Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 17 Jun 2012

Cuti-cuti Luar Negara: Universal Studio Singapore

Dah lama aku tak update pasal cuti-cuti. Nak buat macamana aku baru sembuh dari luka-luka dulu. Sekarang ni barulah nak "alive'kan balik blog aku ni. Bulan empat haritu kami berpeluang pergi bercuti ke Universal Studio Singapore. Ye lah daripada bersesak-sesak dekat KL dengan BERSIH 3.0 nya. Baik juga pergi berjalan-jalan. Hikhikhik.

Ye, kami sempat pergi USS je. Sebab tu tajuknya USS dan bukan Singapura. Sedikit sebanyak banyak pengalaman baru kami dekat sana. Kami buat keputusan untuk memandu masuk ke Singapura. Perlu diingatkan, sesiapa yang baru pertama kali masuk Singapura dengan memandu pastikan selepas melepasi imgresen, sila dapatkan beli Auto Pass di pejabat imigresen. Auto Pass ni macam Touch N Go kat Malaysia. Setiap kereta yang masuk Singapura kena ada Auto Pass. Tapi Auto Pass ni specific untuk satu kereta je dan pastikan anda reload sekurang-kurangnya Singapor Dolar (SD) 50.

Eloklah "google" tempat-tempat yang hendak dipergi dan jalan-jalan yang perlu dilalui. Ini adalah kerana, Singapura adalah sangat kedekut "signboard". Jangan expect bila masuk Singapura je sudah ada "signboard" ke USS. Oh tidak, "signboard' hanya kelihatan setelah kamu hampir sampai ke destinasi (read: lebih kurang 100m sebelum tempat itu). Lagi satu, signboard di Singapura mengunakan "shortform". Contohnya nak masuk Lebuh Raya Ayer Rajah, signboard hanya akan tulis AYE. Mana tak peningnya. Kami memang dah buat research jalan mana nak lalu untuk ke Vivo City (tempat di mana, untuk naik lrt ke Sentosa Island). Tapi kami sesat jugak. Hampir 2 jam lebih juga sesat. Sesat sebab asyik terlepas simpang sahaja. Tapi paling senang kamu-kamu pakai GPS je lah. Tak payah nak pening-penig kepala.

Setelah bersesat-sesat akhirnya kami sampai juga ke Vivo City. Kami parking kereta dekat situ. Sampai je kami terus cari kaunter tiket Sentosa Express Monorail ke Sentosa Island. Harga tiket 3 dolar. Ting! Dan tiket tu unlimited (READ: boleh naik berkali-kali monorail tanpa beli tiket baru.). Untuk pergi ke USS, sila turun di Waterfront Stesen.

Dah sampai, apa lagi, terus masuk USS lah. Tidak, aku takkan cerita detail apa aku buat kat sana. Sebab kamu-kamu pun mesti tahu ape nak buat kat sanakan. Nanti tak thrill. Hihihihihihihihi.

Tapi, bila dah masuk sini, aku cadangkan kamu-kamu pergi masuk dlu ke Transformer 4D. Kenapa? Sebab kat sini lah beratur paling lama sekali. Adalah dekat sejam jugak beratur. TAPI, kalau kamu-kamu nak masuk cepat, kamu boleh je beli Express tiket bernilai 30 dolar. Semua permainan, kamu boleh cut regular line. Kami tak beli pun sebab sume permainan kejap je beratur kecuali Transformer 4D. 

TIPS apabila di USS:
1) Bawa botol air, panas dan sentiasa dahaga!! Tapi kat dalam USS tu, kat mana-mana pun ada jual air siap dengan botol -botol sekali.
2) Mata wang: Jika kamu setiap kali nak convert ke Malaysia apa yang kamu belanja kat sana, jawabnya tak terbelanja apa-apa lah kat sana. Senang, Nasi goreng kat Malaysia berharga RM5 dan nasi gorang kat Singapura berharga SD5. Kan sama tu harganya. hikhikhik.
3) Aku tak tahulah aku je yang tak jumpa, tapi semua tandas yang aku masuk kat USS ni takda pili air. Terpaksa lah pakai air botol. 
4) Nak bergambar dengan karakter di USS? Nak bergambar dengan Puss in boots ke, Shrek dan Fiona ke, Marilyn Monroe ke atau mana-mana karekter jela, pastikan kamu check masa bila diorang ni keluar. Sebabnya bergambar limited untuk 20 ke 30 orang sahaja. Kalau tengah beratur, assistant dah sebut 10 more picture. Silalah kira dari depan anda lepas atau tak nak bergambar. Kami sempat bergambar dengan Marilyn Monroe je. Yang sweetnya, Marilyn Monroe tu sempat cakap kat kami "Such a cute couple". Hehehhehe kembang sekejap di sini.
5) Sebelum USS tutup, akan ada perarakan karekter-karekter USS. Seronok, pastikan anda cepat untuk mendapatkan port duduk yang sedap. Hikhikhik. Time ni kitorang terpaksa berdiri di celah celah orang yang ramai. 
6) Tempat makan banyak kat dalam USS nih, jadi tak perlu risau. In fact, ada Halal certificate lagi.

PERMAINAN yang mesti main: 
1) Semua roller coaster di USS ada 4 semuanya. Tapi aku sempat naik 3 je.
2) Transformer 4D (paling best, rasa nak naik lagi. Tapi tak sanggup nak beratur lagi sejam)
3) Steven Spillberg Indoor Studio
4) Shrek 4D
5) Water world (in Jurassic Park section) - sila bawa baju salin atau baju hujan. Sebab kamu akan basah lenjun!! hikhikhik.

Dah penat-penat berjalan di USS. Kami sempat masuk MEMA (Muzium Marin). DIsebabkan masa tu dah penat dan kaki dah sakit, tak tau apa yang menarik kat situ. Ada pelbagai oard game dan computer game dekat sana. Tapi aku tak paham macammana nak main. (Sebenarnya aku malas nakbaca instruction permainannya hihih)

Selesai sudah, kami mahu pulang, Mak ai, panjangnya orang beratur nak naik monorail. Last-last kami naik bas tambang ke Vivo City. Malas nak beratur panjang naik monorail. Lagipun kami tak bayar pun naik bas tambang tu. Lagi mudah, sampai je, bayar parking guna Auto Pass dan kami terus belah balik ke Johor Bahru (Ye kami menginap di Johor Bahru. Murah sikit maa!!)

Kesimpulannya
USS SANGAT BEST. YE AKU MAHU PERGI LAGI. TAK PUAS BERJALAN

p/s: Kalau rajin, I will update this post later. Daaaa!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...