Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 29 November 2012

Wedding Inspiration: Make up yang sweet

Nak make up camni boleh? Bentuk muka dah macam aku tapi tambah tembam di pipi dan dagu sikit. Hihihi

Jemputan Walimah

Walau apa halangan yang mendatang. Kahwin tetap kahwin...




Dengan ini, aku ingin menjemput kawan-kawan blogger untuk menghadiri majlis perkahwinan ku. 

Due to privacy issue, sudilah kiranya sesiapa yang ingin menghadiri ke majlis ku meninggalkan alamat (untuk kad hardcopy) atau  email address (untuk kad softcopy) dengan menghantar email ke ganthene@gmail.com .

Terima kasih...

p/s: Konon takut kad tak cukup, tapi cukup rupanya.. Lai lai lai!!!! sapa mahu datang....

Wedding Preparation#32: Baju Nikah dan Baju Sanding

Sorry takda gambar.

Aku dah berkesempatan fitting baju nikah dan baju sanding.

Baju nikah adalah superb. Sangat cantik dan aku suka sangat-sangat

TAPI.....

Baju sanding adalah sangat buruk.
Aku menangis semalam mengenangkan baju itu.
Rasa taknak pakai baju tu.

Entah dimana silapnya.
Adakah sebab design itu menampakkan sangat buruk aku memakainya.
Masa pakai baju tu , berpeluh-peluh aku. Padahal material kain nikah dan sanding adalah sama.
Mula aku persoalkan betulke baju ni dia jahit saiz aku.
Pinggang adalah sangat longgar dan lengan baju adalah sangat menggeleber.
Macam pakai kostume pulak rasa.
Sedih sangat.

Jadi option aku sekarang:
1) Alter baju tersebut bagi cantik
2) Kalau sudah alter tapi tak cantik jugak, cari baju lain.

Dah cari baju lain, kemungkinan untuk warna tema menjadi warna warni adalah sangat besar. Tak kisahlah.
Disebabkan ini, banyak kerja yang tergendala. Mencikk!!!!!

Isnin, 26 November 2012

a little bit here a little bit there

Hari minggu yang penat. Weekend haritu gi Muar, Johor ke kenduri kawan baik aku waktu sekolah dulu. Berseri seri kawan aku ni. Cantik sangat. Gambar? Seperti biasa tak dapat nak upload. Sebab pakai mobile phone jerrr.. later kalau rajin aku upload.

Sedikit update tentang persiapan. Isu khemah tak selesai lagi.Tapi sudah nampak jalan penyelesaiannya. Kena tunggu kata putus ayah dululah macamana.

Baju sudah siap. Tapi dari gambar yang di MMS oleh kakak butik, baju sanding adalah sangat buruk. tak tau nak fix camne. Kena fitting dulu baru tahu. Tapi baju nikah adalah sangat marvelous. Ini yang aku risau sangat kalau baju siap lambat. Nak fitting dan alter lagi. Sedih sangat.

Tudung untuk nikah dan sanding sudah beli. plan nikah tak nak pakai viel. Sanding insyallah pakai kalau baju sudah alter lain. Kalau baju dah alter tapi tak cantik gak.... nak pakai baju lain je... huhuhuhu...

itu je lah update yang tak seberapa.....

mood bekerja sudah ke laut...

Jumaat, 23 November 2012

Rumah Sewa di Taman Melati

Lega...

Rumah sewaku.
Walaupun jauh sikit.
Tapi tak kisahlah asalkan kawasannya best.

Sementara tunggu rumah aku  siap.
Duduk dululah kat situ.

Situ tu kat mana?
Kat Taman Melati.
Kebetulan iklan rumah nak disewakan kawasan situ.
Aku ape lagi, terus grab lah peluang ni kan.

Jenis rumah, rumah flat dua bilik. Harga sewa, RM500. Paling murah yang aku jumpa kat situ.





Khamis, 22 November 2012

Bride's hand bouquet

Nak ni......

Wedding Preparation 31: Lokasi Majlis Perkahwinan

Semalam emak aku telefon. Dah selamat dah mesyuarat untuk rewang majlis aku nanti kat surau. Masa mesyuarat tu, dapat tau ada jiran baris sama dengan rumah aku buat kenduri kahwin jugak.

Sepatutnya kenduri aku kompem dekat rumah aku. Tapi disebabkan hal itu, kitorang terpaksa ubah lokasi majlis ke padang taman tu... Sedihnyaaa!!!!!!!! Kalau wat kat rumah, kompem khemah bertemu khemah. Tetamu yang datang pun jadi keliru.

 Kalau tau jadi camni, baik buat kat dewan je. huhhuhuhu...

Antara sebab aku taknak buat kat padang tu adalah:

1. Padang tu jauh. Kalau berjalan berpeluh jugaklah ketiak. Mekap aku pun boleh cair nanti nak berjalan.

2. Aku taknak pelamin bawah khemah. Aku nak pelamin kat rumah. Pelamin bawah khemah adalah panas. Plus malu nak posing tangkap gambar nanti.

3. Dari rumah siapa nak pinjam dan tarik tenaga elektrik? Takkan nak guna generator yang bising tu.  Plus wayar kena tarik panjang dan melintasi jalan tar.

4. Kalau hujan. abislah lecak... nanti kasut kotor. Tetamu nak makan pun tak selesa. Grrrrrrrrr

5. Siapa nak jaga rumah? Adakah waktu majlis nanti rumah perlu dikunci? Sedara mara yang datang pulak nak lepak mana? Tak boleh ambil risiko sedara mara duk rumah tu. Kang diorang melilau lilau. Camne?

 Dalam fikiran aku sekarang:

1. Tak payahlah buat pelamin. Makan beradap jelah. Tapi mak aku nak juga ada pelamin.

2. Blurrrrr..... taktau apa nak buat... :-(

Rabu, 21 November 2012

Ketakutan itu

Setelah lama bebas...
Ketakutan itu datang kembali...

Kisah lama berputar kembali...
Wajah-wajah durjana berlegar difikiran...

Ketakutan itu mencemar rasa bebas...
Mencemar rasa bahagia...

Semalam...

Ketakutan itu mengejutkan kami...
Dia stress...
Aku pula cuba bertenang...

Wajah durjana satu...
Apa lagi kau mahu...
Semua sengketa sudah selesai...
Tapi kau sangaja buat kacau...

Wajah durjana dua...
Berambus kau...
Hidup tidak melambangkan taraf...
Akibatnya, hidup porak peranda...

Salah kah aku tak memaafkan wajah durjana?
Perlukah aku memaafkan wajah durjana?
Wajah durjana yang menghancurkan hidup aku...
Wajah durjana yang mementingkan diri sendiri...

Jika aku memaafkan....
Hal lain tetap sama...
Hutang perlu diselesaikan...

Tiga minggu lagi...
Takkan aku biar kau  merosak segala rancangan...

Ketakutan itu...
Sila hilang dari hidupku...

Selasa, 20 November 2012

Wedding Preparation #30: Hiasan hantaran lagi...

No, not that i want to ignore this blog. I'm kind of ignoring this wedding.
I'm hibernating because the mood of preparing for the wedding is off.
But hey, i'm back on track..
Less then 3 week s to wedding day.
Last Saturday my tailor (owner of bridal boutique) on her way cutting my  solemnization and reception cloths. Lets hope i can fitting it by this week.
As for now... teaser skit...

Isnin, 12 November 2012

Inspirasi Perkahwinan: Viel dan Baju Tunang Anne Ngasri

Pemilihan warna Anne Ngasri untuk majlis pertunangannya sangat elegant dan seksi. Sesuai untuk majis resepsi perkahwinan.

Baju dan veil warna emerald green with lace+bead warna emas. Elegant sangat.

Suka lace and bead detail veil Anne Ngasri

Kalau orang biasa pakai macamni masa tunang, melampau sangat rasa. Sesuai untuk kahwin ok lah..

p/s: Gambar di'google'

Apabila mycard hilang

Sedih dan takde mood. Mykad aku hilang. Hari Sabtu haritu nak g jogging. Jadi nak bawa mykad je lah pergi jogging. Selongkar dompet, aik mana mykad aku ni. Tak jumpa...

Selongkar pulak bag galas. Tak jumpa jugak!!!

Selongkar pulak almari, laci fail-fail, tag kerja, dapur, ruang tamu, bilik tidur, kat poket-poket seluar dan baju. Tak jumpa jugak!!!

Selongkar pulak kereta. Tak jumpa jugak!!!

Selongkar pulak ofis <--- Sanggup pergi ofis hari Sabtu tu sebab nakcariMykad. Tak jumpajugak!!!

Telefon adik suruh cek kat rumah di Ipoh. Tak jumpa jugak!!!

Alamak... camana nak kahwin ni. Badmood dah rasa.

Makanya saat ini dan ketika ini aku berada di JPN, UTC Pudu Sentral a.k.a Puduraya. Dari pukul 1  nombor masih tak dipanggil. Siap dah makan tengahari dah. Nasib tunang dah telepon JPN. Mykad yang hilang boleh siap dalam 24 jam. Kita tunggu la camne.

On the other hand, UTC ni buka 24 7. Means, tiap tiap hari buka sampai pukul 10 malam. Dan wow.. Transformasi puduraya ini adalah sangat wow. Ini adalah kaliertama aku jejakkan kaki di sini selepas di renovate. Maklumlah, dulu balik kamping ulang-alik naik bas.

Lets hope semuanya berjalan lancar k...

Ahad, 11 November 2012

Inspirasi Baju Kahwin: Irna La Perle

Tengah berblog walking, terjumpa baju yang sangat cantik dan sangat sesuai di jadikan baju pengantin muslimah. Rekaannya sangat stunning. Jom tengok sikit gambarnya...




This is my favorite. Sangat cantik...







Cantik tak? Cantik tak? Stunning kan. Nama designernya ialah Irna Mutiara. Nama brandnya ialah Irna la perle. Tak pernah dengar pulak brand ni kat Malaysia. Brand ni adalah dari Jakarta, Indonesia. Kalau sesiapa berjalan-jalan di Jakarta atau Bandung, boleh singgah ke butiknya.

Untuk mengetahui lebih tentang brand ini. Sila klik sini.

Halfmoon Shawl

Satin Silk Halfmoon Shawl by ShawLuver



Satin Silk Halfmoon Shawl by D Zaz Collection



Sophea by Anggun Zara



Arrosa Halfmoon Shawl by Artsy Attic



Chiffon Shawl Half  Moon Sakura Tone by MizIrya Boutique



Shawl Rosmaria Halfmoon by raudhahshawlstore



Shawl Halfmoon Hayfa by scarfsweethoney


Khamis, 8 November 2012

Satu Bulan Dari Sekarang

Jom mencantikkan diri...
Tidur mesti awal...
Makan mesti jaga...
Bersenam? Kena jugalah...
Supplement macamana pula?

Rabu, 7 November 2012

siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D

Korang mesti suka GA ni. Bolehla korang deko bilik pengantin nanti atau deco pelamin mungkin? 

Nadia menganjurkan contest ni khas untuk semua.

Klik banner di bawah ni untuk keterangan lanjut

http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4651390008454875249#editor/target=post;postID=3369318718276156749

Cantik tak? Cantik tak? Cantik kan.

Syarat-syarat contest ni adalah seperti berikut tau:

1. Buat entry blog dan letak gambar di atas - Done

2. Sambungkan ayat ni;
    Saya nak nadia pilih rumah saya untuk di makeover oleh wall makeover by na keranaaaaaa jimatlah bajet saya untuk deco bilik utama saya nanti. Maklumlah selepas kahwin mesti banyak pakai duit untuk lengkapkan rumah pulak. Dengan menang contest ini, jimat dah satu ruang rumah untuk di deco.

3. Like page wall makeover by na di facebook dan tinggalkan link entry korang dekat page facebook dorang sekali. - Done

4. Tinggalkan nama, link entry korang, dan nama facebook korang dekat comment entri contest tu tau

Hadiahnya pulak.... confirmlah makeover rumah kan dan juga hadiah-hadiah lain. Sila baca seterusnya:

Hadiah Utama:
Dinding akan dimakeover sepenuhnya oleh wall makeover by na secara percuma bernilai RM299

5 hadiah tambahan dari nadiafarahida:
5 perhiasan/peralatan rumah

5 hadiah sponsor dari wall makeover by na:
5 stensil polkadot bernilai RM350 setiap satu

Jadi..............

jom join kawan-kawan. Tarikh tutup penyertaan adalah 24.11.2012


Inspirasi Baju Pengantin

Disebabkan baju aku tak siap lagi. Tahap tensen pun makin tinggi. Jom layan design baju pengantin yang menjadi inpirasi untuk baju bersanding aku nanti... :-)






Sudah nampakkan? Baju aku nanti would be peplum design. Hasilnya, kena tunggu baju siap dululah... Can't wait nak fitting baju..

k babai

Hal berkaitan agama pun boleh buat spam...

Alangkah bagusnya kalau betul ada orang nak derma sebanyak ini...


Selasa, 6 November 2012

Ulu Chepor

Seronok ek mandi sungai kat Ulu Chepor





Mandi-mandi jugak... Tapi....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
No!!!!!!!!!!



Lintah sudah hisap aku punya darah. Kekenyangan sungguh lintah ini. Balik rumah nak mandi, tengok badan berdarah. Aik kena gigit lintah or pacat la ni. Berjejeran darah keluar. Cari-cari tak jumpa pulak binatang nya.. Tengok tengok dah terlentang kekenyangan lintah ni kat tangga. Gemuk betul lintah ni. Lepas 7-8 jam baru darah berhenti mengalir. Tapi parutnya, sampai sekarang masih ada. Padahal dah dekat sebulan kena hisap darah. Ceh...

Wedding Preparation#29: Sticker for doorgift jar

Kesinambungan dari cerita di sini, maka untuk entri ini aku mahu kongsi gambar hasil hiasan doorgift jar.

Sticker yang sudah di cetak

Jar bersama reben dan TQ tag yang dapat percuma masa buat kad kahwin

Tadaa.... inilah hasilnya

Lagi satu gambar...

Design sticker itu direka oleh adik bongsu aku. Dia guna online software je. Dah siap design, dia save sahaja sebagai gambar.

Jumlah kos untuk satu botol adalah lebih kurang 80sen
1. Jar = 69 sen
2. Riben + sticker = +- 10sen

Cadangnya nak bubuh biskut aiskrim dalam tu. Satu tin besar dalam RM50. Ni kat kedai biasa. Harga borong has yet to be check.

Babai...


Wedding Preparation#28: Bundle Update

Tik tok tik tok tik tok.....

Seriously aku tiada mood sekarang ni. Masak tiada mood, buat kerja kahwin tiada mood. Update blog tiada mood. Tak tahula aku rasa nervous atau takut untuk berkahwin. Tapi persiapan perlu diteruskan.

1) Sticker untuk lekat di jar door gift
     Rancangannya nak guna design button badge yang aku dah buat. Tapi setelah tunjuk kat adik-adik aku diorang cakap buruk. Design macam orang tua. Ok fine, memang aku 3-5 tahun tua dari diorang. End up, akusuruh adik aku design lain. Siap pun desing dan separuh sudah lekat di jar. Ini juga bermakna design button badge juga berubah. Ikut design sticker. Adik aku design guna online software. Tapi aku tak ingat web addressnya.

   As for raw material button badge, aku beli dari  b2b jugak. Next entry aku update difficulty mencari raw materialni <-- ( bukannya apa, update blog guna mobil device adalah susah untuk attach gambar dan letak link, sebab tu kena update lain guna laptop)

2) Baju nikah, baju resepsi, pelamin dan MUA
     Semuanya ambil dari butik yang sama. Ada good news dan bad news.

     Good newsnya, pada tarikh majlis aku, butik hanya handle satu majlis je which os majlis aku. Maksudnya MUA boleh datang rumah untuk makeup. Yeay! takyah susah susah pergi butik untuk makeup. Lagi satu good news, design pelamin sudah pilih. Yeay lagi! Warna pelamin nanti boleh pilih bila fitting baju nanti.

     Bad newsnya, baju nikah dan tunang aku tak potong lagi. huhuhuhu. Apakah? Aku adalah sangat risau. Tapi aku dah bagi contoh design baju yang aku nak kat Kak Ti owner butik tu. Lets pray, semuanya akan berjalan lancar. Disebabkan aku tak menang contest by Adria Cottage, Kak Ti akan buat viel untuk aku juga guna lebihan lace baju.

3) PA System, khemah, kompang dan marhaban
     Consider book. Walaupun ada benda yang aku risau seperti orang PA System tak datang masa hari kejadian.

4) Warna tema
     Sebelum ni aku cerita warna tema resepsi adalah warna mint green+peach. Tapi warna tema sudah jadi warna-warni. Sebabnya, aku akan menggunakan segala saki-baki bunga telur, door gift bag dan hiasan bilik dari kenduri kahwin kakak aku tahun lepas. Which is aku tak kisah pun as long boleh jimat sudah.

5) Hiasan hantaran lelaki dan perempuan
     Semuanya aku sudah siapkan.Cuma letak barang hantaran je lagi. Tapi off course sirih junjung dan sayu dulang hantaran makanan tak buat lagi.

6) Kad kahwin
     Aku sudah mula edarkan kepada lawan kawan yang jauh. Kepada yang masih belum terima. Sabar ya. Ada belum diposkan lagi. Setem sudah cicir dimana pun aku tak tahu.

   Ramai juga yang tanya harga kad kahwin aku. Nanti aku cerita pada next post k.

Itujelah aku boleh update sementara menunggu laptop untuk update blog bergambar.

Babai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...