Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 19 Oktober 2012

Love-Hate Relationship - Pursue your dream work

Again, been toture by one of senior staff in the office. Yes, aku memang degil. Tapi apa kena mengena dengan kena toture itu?


You see, semua orang ada matlamat kerja. Samada nak jade manager atau nak jadi expert.Aku pulak, bila aku pikir dan pikir rupanya aku takde target dalam kerja. Sebabtu aku selamber je buat kerja. Orang lain sibuklah nak study sungguh sungguh untuk ACD, kejar project sana sini, present paper sana sini. Aku lak boleh buat bodoh pulakkan. Buat je apa saja kerja yang diberi pada aku. Takde inisiatif langsung untuk membuat kerja yang boleh menaikkan pangkat aku. Cuba tengok satu satu:

ACD
Tujuannya untuk menilai technical capability staff. Caranya dengan menemu duga staff. Aku rasa bagus ACD ni untuk management nilai tahap kapabiliti staff. Tapi kadang kadang aku tengok orang study bagai nak rak untuk ACD ni. Aku pulak? Boleh pulak wat rilek je. Takdela rilek sangat. Aku preparelah jugak bahan bahan untuk di bawa ke ACD. Tapinya boleh dikatakan aku tak study pun untuk ACD. Bahan untuk bawa ke ACD pun aku prepare 30 minit sebelum ACD.

Kenapa ek camtu?

Mungkin standard aku tinggi sangat kot. kalau aku jadi accesor, confirm ramai tak lepas lagi. hahahhahaha. Sunguh kejamnya aku. Pemikiran aku adalah, study tu tak penting. Yang penting apa yang ada dalam otak ko. Jika masa ACD ko dapat explain dengan bagusnya tanpa studi gila gila. Means ko sudah berjaya. Ilmu tu sudah ada dalam diri ko.

Kalau study bagai nak rak. Then, lepas ACD ko lupa balik apa yang ko study, tak guna beb. Study semata mata nak lulus. Tapi lepas tu lupa. Dengan kata lain, teknikal kapabiliti ko tak bertambah pun.

Boleh nak studi. Tapi sekadar nak refresh bolehla. Sebab tu waktu ACD, even accesor offer nak close certain subject, aku taknak. Sebab aku tak konfident,walaupun aku tahu sikit sikit pasal subject tu. Aku nak, aku boleh explain fluently without bantuan accessor.

Full stop. Fikir fikir balik sebab tu sampai sekarang aku tak lepas ACD kot. Sebab tak studi (alaa, cakap je la aku malas nak studi kan).

Projek
Takdat banyak nak cakap, aku buat je projek apa yang diberi oleh boss. Takde inisiatif untuk create projek baru.. tettttttttt......

Present technical paper
Setakat ni tak pernah lagi present paper. erk.... tak suka present paper... erk.... ohw hatiku bukan disini. Ok, mengada. Aku selalu present untuk kerja je. Selain dari tu, tak pernah. Sebab tu la aku tak menonjol kot dikalangan management. Abis, camne nak naik pangkat ni.

bersambung next entry sebab-tabni-probelm-kalau-tulis-entry-panjang-panjang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...