Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 30 November 2011

Mental Abuse

This last three weeks i had experienced the most mental abuse. Being threat and you don't know who can help you make your mind freeze. Nothing can be thought in your head.

Tak mengapalah semua itu telah berlalu. Biar di akhirat sahaja Allah s.w.t membalas. Aku ni bukan lah baik sangat. Tapi aku tak baik pun aku sorang sorang je tak melibatkan orang lain. Tapi dari segi perhubungan antara manusia, aku cuba untuk jadi yang terbaik. Sebab bagi aku, itu menunjukkan siapa diri kita sebenarnya. Tak kirala bertapa besar salah yang dia atau aku telah lakukan. Guna sahajalah bahasa ganti diri yang biasa digunakan. Sebelum ini bila bercakap dengan panggilan nama. Tapi disebabkan dendam atau marah panggilan pun dah bertukar jadi "aku" dan "kau". Bahasa pun dah kasar. Entah apa yang dia cuba buktikan pun aku tak tahu. Lagi pula bila berbicara tentang benda yang belum sepenuhnya milik dia yang bila-bila masa benda tu boleh terlepas dari genggamannya.

Ya, ini pengajaran untuk aku juga. Supaya tidak mudah percaya orang. Ye la orang semuanya bermulut manis bila ada hajat. Selepas apa yang dihajati sudah dalam tangan. Mulut manis tu bertukar jadi mulut pahit dan masam dan menjadi tidak sedar diri. Ya dari pengalaman ini juga aku menjadi faham kenapa dalam perkahwinan itu perlu sekufu. Dan dari pengalaman ini juga aku belajar taraf pendidikan, lokasi kita menetap dan didikan dari kecil mempengaruhi cara seseorang itu berfikir dan mengambil tindakan.

Apa-apa pun pengalaman aku didera dari segi mental tidak akan aku lupakan dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dari jahat manusia.

Selasa, 1 November 2011

And i'm trying very hard not to tell random friends about my problem
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...