Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 15 Julai 2012

Kedai Mamak

Semalam makan kat kedai mamak di Jalan Yap Kwan Seng. Mamak tu ambil order dan belah. Kami order kuey tiow goreng dan mee goreng mamak style dan teh halia panas. Lepas tiga minit, air sampai. Lepas lima minit, mamak yang ambil order tadi datang balik kat kami dan cakap mamak punye lambat sikit dalam 30 minit. Dia tanya kami macam mana. Order samalah tapi malay style. Pastu ada sorang mamak panggil mamak tu. Mamak tu pun belah. Lima minit lepas tu mamak tu datang lagi kat kami, cakap balik hal yang sama. Aiyaaa.. ingat dia sudah pegi hantar itu order. Kami order lagi sekali. 10 minit lepas tu makanan kami sampai.

Aik? Bila masa aku order mihun goreng dengan kueytiow goreng campur cili? Aiyaaa mamak ni salah hantar ka? Tak sempat nak cakap apa-apa mamak tu belah. Kami pun malas, makan jelah. Sambil hirup air. Sedap! Tapi.. Kenapa air ni takde rasa halia? Aiyak, mamak ni bagi teh tarik kat kami. Bantai je lah labu.

Pointnya disini. Kenapalah kedai ni ramai orang walaupun servisnya ntah apa-apa. Lain order, lain yang dapat. Nasib baik mood aku time tu baik. Kalau tak memang aku maki ataupun aku blah bodoh macamtu je.

Itu satu situasi.

Ada lagi satu situasi, tiga kedai makan aku kuar masuk untuk makan malam. 1st kedai, dah duduk lama dah. tapi takda sapa yang ambil order. Orang yang datang lambat dari aku pun dah di ambil order. Takkanlah tak nampak aku tercongok kat meja depan cashier tu. Bukannya aku duk sorok kat belakang. Aku belah gitu je.

Masuk kedai kedua. Siap ambil order. Sambil tunggu makanan tengok berita. Then sambung tengok 999. Makanan kawan sampai dah. Sambung lagi tengok 999. Habis. Tengok pulak cerekarama. Makanan tak sampai-sampai lagi.  hai, takkan la dua jam nak buat nasi goreng. Aku bengang. Aku blah dari kedai tu.

Masuk kedai ketiga. Kali ni aku tanya,  berapa lama makanan siap. Sekejapje. Nasib baik. 5 minit lepas tu makanan pun sampai. Nak tau kedai apa? Kedai mamak. Lagi dua kedai di atas , kedai melayu.

No wonder ramai suka makan kat kedai mamak. Sebab servis dia cepat.

Point here, lebih baik masak di rumah sahaja. Lagi senang. Point lagi, nak meniaga buatlah cara nak meniaga, makanan masak sejam pun tak siap lagi apa cerita ni?

p/s: flight mas dah sampai kuantan. tapi tak sempat landing patah balik ke KLIA. Apa cerita ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...