Halaman

Pengikut-pengikut

Sabtu, 27 Oktober 2012

Wedding Preparation#26: Drama bunga penanggah

Akhirnya siap juga bunga penanggah. Setelah sedikit drama.
Alkisahnya, aku terlebihh rajin, duk kemas box box yang dipenuhi bunga bunga, riben riben dan segala macam lagi. Barang yang taknak, masuk dalam tong sampah. Bunga penanggah dah diasingkan dalam satu plastik lain.
Selesai kemas. Sampah semua sudah dibuang. Rileks, mandi dan makan. Kemudia nakla bubuh duit ke bunga penanggah. Cari cari tak jumpa. Alamak, mak dah gabra. Takut ayah marah. Aku pulak rilek je. Cari cari tak jumpa, dahlah. Aku anggap dah terbuang dalam tong sampah lah. Beli or DIY yang lain je lah. Tapi mak nak jugak cari. Satu hari takleh tido mencari bunga penanggah. Ye la, mak taknak ayah membebel.
Akhirnya, jumpa juga bunga penanggah kat dalam plastik bunga manggar. Fuhh semua orang lega. Tadi, bertungkus lumus menyiapkannya. Hasilnya:

Rabu, 24 Oktober 2012

Wordless Wednesday: Asid Folic

Tengah tengah blogwalking, terbaca pasal acid folic ni. Sepatutnya aku dah stat kena makan asid folic ni<--3 bulan sebelum merancang untuk pregnant. Wah, nampak sangat tak sabar nak ada baby. hihihi

Untuk apa ek acid folic ni? Kata mudahnya untuk senang mengandung dan mengelak kecacatan kepada anak yang dikandung. Ok, jom amek acid folic kat klinik.

p/s: apa lagi persediaan korang untuk kahwin nanti?

Selasa, 23 Oktober 2012

Wedding Preparation#25: Teaser baju nikah

Harini tuesday blues <-- ada ke? Heee heee.... Semakin dekat majlis, semakin takde mood nak wat kerja. Semakin dekat majlis, banyak pula adegan merajuk rajuk ni. Haih.....

Isnin, 22 Oktober 2012

Wedding Preparation#24: Jom deco hantaran!

Weekend haritu, aku sempat mendeco hantaran pihak lelaki kepada perempuan. Alhamdulillah siap. Cuma tinggal meletak barang hantaranje lagi. Barang hantaran akan diletak dan dihias oleh adik beradik en. Tunang. Bukan ape, kalau letak sekarang, nanti nakxbawa balik kampung, kompem barang hantaran tu tunggang langgang dalam kereta. Nak kena jimat space lagi.
Tunjuk sikit gambar....

Ahad, 21 Oktober 2012

Wedding Preparation#23: Design Button Badges

Aku plan nak DIY button badges khas untuk family aku. Dan aku try to stick dengan warna hijau dan peach/oren. So, kat bawah ni antara design yang aku buat...


Dah buat banyak banyak ni rambang mata lah pulakkan nak pilih mana satu.. 

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kesibukan terserlah

Kesibukan terserlah sebab aku tak sempat nak update blog dan tak sempat nak blogwalking. Biasalah kan orang bekerja, ada masa sibuk ada masa relaks.

Dalam kesibukan bekerja pun, masih sempat lagi buat preparation kawin. Plan minggu ni...

1. Siapkan hias hantaran lelaki kepada perempuan
2. Siapkan bunga pahar
3. Siapkan button badge
4. Siapkan signage
5. update progress borang kahwin

Deko hantaran lelaki kepada perempuan aku dengan tunang akan buat bersama. Plan nak siapkan before raya haji. By raya haji, encik tunang boleh bawak balik simpan kat kampung
dia.

Bunga pahar, sambung letak reben. Haritu riben habis. susah jugak nak cari warna riben tu.Kad mydin je aku jumpa riben warna ni. Riben dah beli, boleh sambung balik

Button badge dah 5 design aku buat. Plan nak buat untuk family je. Sedara mara takde button badge. Boleh tak macam tu? Kang ada orang merajuk ca,ne?

Signage pun dah siap design. Print je blum lagi.

Borang kahwin dah bagi semua kat ayah. tapi tunggu nak dapat ic saksi, tu yang tergendala tu. sebab saksi duk kat penang.

ok itu je...

babai

Love-Hate Relationship - Pursue your dream work 2

Sambungan dari post sebelum ni...

Apa kaitan aku kena toture dengan semua benda alah yang aku cerita kat pos sebelum ni?

Kena toture sebab tak visible, kena present paper baru orang nampak, baru senang nak naik pangkat. Jangan kalah dengan orang yang baru setahun dua bekerja. Aku kan dah 5 tahun bekerja. Dan macam macam lagilah kena toture. Taktahulah kenapa suka sangat nak compare dengan orang.

You see, advantage budak tu lain dengan aku. Apa yang lain? Lets see:
1) budak tu dari awal awal masuk keja dah ade orang guide. Suh fokus on one thing je.  Ade mentor tak rasmi guide satu per satu. Aku pulak, awal awal masuk terkontang konting ke sana sini. Buat sana sikit. Buat sini sikit. Pastu, ko expect nak aku expert dengan kerja alu sekarang ni. In fact, aku first time buat semua benda ni.

2) itu je kot perbezaannya. itu je kot advantage budak tu. Kira nasib aku tak bernasib baik berbanding dengan budak tu. Jadi jangan compare aku dengan orang lain.

Dah beberapa kali aku kena toture dengan senior staff ni. Macam macam dah kena toture. Sebab tu la aku selalu ada love-hate relationship dengan kerja aku.

Berbalik kepada entri lepas, mungkin aku kena set matlamat kerja aku ni untuk menjadi expert. Eh, nak jadi expert camne ek?  ok ok aku memang takde plan sume tu. Kalau boleh nak berenti buat bisnes tau.

but the fact is... i really need that knowledge. Jadi orang yang hebat membicarakan cerita teknikal. Tetapi disini? Tak membantu langsung.

ok babai...

Love-Hate Relationship - Pursue your dream work

Again, been toture by one of senior staff in the office. Yes, aku memang degil. Tapi apa kena mengena dengan kena toture itu?


You see, semua orang ada matlamat kerja. Samada nak jade manager atau nak jadi expert.Aku pulak, bila aku pikir dan pikir rupanya aku takde target dalam kerja. Sebabtu aku selamber je buat kerja. Orang lain sibuklah nak study sungguh sungguh untuk ACD, kejar project sana sini, present paper sana sini. Aku lak boleh buat bodoh pulakkan. Buat je apa saja kerja yang diberi pada aku. Takde inisiatif langsung untuk membuat kerja yang boleh menaikkan pangkat aku. Cuba tengok satu satu:

ACD
Tujuannya untuk menilai technical capability staff. Caranya dengan menemu duga staff. Aku rasa bagus ACD ni untuk management nilai tahap kapabiliti staff. Tapi kadang kadang aku tengok orang study bagai nak rak untuk ACD ni. Aku pulak? Boleh pulak wat rilek je. Takdela rilek sangat. Aku preparelah jugak bahan bahan untuk di bawa ke ACD. Tapinya boleh dikatakan aku tak study pun untuk ACD. Bahan untuk bawa ke ACD pun aku prepare 30 minit sebelum ACD.

Kenapa ek camtu?

Mungkin standard aku tinggi sangat kot. kalau aku jadi accesor, confirm ramai tak lepas lagi. hahahhahaha. Sunguh kejamnya aku. Pemikiran aku adalah, study tu tak penting. Yang penting apa yang ada dalam otak ko. Jika masa ACD ko dapat explain dengan bagusnya tanpa studi gila gila. Means ko sudah berjaya. Ilmu tu sudah ada dalam diri ko.

Kalau study bagai nak rak. Then, lepas ACD ko lupa balik apa yang ko study, tak guna beb. Study semata mata nak lulus. Tapi lepas tu lupa. Dengan kata lain, teknikal kapabiliti ko tak bertambah pun.

Boleh nak studi. Tapi sekadar nak refresh bolehla. Sebab tu waktu ACD, even accesor offer nak close certain subject, aku taknak. Sebab aku tak konfident,walaupun aku tahu sikit sikit pasal subject tu. Aku nak, aku boleh explain fluently without bantuan accessor.

Full stop. Fikir fikir balik sebab tu sampai sekarang aku tak lepas ACD kot. Sebab tak studi (alaa, cakap je la aku malas nak studi kan).

Projek
Takdat banyak nak cakap, aku buat je projek apa yang diberi oleh boss. Takde inisiatif untuk create projek baru.. tettttttttt......

Present technical paper
Setakat ni tak pernah lagi present paper. erk.... tak suka present paper... erk.... ohw hatiku bukan disini. Ok, mengada. Aku selalu present untuk kerja je. Selain dari tu, tak pernah. Sebab tu la aku tak menonjol kot dikalangan management. Abis, camne nak naik pangkat ni.

bersambung next entry sebab-tabni-probelm-kalau-tulis-entry-panjang-panjang


Rabu, 17 Oktober 2012

Cerita persiapan kahwin ke?

Lari topik sikit. Asyik asyik cerita pasal persiapan kahwin je.

Sebenarnya nak cerita pasal orang yang banyak membantu dalam persiapan kahwin ni. (eh, ni bukan cerita persiapan kahwin jugakkan? Pedulikan.)

Alkisahnya, sebenarnya, kenyataannya, tunang aku la yang banyak tolong dalam persiapan kahwin ni. Terutamanya part isi-isi borang dan berurusan dengan vendor.

Sebagai contohnya, borang permohonan untuk berkahwin. Tunanglah yang isi segala aku punya borang. Aku tak tengok pun borang tersebut. Semua dia isi. Aku paling malas nak isi-isi borangni. Selalu je aku jadi stress. Jadi encik tunanglah yang setelkan semuanya. Yang aku tahu, dah siap, aku pas ke ayah aku. Tak semak pun borang tu.

Lagi satu, semua vendor encik tunang yang uruskan kecuali vendor butik pengantin. Vendor butik pengantin aku yang uruskan.  Sebab dekat dengan rumah aku. Vendor lain seperti kad kahwin dan photographer, encik tunang yang uruskan. Bila cek dalam tepon, tengok tengok takde pun no tepon vendor vendor itu. Aiyak, lepas ni kena mintak kat encik tunang nombor nombor vendor itu. memanglah proses mencari vendor adalah bersama-sama. Tapi apabila dah dapat vendor, encok tunang uruskan semua pembayaran dan progress.

Ok, lepasni aku kena lebih bertanggungjawab untuk bersama-sama uruskan vendor ni.

Terima kasih encik tunang yang banyak membantu cik tunang ni. Cik tunang ni duk sibuk DIY je. Tak sedar vendor encik tunang uruskan. Tapi walaupun encik tunang yang uruskan, aku tetap tahu update progress nya. Ye la mana taknya aku yang jadi reminder kepada en tunang jadual progress vendor vendor tersebut. Mestilah aku tahukan.

p/s:sepatutnya kad kahwin siap esok. Tengah tunggu email dari vendor. Erk, bukan aku yang tungy email. Encik tunang yang tunggu email. hihihi... hopefully vendor menepati janji. Tapi kitorang boleh ambil kad hari sabtu. Sebab dua duanya kerj.

Selasa, 16 Oktober 2012

Diet#5: Tips kurus cara saya

Masa balik kampung weekend haritu. Emak aku kata aku dah kurus. Yeay! haruslah aku gembira kan. Mak tanya aku wat pe leh kurus. Rahsianya....

Jeng, jeng, jeng!!!

Oopss belum lagi. Terover excited pulakkan.

Selain daripada makan supplement lecithin dan kawal portion makanan (macam tak kawal pun), saya mengamalkan bersauna tiap-tiap hari. Itulah rahsianya.

Walaupun tak sampai lagi target (target aku bukan untuk turun beberapa kg. target aku adalah untuk muat pakai baju favorite aku balik), offcourse aku happy. Dan rumah aku takde scale pun nak timbang berat badan. Plannya nak redeem points credit card. Tapi tak redeem lagi.

Berbalik kepada sauna tadi.

Aku beli online je sauna ni.  Orang tu datang pasang kat rumah aku.  Ada pelbagai jenis sauna ni.  Pilihla mana yang berkenan dan within budget korang.  Orang tu tunjukkan cara-cara nak guna sekali. Servis sangat berpuas hati.

Aku baru guna tiga minggu sauna ni. Sangat suka. Tapi make sure minum air banyak lah.

Sejak ada sauna ni, aku jarang joging. Bukannya taknak jogging. Tapi aku tahu kenapa aku taknak jogging. Sebab lutut aku masih sakit lagi. Jadi terpaksa lupakan aktiviti high impact seperti jogging ini.

p/s: mak aku suruh aku minum sd2. Tapi berbaloi tak? Sesiapa yang pernah try sd2 ni share lah k experience.

p/s2: bagi mengelakkan pertanyaan berulang kali... aku sertakan website tempat aku beli sauna ni k... www.saunamu.com

Isnin, 15 Oktober 2012

Wedding Preparation #22: Door gift dan bunga telur -yeay!!!!settle..

Hasil tangkapan hari sabtu hari tu
Semua barang barang dalam plastik dan kotak itu adalah barang door gift dan bunga telur.  Lega rasanya dah settle. Semuanya ayah aku yang pilih barang barang tu. Maklumlah dia sponsor. Hihihi. Bukan sponsor sebenarnya, guna duit hantaran sebenarnya beli barang tu semua. Jimat dah.
Antara barang yang dibeli:
1. Jar kecil (harga satu jatuh dalam 75sen)
2. Jar besar with reben dan bunga (harga satu jatuh dalam rm220)
3. Bunga telur (harga satu jatuh dalam 30sen)
4. Bunga penanggah
5. Bunga manggar
6. Bunga untuk hiasan hantaran
7. Dan lain lain (lain lain ni adalah barang barang hiasan lain
Tercapai juga hasrat nak jar itu. Cuma kena fikirkan nak letak apa dalam jar tu. Untuk telur, ayah sudah tempah awal lagi.
Minggu ni, ayah dan emak akan settelkan khemah, pa system+dj, maharban, kompang dan borang kahwin aku.
p/s: Ayah aku ingat majlis kahwin aku lagi 3 bulan. Nasib baik aku balik kampung.
p/s2: homestay untuk family lelaki sudah book. Yeay!

Pre-wedding photoshoot

What happen to pageview blog ni? Start counting balik from zero? Owh bukan aku sorang rupanya mengalami masalah yang sama. Bloggers lain pun sama.

Semalam selamat sudah ber pre-wedding photoshoot. Agak-agaknya, tema mana yang aku pilih? Oopss, kena tunggu official photo dululah ye. hihihi... Saja je nak wat suspen.

Anyway, banyak benda settle untuk preparation wedding. Happy dan penat last weekend. Will update in the next post.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Pre-Wedding Idea -live from kesesakan lalu lintas

Sudah sejam dalam kereta tapi tak lepas lepas lagi dari jalan ampang ni. Alang-alang update sikit.

Tadi tunang call our OP tanya wheither weekend ni dia free ke tak untuk pre-wedding photoshoot. Turn out, dia free hari ahad. So, terus book nak buat hari ahad. Actually pre-wedding ni FOC dari wedding package yang kitorang ambil dari dia.

Now tengah duk pikir nak buat tema apa.

Seperti biasa tak boleh tepek gambar sebab guna mobile device. Antara tema yang ada di fikiran kitorang:

1. Berkelah di tepi sungai. Sebenarnya nak terus mandi sungai pas tu.

2. Berkelah di padang yang luas. Dengan props belon and papan hitam. Comel comel punya photoshoot

3. Oldschool. Shoot kat bilik darjah or bas sekolah.

4. Santai. Berjalan jalan makan angin kat shopping mall

Itu antara yaang terlintas di fikiranlah setelah menggoogle segala. Agak agaknya yang mana ek?


Wedding Preparation#21: Hantaran sudah selesai....

Aku nak update blog. Tapi, tapi, kalau update kat mobile device susah nak upload gambar. Hence tergendala proses mengupdate. Tapi harini tak kira jugak. Nak update jugak walaupun takleh tepek gambar.

Sesudah je hari bertunang, kami mula membeli barang hantaran sikit-sikit. Setiap bulan beli satu. Jadi takdala terasa sangat duit habis kalau beli sekali harung. Konon nak tunggu jugakla waktu sale. Tapi barang kami nak bukan ada sale sangat. Jadi, asal jalan-jalan, berkenan and harga berpatutan, terus grab.

Hantaran perempuan ke lelaki
1. Jam tangan ( agak leceh juga untuk pilih, sebab dia suka jam yang ada tarikh dan tali jam taknak yang besi atau kulit)
2. Skin care shaver set
3. Kamera (dah selamat digunakan, actually beli awal tahun sebelum tunang lagi, memang dah niat nak wat hantaran)
4. Handphone (Kena beli, sebab dia asyik mengamuk handphone dia asyik hanged je. Memandangkan sudah uzur, aku decide nak bagi telepon kat dia, pun sudah dipakai dulu)
5. Kasut
6. kemeja dan seluar
7. Cincin nikah (bolehkan buat hantaran?)
8. Sejenis makanan (tak tahu lagi nak bagi cupcake atau choklate atau buah)
9. Sirih junjung

Hantaran lelaki ke perempuan
1. Jam tangan
2. Body care
3. Perfume
4. Tab (sudah guna jugak, ini pun pikir jugak nak bagi ke lelaki atau perempuan. Tapi disebabkan belah lelaki dah cukup, letak belah perempuan punya)
5. Mas kahwin
6. Sejenis makanan (tak decide juga nak letak apa)
7. Sirih junjung

Semua barang barang ni dibeli  bersama-sama sebab kalau beli asing asing dia merajuk. See, lelaki lagi kuat merajuk tau daripada perempuan.

Hantaran dah kira lengkap, sebab makanan dan sirih junjung hanya boleh disediakan 2-3 hari sebelum majlis.

Bekas hantaran pun dah 50% siap. Cuma nak kena bawa balik kampung untuk sambung hias. Teaser ada, tapi takleh nak di upload.

Yang pentingnya disini, beli hantaran ikut kemampuan masing-masing. Jangan nak ikut orang tau. Beli juga hantaran yang kamu biasa pakai dan kamu amat memerlukannya. Jangan tadi lepas kahwin, barang hantaran tu duk terperuk je tak guna. Beli mahal mahal tapi tak pakai wat pe kan.

Tu je nak membebel...

Babai...

Khamis, 11 Oktober 2012

Nexus7, Tablet pertama guna Jelly Bean

Nexus7, Tablet pertama guna Jelly Bean

eh? jelly bean? guna jelly kat gadget?

Bukan jelly makanan tu lah. Tu nama sistem operasi android 4.1 jelly bean.

Apa yang bestnya?
1. 16gb storan
2.1.3 GHZ 4 CORE Processor
3. 1 Gig RAM
4. 1.2 megapixel kamera

dan yang paling best adalah:

Harganya RM999. Lebih murah berbanding branded tablet yang lain.

 Untuk tahu lebih detail, klik link di atas k.

Sungguh Akhir Zaman

Bila pangkat berian manusia dibanggakan
Bila rasa tanggungjawab lebih berat dibandingkan
Bila tiada rasa hormat sesama manusia

Sungguh akhir zaman
Kau berdakwah menyeru manusia
Kau kehulu hilir menyampai ilmu
Meninggalkan tanggungjawab lain yang harus dipikul

Sungguh benar
Akhir zaman ini
Kau mencaci, mencarut tak puas hati
Kau bangga dan melenting ditegur
Kau hina dan jatuhkan orang lain
Sungguh akhir zaman

Kenapa kau perlu riak?
Kenapa kau perlu berlakon?
Kenapa kau perlu berubah?

Rabu, 10 Oktober 2012

Lebih 400 mohon bayar pinjaman PTPTN sekali gus

Klik link ini

Lebih 400 mohon bayar pinjaman PTPTN sekali gus

Aku diantara yang belum...

Planning to pay full lepas dapat bonus or if takde bonus, lepas selesai semua hal-hal kahwin. HR pun satu hal, apasal buat bodoh je orang suruh potong gaji untuk bayar PTPTN?

Pulau Redang

Redang oh Redang
Apa ada disana?

Oh.. resort tempat kami tinggal. Scary enough?  Resort ni baru dibuka semula awal tahun haritu. Resort ni terletak dekat belakang airport je.

Pantai di Redang... Birunya laut

Buat kerja cepat. Adventure terus. Kawasan ni dekat dengan Terumbu Kili. Takde pantai langsung. Kena turun terus dari bot, ke batu-batu . Air mencecah sehingga ke pinggang.

Hey, kenapa batu tu? Oh.. pecah/fractured. Abistu diorang buat ape tu? Diorang kena ukur arah dan miring fractured tersebut. Eh? Nak buat apa? Adalah... hahahaha


Long beach. Kat sini ramai orang menginap untuk pergi diving. Kedai cenderamata pun banyak. Cantiknya pantai ni.

Snorkeling.. snorkeling.. snorkeling.. dan snorkeling!!!

Nak balik KL dah... babai Redang

Eh? Tasik Kenyir!! Seen from the flight. Sangat besar ok tasik ni...

Berpeluang ke sini atas tiket fieldwork. Surely will come back as tourist :-)







Preparation#20: Prosedur HIV test di HKL

Pagi tadi selesai sudah ambil HIV test dekat HKL. So sebelum aku terlupa, aku nak cerita sikit prosedur HIV test dekat HKL ni. Make sure korang ambil borang kahwin kat negeri masing-masing dulu tau. Nanti terdapat satu borang HIV sekali.

1. Book dulu kat kaunter HIV test.(terletak dekat blok B bilik 31)
2. Datang pada tarikh yang sudah di book.
3. Pergi dekat Jabatan pesakit luar, ambil nombor.
4. Tunggu nombor anda dipanggil untuk daftar sebagai pesakit luar. Bayar RM1.
5. Staff akan bagi no giliran lain, boleh gerak ke tempat seperti yang tertera kat no giliran.
6. Tunggu lagi untuk dipanggil oleh doktor. Bagi dokumen kat doktor. Tak sampai 10 saat doktor bagi balik dokument tu
7. Pergi ke bilik 31 di blok B untuk ambil ujian darah. Dalam 15 saat selesai.
8. Tunggu diluar sehingga dipanggil untuk ambil result. (Tak sampai 10 minit pun)
9. Dah dapat result, pegi balik kat bilik doktor td bagi dokumen untuk disahkan dan tunggu kat luar. 
10. Tak sampai seminit, nama dipanggil, ambil balik dokumen.
11. Pergi semula ke bilik 31 di blok B. Bagi balik borang. Tunggu tak sampai seminit. Dapat balik borang. 
12. SELESAI.

Fuhhh....

Mudahnya.. Tapi tak paham kenapa perlu berulang-alik. Bukannya doktor tu tanya apa-apa pun.

Lagi satu yang tak berkenan, kitorang book appointment pukul 8 pagi. Jadi ingat tak perlulah beratur ambil no giliran. Sekali kena ambil jugak no giliran. Part ni yang paling lama sekali. Dalam 40 minit tunggu. Lepas tu semuanya sekejap je...

Anyway alhamdulillah HIV test selesai. 

Next!!!

Babai

Wedding Preparation#19: Life from HKL

Done with HIV test. Tunggu tunang pulak lambat pulak.

Kitorang book untuk HIV test pukul 8 pagi, tapi still kena daftar as pesakit luar. Tunggu nak daftar dah nak dekat 40 minit. Lepastu, lajuje.

HIV Kit untuk ambil darah ni macam glucose kit/ pregnancy test kit je. Sekejap je. Tak sampai 10 minit dapat result.

Dan guest what? Doktor takde pun consult aku. Aku just bagi borang, tunggu kat luar tak sampai seminit, dia bagi balik borang. Detail prosedur nanti aku cerita kat next post.

Lepasni nak jumpa kadi minta tandangan, lepastu terus g pejabat agama submit borang.

Babai...

Selasa, 9 Oktober 2012

Wedding Preparation#18: Bunga Pahar

Sedih... sedih... sedih... Tadi tak jogging sebab hujan lebat. Makanya balik rumah terus, workout apa yang patut.

Dan sambung touch up bunga pahar...


Erk... reben habis. Tergendala kejap keje..

Babai..

Diet#5: Jogging yok...

Alkisah kononnya tiap-tiap hari nak joging. Tapi nan hado. Banyak betul alasan aku.

Sakit kakilah

Kerja banyaklah

Pening kepalalah

Ala, kata jelah ko malas nak joging....

haip... kena semangat. jom cekalkan dalam hati supaya tidak hangat hangat tahi ayam.

Selain daripada makan supplement. Aku cuba sebaik mungkin untuk jogging or workout.
Progress? Memang slowlah kan. Sebab on off.

Tapi setelah baca banyak blog b2b yang semangat untuk kurus dan berjaya kurus,aku pun jadi semangat jugak. Boleh buat biggest looser b2b nih. hahaha

Ok, entry ni adalah merapu, jap lagi nak turun jogging dekat park bersama tunang tersayang. Sanggup datang nak teman cik tunang dia ni yang semangat nak kurus. Erk, mestilah dia kena datang, sebab dialah menyebabkan badan saya naik mendadak bagai di pam pam.

Ok, sebenarnya dua dua kena kuruskan badan..

babai.... nak kemas barang, siap siap untuk turun jog.

Menikmati saat saat bujang ini....

Waktu singkat ini
Waktu masih sendiri ini
Inginku bebas menikmati

Sebelum tambah tanggungjawab
Sebelum tambah kesibukan
Inginku rehat berhibur

Saat-saat bujang ini
Sedikit hilang
Bersama hadirnya kamu

Mengisi kelukaan
Mengisi kekosongan
Mengisi kekhayalan

Saat-saat bujang ini
hampir kehujung
hampir ke permulaan baru

dua bulan saja lagi saat-saat bujang ini

Isnin, 8 Oktober 2012

Wedding Preparation#17: Tik tok tik tok



Ya.. genap 2 bulan lagi ke majlis kahwin aku. Dup dap dup dap je rasa. Banyak lagi benda nak kena settle. Makanya, aku nak listkan apa aku perlu buat minggu ni sampai hari ahad ini.

Jom semak checklist ni:

1) HIV test on 10 oktober at HKL
2) Ambil geran kereta di bank
3) Lengkapkan segala borang kahwin
4) Siapkan bunga pahar
5) Booking khemah
6) Booking PA system and DJ
7) Booking homestay
8) Discuss dengan butik untuk pilihan pelamin dan cek progres baju
9) Settlekan hal door gift
10) Finish design signage and guestbook.

Itu saja. Nampak macam banyak. Tapi tengoklah macamana.

Babai..

Wedding Preparation#16: Are you ready for after marriage life?

Tajuk tak boleh belah kan? Sepanjang aku buat preparation kahwin ni, aku ambil kira preparation selepas kahwin juga. Means duit sekarang, duit yang digunakan untuk persediaan majlis kahwin, digunakan untuk persediaan lepas kahwin juga.

Why, why, why?

Mungkin ini kurang applicable untuk sesiapa yang nanti lepas kahwin tinggal di rumah mertua atau rumah mak bapak sendiri. Macam kami yang kedua-dua merantau mencari rezeki jauh dari kampung halaman, tentulah perlu fikirkan dimana mahu tinggal selepas kahwin, barang-barang rumah lagi.

Sebaik sahaja kami bertunang, kami mula mencari rumah untuk disewa. Disebabkan tunang masih tiada rumah dan rumah yang saya beli hanya akan siap pada akhir tahun depan. Kami bertuah dapat rumah flat untuk disewa.

Selesai satu masalah.

Sekarang barang-barang rumah pula. Sikit-sikit, setiap bulan kami beli barang sikit-sikit. Katil, peti ais, tv, dapur, pendeknya semua barang asas sudah ada di rumah. Alhamdulillah rumah kira sudah lengkap. Cuma perhiasan rumah sahajalah yang takda. Jadi sesiapa yang nak bagi hadiah kahwin, boleh beri perhiasan rumah. Jam dindingke. Owh atau kehendak, seperti hairdyer ke, or steamer ke. Ok melebih sudah.

p/s: Yeay, will be getting my kad kahwin on 18th October <-- Thats what the vendor promise. Let see...


Ahad, 7 Oktober 2012

Real Wedding#1: Hafiz dan Ijan

Harini berpeluang pergi wedding ofismate aku. Jom layan gambar.

Perarakan masuk pengantin. Cantikkan baju diorang.

Pengantin di pelaminan

Bigger picture of the pelamin

Doorgift dapat cokelat!!

Majlis ni diadakan kat dewan dekat Star LRT Bandar Tun Razak. Senang nak parking kereta. Plus dekat dengan LRT stesen. Bagus jugak dia pilih lokasi ni.




Segmen Melawat Blog Siri 1

Jom join segmen ni kawan-kawan. Sila klik banner di bawah untuk syarat-syarat penyertaan. 

http://schaazman.blogspot.com/2012/10/segmen-melawat-blog-siri-i.html


Setakat ini follower aku ada 50 orang. Target follower yang aku nak adalah 210 orang. Cadangnya kalau sampai 210 orang follower, aku nak buat Give Away (GA). InyaAllah jika murah rezeki.

Marilah join segment ni ye. Boleh dapat kenal kawan-kawan blogger yang lain dan bertukar-tukar ilmuu. 

K bai...


Wedding Preparation#15: Kasut Kahwin

Yeay!!!

Just got my wedding shoe!!!

Tengok gambar sikit...


Jumpa kasut ni time tour kedai kasut kat Time Square. And guess what? Harganya RM15 je. So, the question now, still nak DIY or not? Rasanya pakai macamni pun dah ok. Tapi nak DIY pun ok jugak. What say you?

p/ Ignore gambar-gambar dibackgroud itu ye. Sepah tengah buat bunga telur...

Khamis, 4 Oktober 2012

Kau tipu aku

"Ha? Eksiden?"

"Takpe saya datang sekarang"

Dengan tergesa-gesanya aku ke sana

Dah sampai sana, ermmmm... macam takda apa-apa yang berlaku pun.

Kereta je kemik.

@#$/^&*! Kau tipu aku. Cakap tadi macam cedera parah.

Nak kata kaki sakit, jalan elok je. Nak kata tangan sakit, pegang barang elok je. Nak kata mulut sakit, makan cakap elokje.

Dah menyusahkan aku. Datang yang 3-4 jam jauh perjalanan. Ingat dekatke suruh orang datang tergesa-gesa. Macam urgent sangat.  Memang @#$&!#* betul.

p/s: Cerita tahun lepas sebenarnya. Tapi bila teringat, sangat sakit hati.

Wedding Preparation#14: Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Perak

Baru nak mem'buzy'kan diri dengan borang-borang nih.

Sebelum ni aku duk tanya kawan-kawan ofis aku macamana nak ambil surat akuan bujang. Tau apa diorang cakap?

"Eh, tak perlulah surat akuan bujang. Pihak lelaki je yang kene buat!"

Pulak dah. Aku pulak yang konpius. Tanya dua tiga orang lagi, jawapannya still sama. Dah macam tu, barulah aku terkial-kial cari checklist. Ha.. ni dia checklistnya. Nampak tak yang bulat warna merah tu?


Jadi aku membuat andaian, setiap negeri, benda yang diorang mintak berbeza-beza. As for negeri perak, pihak perempuan pun kena ambil surat akuan bujang. So, confirm kena ada. Dengan gigihnya aku pegrilah kat HR nak minta surat tu. Oopss, kena isi borang dulu ye.


Nampak bulat merah itu? Tandakan. Dalam tengah isi borang tu, tak ingat alamat kepada siapa surat ini dituju. Pulak. Last-last adik HR ni pun suruh tulis je Jabatan Agama Islam Cawangan Ipoh. Nanti dia carikan alamat penuh. Yeay! Selesai sudah. Tunggu 2 hari lagi, HR akan email bila surat dah siap. Yeay lagi!

Selesai sudah satu borang.

p/s: Next week, 10hb, HIV test. Weee! Burn cuti satu hari lagi (konon nak simpan untuk cuti kahwin, ceh). Haritu nanti banyak benda nak settle. Thats why ambil je cuti.

Rabu, 3 Oktober 2012

Wedding Preparation#13: DIY Kasut Kahwin?

Waktu lunch hour tadi aku berjalan-jalan kat mall. Pastu terserempak satu kedai ni...


Ye kedai kasut Tiamo. Kan aku sekarang tengah beria-ria nak cari kasut kahwin. Survey here. Not bad kasut-kasutnya. Yang lagi best, kedai ni ada jual clip  on aksesori  untuk kasut. Macam kat bawahni...


Cantikkan. Ni salah satu designnya lah. banyak lagi design lain. Aksesori ni hanya perlu klip je kat kasut. Tiba-tiba datanglah idea untuk DIY kasut kahwin. Kasut berkenan dah ada, cuma tak beli  lagi sebab tak tahu nak design bagi cantik macamana. 

Maka sekarang hunting untuk mencari bahan-bahan DIY. Yeay!!! bukan apa, clip on kat Tiamo ni semua cantik cantik. Tapi harganya 1/3 dari harga kasut. Ok, ok, jom DIY je lah. Jimat sikit. 

Antara kasut Tiamo

p/s: Mula-mula duk pikir nak lekat blink-blink je kat kasut. Tapi  nanti adakah aku akan pakai lagi kasut itu bila diletak blink-blink. Makanya clip on aksesori lagi ideal. Rasa taknak pakai clip on aksesori boleh buka. Rasa nak pakai clip on aksesori, pasanglah balik. Weeeee!!!!

p/s lagi: semua gambar adalah google. But seriously kasut-kasutnya sangat best...

Selasa, 2 Oktober 2012

Wedding TImeline

For my reminder dan rujukan kawan-kawan.... =)

THis entry will later will be put under new tab

JUNE - AUGUST 2012
1) Tempah boutik (pelamin, aksesori, bahu sanding, nikah, MUA)
2) Tempah OP
3) Tempah kad kahwin
4) Beli barang-barang hantaran dan hiasan hantaran
5) Beli kain sanding
6) Tempah baju nikah

SEPTEMBER 2012
1) Design signage - on progress
2) Design signage guestbook corner
3) Follow up kad kahwin progress
4) Beli cadar, hiasan bilik pengantin - consider done
5) Ambil borang-borang berkaitan kedua-dua belah pihak
6) Booking tarikh HIV test
7) Final design baju sanding
8) Tempahan baju melayu untuk sanding
9) Finalize honeymoon thingy
10) Siapkan list para jemputan - on progress

OKTOBER 2012
1) Pay deposit to vendor
    - OP (40% of package price)
    - Kad kahwin (40% of package price before printing)
    - Butik (40% of package price)
2) Beli bunga telur dan door gift (family, VIP, kanak-kanak, penanggah)
3) Beli stamp untuk jemputan kad kahwin
4) Ambil tempahan kad jemputan (termasuk banner + doorgift bag)
5) Packing doorgift
6) DIY/buy bunga penanggah
7) Print dan laminate signage
8) Print dan siapkan guestbook signage
9) Final design guestbook corner
10) Tentukan penjaga corner (guestbook, doorgift, wedding gift)
11) Follow up on baju nikah and sanding progress
12) Follow up with OP on photographing style and special request
13) Invitation di alam maya
14) Edar kad jemputan
15) HIV test
16) Settlekan prosedur nikah kedua-dua belah pihak
17) Confirmkan tok kadi dan saksi
18) Booking katering/tentukan tukang masak jamuan nikah
19) Booking catering/saudara untuk masak lauk pengantin
20) Booking homestay (family belah lelaki, saudara-mara, kawan-kawan)
21) Booking marhaban
22) Booking kompang
23) Booking khemah
24) Booking PA sytem and DJ
25) Inai

EARLY NOVEMBER 2012
1) Deko hantaran dan siapkan barang-barang hantaran
2) DIY hand bouquet (optional)
3) Tetapkan emcee dan pembaca doa
4) Tetapkan tugas kepada pembantu-pembantu
5) Siapkan guestbook corner
6) Makesure baju nikah dan sanding siap dan ready for fitting
7) Mesyuarat untuk gotong-royong memasak (will be handle by my parent)

DUA MINGGU SEBELUM
1)  Confirm back with tok kadi (masa dan lokasi)
2)  Confirmkan saksi
3)  Setelkan transport belah lelaki
4)  Confirmkan homestay
5)  Confirmkan PA system+kompang+khemah
6)  List lagu kahwin
7)  Final fitting attire nikah
8)  Final fitting attire sanding
9)  Confirmkan MUA
10) Handbouquet
11) Geustbook corner
12) OP
13) Final edaran kad kahwin
14) Doorgift - family, vip, dewasa, kanak-kanak, penanggah
15) Mas kahwin, upah kadi dan saksi
16) Hantaran
17) Deko bilik pengantin
18) Jamuan selepas nikah
19) Transportation ke majlis nikah
20) Orang marhaban

TIGA-SATU HARI SEBELUM
1) Siapkan hantaran
2) Siapkan bilik tidor
3) Hubungi tok kado, MUA, saksi, OP
4) Packing awal-awal barang yang perlu digunakan masa majlis
5) Inform family on tentative majlis
6) Pakai inai
7) Readykan setup majlis
    - Khemas, kerusi, meja
    - Meja pengantin
    - Guestbook corner
    - Meja hadiah
    - Doorgift - family, vip, dewasa, kanak-kanak, penanggah
    - PA system dan list lagu
    - Marhaban

Wedding Preparation#12: Door Gift <-- Preparation ke ni?

Cupcake, kacang, kuih gelang, chocolate, telur.......

Nak bagi apa ek untuk door gift?  Idea ada, tapi terpaksa pending. Owh tak suka pending.

Alkisahnya, kakak aku kan kahwin tahun lepas, jadi ada banyak lagi baki door gift dan bunga telur. Memang planning nak guna je saki baki yang ada (jimat duit aku + dapat mengurangkan barang yang disimpan). Tapi kene tambah apa yang tak cukup lagi.

Masalahnya, ayah saya nak ikut kalau nak beli door gift. Sebab nanti, kawan-kawan dia juga yang ramai datang ni. Plus ayah yang akan keluar duit. (apa punya anaklah pow ayah camtu). Tapi lagi, ayah sibuklah pulak dengan kerja.

Jadi perancangannya, nak setel beli door gift masa aku balik kampung nanti. Bunga telur pun nak kena beli juga. Ayah memang nak bagi bunga telur. Aku pun sama. Sebab bagi aku, tak lengkap kalau takde bunga telur.

Untuk bag door gift pulak, kena tunggu kad kahwin siap baru dapat. Itu yang wat aku angin jugak pasal kad kahwin ni. Banyak benda tergendala.

Ok, sabar-sabar.

Itu jelah nak di kaborkan pun....

Lagi 65 hari sebelum majlis....... chaiyok chaiyok

5 tahun dan masih mengira

Sedar tak sedar dah 5 tahun aku keje kat sini. Semalam genap 5 tahun kat sini. Tapi.. tapi.. rasa macam baru semalam kot daftar kerja. hahahaha

Sebabnya, masih tak rasa kepuasan bekerja.

Tu je nak cakap....

HAPPY WORKING ANNIVERSARY TO ME!!!

Isnin, 1 Oktober 2012

Diet#4: Supplement - Lecithin part 3 - macamana nak pilih the right lecithin product

Ini guide yang aku google kat internetlah. And actually agak susah untuk mensahkan unless you call directly to their customer service.

Secara amnya ada 3 perkara yang kita kena tahu bila memilih producklecithin ni.

GMO VS NON-GMO
Maksud GMO tu adalah genetic modified organic. Maksudnya, bahan makanan yang ditanam itu telah dimodified secara genetic supaya bahan makanan itu tahan lama dan bebas dari penyakit. Kesan daripada mengambil GMO produk ini tidak diketahui.  Kadang-kadang dekat label produk ada tulis and kadang-kadang takde tulis. Kalau boleh pilihla soy lecithin yang non-GMO.

FERMENTED VS UNFERMENTED
Google maksud fermented adalah ditapai. Ini adalah salah satu proses dalam mendapatkan hasil soya tersebut. Kacang soya mempunyai protein dan kanji yang susah untuk dicerna (terutama sekali bila asid perut kita rendah). Jadi better ambil produk soya yang ditapai untuk mengurangkan kesan buruk terhadap perut kita.

TOXINS AND PLANT ESTROGENS
Semua orang tahukan toxin memang bahaya. Soya yang mengandungi toksin dan estrogen tumbuhan ini boleh menyebabkan:
1. gangguan kitaran haid wanita
2. Stimulate the progression of breast cancer
3. Memusnahkan thyrod
4. merendahkan level testeron
5. uncertain effects terhadap prostat.

Jadi, make sure tengok label kat botol supplement tu and make sure it follow strict guideline of toxicity.

Jadi, aku tak pernah rasa soya ni bagus. Aku pernah baca artikel seorang gadis ni. Tiap-tiap hari minum air soya. Along the way, she develop macam-macam jenis kanser. Bila dia stop minum soya ni, kanser die semuanya mengecut.

Kesimpulannya: Aku tengah consume supplement ni. Tak tau lagi hasilnya macamana. Supplement ni banyak jual kat farmacy. Macam-macam brand ada. Pilihla mana korang suka. Memang supplement ni digunakan secara meluas untuk menurunkan berat badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...