Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 18 Januari 2012

Frust tidak bercinta

Dia sangat suka budak tu
Malah sudah jatuh cinta pun
Dia rasa tak boleh hidup tanpa budak tu

Dia tanya kita
Budak tu agaknya ada makwe dah ke?
Budak tu agaknya suka kat aku tak?

Kita cakaplah 
Budak tu kawan je

Tapi, tapi,
Budak tu selalu tepon aku
Budak tu amek berat tentang aku
Dia cakap kat kita macam tu

Kita pun cakap lagi
Awak, kalau selagi budak tu tak cakap "i love you", "saya suka awak" dan sewaktu dengannya
Budak tu tak jatuh cinta pada awak
Budak tu anggap kawan je

Jadikan
Bila tau budak tu ada orang lain
Atau
Budak tu kurang layan dia
Dia frust
Frust seperti putus cinta

Tapi kita tak pahamlah
Macam mana boleh putus cinta
Tapi tak penah bercinta dengan budak tu

Kita nak tolong lebih lebih,
Kita tak tau sangat.
Kita boleh nasihat
Pastu kita boleh marah dia aje lah....

Jadi kita nak pesan..
Perasaan kita takleh nak elak
Kalau dia nak muncul
Dia muncul jugak perasaan tu

Tapi kita pesan..
Bertindak ikut logik tu
Kita tau dia tak tau kite suka dia,
Jadi apa perlu kita buat?
Kita buat dia jadi tau
Tapi kalau dia tak tau
Tapi kita frust menonggeng, 
Buang karan je...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...