkan aku meletup pada Jumaat dan Sabtu lepas. Aku marah, aku menangis, aku buat keputusan. Dan budak-budak ofis perasan aku hari Jumaat itu adalah sangat tegang dan mata sembab gila. Heh, pedulikah aku? Semua orang pun jadi takut nak cakap dengan aku. Padahal tak mungkin aku akan marah korang nih. Heh... Aku dah mengarut disini.

Mesejnye disini sebenarnya. Dalam keadaan marah, seboleh-bolehnya janganlah membuat sebarang keputusan. Bagi aku bila marah, mind kau shutdown. Tak ingat apa dah.

Jadi marilah menarik nafas dalam-dalam bila rasa mau marah. 

p/s: Tajuk entri aku tak boleh blah kan? hahahah

Sabtu, 22 Oktober 2011

You are the one

‎"There is no one out there who can really tell you whether or not someone is right for you; you're the one who really knows what's going on in your relationship. As long as you are happy then he may be the one for you, just remember: you would want someone who you can grow with and not someone who brings you down, someone who loves you for who you really are and not someone you'd have to rearrange your life for to suit his. "

Rabu, 19 Oktober 2011

Suami 'Makan Luar' Episod 1

Harini tergerak nak tulis sesuatu yang kontroversi. Tengok tajuk, Suami 'makan luar'. This is real story. Kenapa suami 'makan luar' walaupun dah ada isteri kat rumah?

I had faced this issue several times. A lot of married guy want to tackle me. I don't know why. And what are their intention. Why because why me? Why not other people? What is within me that they see that single guy didn't see? And their intention? Some are good intention and some are bad intention.

The bad intention. This one day I have YM Conversation with one married guy who want to tackle me. I know his intention. He tackle me not to marry me but he tackle me just to have s*x.

I asked him openly: "Kenapa married man suke main luar? Isteri kat rumah tak cukup ke?"

So, he answered: "Die nak lebih kot. Tak puas"

I asked him again: "Kenapa tak puas? Tak penah cakap kat wife ke?"

He answered: "Penah cakap. Tapi die senyap je"

Then again I asked: "Habistu kenapa tak kawin lain je,halal. Tak payahlah nak makan luar"

He did not answer my question.

So I stated to him: "So the main point makan luar sebab tak puas lah ye?"

He agreed with me.

That is one of my conversation with married guy like this.

Jadi mari lihat some points here:
1) Isteri dia tu memang kesianlahkan. Tak tau yang suaminye makan luar. Padahal kat rumah si suami sikit punya baik. Kesian-kesian.
2) Ada kes suami nak kawin lain, tapi ditentang. Terfikir tak kenapa suami nak kawin lain? Pernah tak dibincang punca-punca suami nak kawin lain. Ini tidak, terus marah pada si suami. Akhirnya sebab tak dapat kawin, senyap-senyap suami kau makan luar. Mungkin ini yang isteri lagi suka kot. Sebab takdelah si isteri terasa hati. Sebab tak tau suaminya makan luar.
3) Dah tau tak bagi atau marah suami kawin lain, cubalah berubah. Asik selekeh je kat umah, mana suami tak cari lain.
4) Then, mesti ade org salahkan pompuan yang suaminya nak kawin. Suaminya tak salahlah ye? Agaknya mula-mula sebelum kawin sape yang kaco sape ek? Kalau si suami tak menggatal, macamana pompuan tu boleh melekat pulak.
5) Owh another point, suami makan luar sebab tension. Tension pasal keje. Tapi si suami ni pun kenapa tak lepaskan kat isterije?

Mesejnya disini:
Beware wahai isteri-isteri. Kat umah suami nampak baik, alim. punyalah puji suami. Tapi si suami makan luar. Aku kenal tiga orang dah orang macamtu. Keje diorang? Not bad. Pangkat eksekutif. Pangkat bos pun ada. Sebab tu I tak terkejut pun kalau ex-bos i (u know who) kawin lain.

My tips:
Kalau suami selalu kluar malam2 tu, make sure la korang tau kemana diorang pergi. klu boleh ikut je skali. jangan nak malas-malas nak duk rumahje.


Ahad, 16 Oktober 2011

Dosa Semalam

Terbaring kebosanan, Cahaya termenung memikirkan sejarah hidup yang telah dia lalui. Mungkin jika boleh diputarkan waktu, dia mahu kembali ke zaman belasan tahunnya. Zaman bermulanya keremajaannya agar dapat dia mengubah pilihannya. 

Cahaya merenung siling. Kosong. Kosong seperti hatinya yang sudah tidak peduli. 

"Cahaya, abang suka Cahaya. Sudikah Cahaya menjadi teman hidup abang?"

Masih tengiang-ngiang kata-kata itu ditelinga Cahaya. Waktu itu, bertapa bahagianya Cahaya rasa.

Ah! Semua itu tipu semata-mata. Kenyataan palsu yang menjerat. Cahaya mencebik. Memuncungkan mulut. Tanda protes tak puas hati. Babak-babak waktu silam terus tergambar di benaknya.

"Cahaya tak ada hak untuk terasa hati dengan abang dan tiada hak untuk terasa hati dengan akak abang! Sebab Cahaya bukannya isteri abang. Lainlah kalau dah jadi isteri abang nanti"

Cahaya tergamam. 

"Cahaya tiada hak? Habis apa hak abang untuk marah Cahaya? Cahaya bukannya isteri abang!" Cahaya menjawab dengan suara bergetar. Mata Cahaya mula bergenang dengan air mata yang bila-bila masa boleh gugur.

Ya, pertelingkahan itu benar-benar menguji kesabaran Cahaya. Entah mengapa Cahaya masih mahu bertahan. Gerak hati Cahaya mahu Cahaya terus bertahan. Bertahan untuk membuktikan sesuatu. Tapi Cahaya sedar ini akan membuatkan hati Cahaya semakin terguris.

"Lelaki apa saja yang kau mahu. Tidak cukupkah apa yang ku berikan. Kau masih lagi mahu permain-mainkan perempuan lain. Mahukah kau aku hancurkan. Mudah saja aku mahu hancurkan kau. Semua yang aku lakukan kau tak hargai. Berapa banyak sudah aku berkorban di saat kau jatuh jauh ke dalam gaung. Di saat kau sesak tanpa wang. Di saat kau hiba mengenang kekasih yang sudah tiada" Cahaya mengomel sendirian.

Cahaya terus melayan rasa. Cahaya dari tingkap mula hilang perlahan-lahan diganti kegelapan. Namun Cahaya masih belum mahu bangun. 

Cahaya mencapai Iphone4 nya. Melihat jam. Sudah pukul tujuh petang. Cahaya menggodek-godek Iphonenya. Membuka aplikasi Facebook. Perlahan-lahan status-status Facebook Cahaya baca. Bosan tiada yang menarik. Terus Cahaya buka pula profil Facebook Shah. Tersenyum sinis Cahaya memb"aca status Shah. "Pandai betul kau berpura-pura" Getus Cahaya meluat

Ok aku dah ngantuk. Nanti aku sambung lagi. Selamat malam.

Sabtu, 15 Oktober 2011

2 minggu 2 kg

Kitekan tak tahulah kenapa..
Perut kite ni kan dah buncit sangat tau..
Nampak cam orang mengandung dah tau..

Kite pelik sangat tau
Kite tak rasa lapar
Kite penah cube tau
Kalau kite makan pagi kan
Pastukan tengahari dengan malam tak makan kan
Kite tak rasa  lapar pun malam tu

Kenapa ek?
Sebab angin ke kite tak lapar?
Tapi kite rasa kite tak lapar sebab sistem pencernaan kitela.
Sistem pencernaan kite tak betul
Malam pun kalau sendawa kite rasa lagi makanan kite makan pagi tadi tau

Tapikan, walaupun kite tak laparkan.
Kite rase nak makan je tau
Perut kite dah penuh dah senak pun kite rase nak makan lagi
Kenapa nafsu kite bertambah tambah ni?

Kesian betullah sistem pencernaan kite ni
Kite dah jadi gemuk gile ni tau
Ape kite nak buat ye?

Sedih tau kite gemuk mendadak dalam dua minggu
Semua baju pun tak muat tau
Terpaksala kite pakai baju besar besar
Bos kite pun dah tegur kite tau






Selasa, 11 Oktober 2011

Are my digestive system shutting down?

Isnin, 10 Oktober 2011

Please stop stealing my heart away

Heartbeat
Heartbeat
Heart heartbeat
 
  I saw you talking on the phone
I know that you were not alone
But you're stealing my heart away
Yeah, you're stealing my heart away

You're acting like you're on your own
But I saw you standing with a girl
Stop trying to steal my heart away
Stop trying to steal my heart away

I don't know where we're going
I don't know who we are
Feels like we were floating
High above the star

STOP STEALING MY HEART AWAY

Just stop stealing my heart away. Why? Hey read above. I saw you. I know you more than you know yourself. All the efforts were no worth it. Just stop stealing my heart away. And so you know why I keep playing this song.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...