Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

Wedding Review #6: Button Badges for family members

Assalammualaikum...

Selamat bercuti semua dan Selamat Tahun Baru 2013. Semoga azam tahun 2012 tercapai semua. Yang belum tercapai tu, sambung lagi tahun depan ok. Saya taknak bercerita pasal azam baru lagi. Nak review wedding lagi.

Untuk sesiapa yang terlepas review sebelum ini, sila klik di bawah ye.

1. Wedding Review #1: Random update of wedding
2. Wedding Review #2: Pelamin Sanding
3. Wedding Review #3: HB dan kasut
4. Wedding Review #4: Penunjuk arah
5. Wedding Review #5: Bunting

Sekarang ni ramai B2B buat button badges untuk keluarga. Saya pun taknak ketinggalan. Nak ikut juga orang. Makanya tercapai hasrat juga. Ingat tak entry ini?

Yup, design untuk button badges adalah sama dengan design untuk sticker jar doo gift.


Saya cuma tukar tulisannya je.

Bahan-bahan untuk buat door gift rasanya semua orang pun tahu. Tapi, untuk yang tak tahu, saya senaraikan di sini

Bahan-bahan:
1. Button Badge Kosong - boleh beli online but harganya varies, saya pula dapatkan dari ex-B2B Suria. 

2. Kertas sticker

3. Clear Spray

4. Gam tembak or double sided tape.

Dapatkan bahan-bahan tu. Nanti kamu tahulah apa yang perlu di buat. Hasilnya:


Anak merah itu menunjukkan button badges yang di pakai oleh family saya. I know gambar tak jelas  :-(



 Button badge yang di pakai oleh pengapit saya. Button badge itu di tulis pengapit perempuan


Gambar ini je yang clearkan ? Yes, this is my adik


Untuk ahli keluarga yang lain, saya letak saudara-mara. Senang sikit. Sebab family saya besar. Adik-beradik mak saya dah ada 13 dan adik-beradik saya dah ada lima. Ini belum termasuk lagi sepupu-sepapat dan anak diorang. Jadi untuk mengelakkan terlepas pandang nama diorang ni. dan mengelakkan dari merajuk, letak je saudara-mara. Habis cerita.

Lepas habis kenduri, ayah saya kutip semua button badges dan gantung cantik-cantik kat ruang tamu sebagai kenangan...

Jumaat, 28 Disember 2012

Rumah ku Syurga ku - Flat Taman Melati

Alhamdulillah, minggu lepas selamat sudah saya pindah rumah. Walaupun rumah sekarang lagi kecil dari rumah dulu, rumah ni lebih selesa dan sejuk. pindah memang sudah. Barang-barang pun sudah 70%  kemas. Tinggal yang kecil-kecil sahaja lagi. Semoga hujung minggu ni, selesai mengemas.

Tajuk tak boleh blah kan? Tapi itulah pun tajuknya pun saya nak berleter.

Rumah bukan sahaja tempat kita berteduh dan berehat. Ia lebih daripada itu. Ia suatu tempat untuk mengeratkan kasih sayang dan tempat mengenali antara satu sama lain.

Pasangan yang baru berkahwin perlu tahu tanggungjawab masing-masing di rumah. Barulah boleh jadi rumahku syurgaku.

Kurang jelas? Saya bagi contohlah:

Situasi  1
Si isteri sibuk memasak, membasuh pinggang mangkuk, mop lantai, basuh baju, gosok baju dan sebagainya. Si suami haruslah bertimbang rasa membantu bersama. Jika tak membantu buat kerja rumah pun. Bantulah isteri ringankan kerjanya. Contoh, baju kotor janganlah disepuk merata-rata. Letaklah tempat yang di sediakan. Jika si isteri tengah mop lantai atau sapu sampai, janganlah dan dan tu jugak si suami nak landing kat situ kan.

Mudah sahajakan. Jika si suami membantu buat kerja rumah bersama, alhamdulillah. Lagi mudah kerja si isteri

Situasi 2
Kadang-kadang, situasi 1 jadi terbalik, si suami yang buat semua kerja. Si isteri senang-lenang menonton TV. Sampaikan baju si isteri pun si suami yang gosokkan. Syurga apakah itu. Bagaimana mahu mengeratkan kasih sayang begini. Sampai makan pun nak kena suap ke mulut isteri.

Memang tugas suami memberi nafkah makan pakai si isteri. Tapi bukanlah sampai kena suap ke mulut isteri. Suami dah beri ayam, ikan, sayur dah kira beri nafkah makan ke isteri. Jadi si isteri masaklah untuk makan.

Gaya hidup pun perlu selaras dengan kemampuan, gaji tak seberapa tetapi makan kat luar sehari boleh cecah seratus ke dua ratus. Erk..... macamana nak bahagia kalau macam tu. 

Sudah  elalut banyak ni. Dari  rumah ku syurga ku dah jadi tajuk lain pula...


kesimpulannya, dua-dua kena tahu tanggungjawab masing-masing.

p/s: telah selamat menajlankan tanggungjawab sebagai seorang isteri selama 19 hari. Alhamdulillah masuh mampu memasak breakfast dan dinner untuk suami. 

Honeymoon Road Trip to Phuket #2: Two Villas Holiday Phuket, Bang Tao Beach - The Accomodation

Part 2 of our honeymoon to Phuket. Sebelum bercerita tentang aktiviti di Phuket, nak kongsi tentang tempat penginapan kami dulu.

Sebelum tu, sesiapa yan gbelum baca part 1. Klik sini.

Saya boleh berkenan nak duduk kat villa ini adalah setelah baca blog seorang ex-b2b, Hidayati Farhan. Terjumpa blog ni pun secara kebetulan. Masa tu tengah meng'googled' tempat penginapan di Phuket. Klik di sini untuk ke blog entrynya. Dia bertuah sebab beli package ni dekat groupon. Saya pulak, terus book online kat website villa ni.

Untuk accomodation, saya teringin sangat nak ada private pool. Ini semua terpengaruh dengan kawan-kawan yang pergi honeymoon ada private pool. Seronok je tengok gambar diorang. Tapi kebanyakan dioang pergi Bali. Bali memang banyak villa macam tu. Cuma masalah saya adalah tiket flight mahal.  Jadi saya pun berusahalah cari penginapan yang ada private pool but yet affordable. Alhamdulillah, tercapai hasrat. Seronok sangat duduk villa ni. Sampai rasa tak nak balik tau.

Villa ni dua tingkat. Ada 3 bilik tidur tetapi hanya satu bilik tidur je diorang buka untuk kami.  Juga ada dapur dan ruang tamu.

Jom layan gambar dulu...

Dihadapan villa saya... Seronoknya kalau villa ni saya yang punya!!! 


Private pool with landskap...

Another view... seronok tau. Tiap-tiap pagi bangun je tidur, breakfast then terus terjun pool. Seronok!!!! Bercakap tentang breakfast, tiap-tiap pagi ada maid datang dan siapkan kami breakfast. Bangun-bangun tidur, hidangan dah tersedia atas meja. Seronok sangat. Next entry nanti saya review tentang makanan pula.

Bilik tidur... Suka suka suka..

View outside the villa...

View tingkat atas villa.. Ada verandah lagi. Owh bathtub  pun ada. Satu tips, Bunga-bunga yang kat atas katil tu jangan buang tau. Simpan. Nanti beli susu pastu boleh mandi bunga+susu kat bathtub =)

View tingkat bawah villa... Dapur dan ruang tamu...


Outside the villa again...

Pihak villa ni juga ada menyediakan telefon bimbit untuk kami guna. Wah, seronok kau dapat handphone dengan reload 100 bath. Boleh je nak pakai. Sangat convenient  Dekat villa pun ada disediakan wi-fi. Tapi, jarang guna dowh, ye lah banyak lagi aktiviti lain nak buat.

Owh...

Villa ni pun ada banyak. Bukan dekat Bang Tao Beach sahaja. Kat pantai lain pun ada. Jadi off course interior design pun berbeza mengikut tempat. Ada dua jenis villa ni. Villa yang kami duduk adalah Oxygen Style. Lagi satu adalah Oriental Style.

Kebetulan, villa yang kami duduk ni terletak di perkampungan orang Islam. Banyak masjid kat sini. Merata-rata pun ada nampak orang bertudung. Pekerja villa ni pun beragama Islam. Maka, ada disediakan halal food.

Kami ambil package honeymoon 3 hari 2 malam. Tapi kami tambah lagi 1 hari. Makanya, kami duduk 4 hari 3 malam di sana. Dalam package honeymoon ni, dapat free dinner sekali dan sparkling juice. Tapi sparkling juice tu kami tukar untuk dinner. Jadi makan malam kami untuk dua hari sudah jimat. Juga free transport to and from airport. Tetapi disebabkan kami drive, takda maknalah free transport itukan.

Saya sangat recommended tempat ni untuk honeymoon. Untuk percutian family pun best juga. Untuk status sebagai villa, harganya sangat berpatutan.

Sila lawat laman web villa ini untuk keterangan lanjut (ceh macam iklan pulak):

www.twovillasholiday.com/

Sampai sini dulu. Nantikan review seterusnya.

p/s: Walau apa pun keinginan kita, pastikan dalam budget kita. Jangan sebab nak ikut orang, sampai over budget jadinya. MAKA, perancangan awal adalah penting <-- motif?

Khamis, 27 Disember 2012

Wedding Review #5: Bunting Majlis Perkahwinan Saya

Review seterusnya!!!

Rajin pula hari ni saya buat review nih.

Bunting untuk majlis ni saya dapat percuma dari package buat kad kahwin hari tu. Saya sangat berpuas hati dengan kualiti bunting ni.

Tetapi...

Bunting ini pun kena modified juga, kena letak nama ayah dan emak juga. Nasib baik ada lebihan kertas sticker buat button badge haritu. Jadi terus print atas kertas sticker. Kemudian spray dengan clear spray nak bagi kertas tu kalis air.

Hasilnya...


Bunting sebelum tampal sticker sebelah kiri dan selepas tampal sticker belah kanan. Nasib baiklah cantik juga.

Gambar close up 

Satu bunting di gantung dekat jalan masuk ke taman perumahan kami dan satu lagi buntuing di gantung dekat khemah hadapan sekali.

Total kos bunting adalah zero.

Ngeeee...... suka sangatkan kalau benda free kan. Jadi pada B2B yang nak jimat, boleh lah cari vendor kad kahwin yang boleh bagi bunting free. Kalau tak free pun, kadang-kadang diorang bagi harga diskaun sebab kita dah buat kad dengan dia kan.

Tamat review untuk harini.

Nantikan next review ye.

p/s: Kena browse gambar simpanan saya yang tak berapa nak clear untuk buat review.

Wedding Review #4: Penunjuk Arah a.k.a Signage

Salam Semua!!!

Amboi ramai habiskan cuti ek? Sunyi je blogsphere nih. Ye ke? Anyway jom sambung review.

Semua orang tahukan penunjuk arah adalah sesuatu yang sangat penting. Lagi-lagi kalau lokasi kenduri sukar di cari. Berdasarkan pengalaman kenduri kahwin kakak saya tahun lepas. Penunjuk arah terpaksa di modified sikit. Ayah saya mahu penunjuk arah tu ada letak nama ayah dan emak. Rationalnya, kawan-kawan ayah dan emak yang akan ramai datang kenduri nanti. Kadang-kadang, diorang bukannya tahu nama pengantin. Diorang tahu nama ayah dan emak je.

Logikkan?

Jom layan gambar.

Ini dalam proses print dan laminate signage. Disebabkan malas nak beli kertas A3, terpaksa guna dua kertas A4

Tadaaa!!! Inilah dia penunjuk arah saya yang sudah dipasang kayu dan bunga mangga. Kawasan yang digelapkan itu adalah nama ayah dan emak saya.

Close up sikit

Boleh dikatakan semua bahan-bahan adalah free. Printer, laminate dan kertas sendirian berhad. Kayu pacak tu pulak ambil dekat tepi-tepi jalan, lampu isyarat. Dengan kata lain ambil kayu tu dari penunjuk arah kenduri kahwin yang sudah lepas. Kos hanyalah harga bunga manggar di mana saya pun lupa harganya...

Proses pacak - memacak penunjuk arah ini dilakukan oleh abang ipar, adik lelaki dan kawan-kawannya pada malam hari sebelum majlis.

Babai

Rabu, 26 Disember 2012

Tag Tag Tag....

Marilah berehat sekejap untuk menjawab Tag. Saya telah di'tag' oleh ex-b2b manis kita Diyana.

1. Siapa diri saya di rumah?

Rumah mana? Saya ada banyak rumah walaupun bukan rumah saya sendiri.

- Rumah di KL: Sudah tentu sebagai isteri. Juga sebagai pengurus hal ehwal rumah.

- Rumah family: Seorang kakak dengan panggilan Angah yang sudah 15 tahun keluar rumah. Paling lama bercuti duduk rumah family adalah 2 minggu (masa cuti kahwin itu harilah)


2. Siapa diri saya disamping rakan?

- Kawan rapat: Sudah tentu kawan bersembang, bergossip, beraktivi dan bercuti bersama-sama

- Kawan tak rapat pulak: Sembang hal biasa sahaja atau bila ada urusan


3. LIMA benda yang diidamkan, tapi tak dapat lagi:

- Baby

- Umrah dan haji

- Berhenti kerja dan berbisnes dari rumah

- Jambangan bunga dari yang tersayang <-- tak pernah dapat lagi tau...

- Nak kurus <-- jom berusaha... Chaiyok! Chaiyok!


4. Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saya?

- Boo Boo :-) 


5. Ceritakan LIMA perkara saya paling suka tentang dia.

- Sangat manja <-- manjanya mengalahkan kita tau

- Extra concern

- Sangat rajin membantu isterinya masak dan kemas rumah

- Pot pet pot pet pot pet <-- suka sangat bercakap. Kalau tetiba senyap tu, ada something wronglah tu.

- Support me, when I have hate relationship with my job


6. Tarikh membina ikatan

- 081212


7. Kenangan pahit bersama pasangan anda?

- Macam takde je...


8. Lagu Tema Cinta?

- I don't wanna miss a thing - Aerosmith <-- padahal ni lagi all time Favourite 


9. Apa perubahan yang saya nak tengok pada dia?

- Proper saving for our future 


10. Tag member lain...

Saya nak tag semua blogger yang rajin singgah blog saya ni. Antaranya:





dan lain-lain lagi. 

Isnin, 24 Disember 2012

Honeymoon Road Trip to Phuket #1: Sepanjang perjalan ke Phuket


Berhenti kejap tentang review kahwin. Nak cerita pasal honeymoon pula. Nak buat macamana, teruja sangat nak review kahwin haritu tetapi gambar tak berapa nak elok. Mahu tunggu gambar dari OP dulu. Jadi, mari review pasal honeymoon.

Banyak juga drama nak pilih tempat honeymoon ni. Bali, Semarang, Phuket, Krabi, Koh Samui, Pulau Redang and the list go on. Pergi Matta Fair pun masihtak dapat nak buat keputusan. Masalah utamanya adalah harga tiket flight yang mahal. Jadi setelah banyak blogwalking, berkira-kira tambang tiket flight, harga sewa kereta bagai, kami buat keputusan untuk honeymoon di Phuket dan kami buat keputusan untuk memandu ke sana. Jeng jeng jeng... Kami rasa lebih jimat kalau memandu plus banyak pengalaman dapat.

Pada pagi 12 Disember, kami bertolak ke Phuket melalui Bukit Kayu Hitam. Oopss, pastikan GPS atau map apps dalam telefon ada. Kitorang guna Lumia. Sangat mudah dengan menggunakan Nokia Drive Apps. Tapi kalau takda maps tu pun, boleh je memandu sebab papan tanda utama ditulis dengan bahasa Thailand dan Inggeris. Cuma kena pastikan google awal-awal jalan yang nak dilalui. Kami berpandukan Nokia Drive untuk mencari jalan paling dekat ke Phuket. Sebelum tu juga, pastikan buat insurans kereta dekat border tau. Sebab insurans kereta kita hanya cover Malaysia dan Singapura sahaja.

Laluan kitorang: Sadao-Hatyai-Phatthalung-Trang-Krabi-Phang nga-Phuket
Begitu banyak nama tempat. Alhamdulillah, perjalanan adalah lancar. Kondisi jalan pun baik. In fact, lagi cantik jalan Thailand dari jalan di Malaysia. Highway di Thailand pun tidak dikenakan tol. Cuma harga minyak je lah double dari Malaysia. Selepas 9 jam, sampailah kami di Phuket. Dalam perjalanan sempat juga berhenti di Trang (ada shopping mall robinson di situ, refresh dan beli makanan sedikit) dan Krabi (untuk makan tengah hari). Jadi kalau non-stop, dalam 6-7 jam dah boleh sampai Phuket.

Jom tengok apa yang ada kat jalan Thailand nih...

Relaks je kan, kereta ni bawa getah

Erk, gerai makan pun boleh...

Barang-barang recycle kot. Macam kereta sampah pun ada...

Monyet bergantungan...

Cuba teka, ada berapa biji lori?

Eeiiii.. takutnya, tak jatuh ke guni-guni tu...
Apa aku boleh simpulkan, peraturan jalan raya di sana takdalah seketat Malaysia. Kalau lori lebih muatan macamni kat Malaysia, dah tentu kena saman nih.

Bagaimana pula kondisi jalan di Phuket?

Di waktu malam. Nampakkan jalannya sangat cantik...

Salah satu jalan tepi pantai di Phuket. Jalan tepi pantai nya banyak selekoh dan berbukit bukau. Tetapi jalan ni tak jem, malah lebih dekat kalau nak pergi mana-mana berbanding dengan jalan bandar.
Itu sahaja untuk part 1. Nantikan part 2 ok.

Bagi teaser sikit....

Amboi... teaser taknak kalah. Nak besar jugak.. hahahha
Babai...

Jumaat, 21 Disember 2012

Wedding Review #3: Hand Bouquet (HB) dan Kasut

Semua orang pergi Solat Jumaat kan. Tinggal yang gadis-gadis sahaja di ofis. Jadi marilah kita menyambung review.

Pihak butik, ada menyediakan sekali HB dan kasut untuk majlis aku. Tapi, biasalah gatal tangan nak juga DIY. Makanya, ada dua HB. HB dari butik aku guna waktu nikah. HB DIY aku guna untuk sanding.

Untuk kasut pula, kasut nikah aku DIY kasut lama dan kasut sanding guna butik punya. Makanya, kasut sanding yang aku beli kat Time Square tu tak pakai pun. Ada terperuk kat rumah. Ini semua gara-gara warna baju sudah bertukar. Nasib baik murah je kasut beli kat Time Square tu.

HB guna waktu nikah dan kasut guna waktu sanding

HB in action waktu nikah

Ini kasut nikah yang DIY. Kasut  ni, kulit bahagian belakang dah mengelupas. Dah buruk. Tapi kasut ni masih elok. Jadi untuk menyorok keburukan itu, aku pun gunalah gliter untuk cover belakang tu. Inilah hasilnya. Comot sikit, sebab gambar ni di ambil sebaik sahaja selesai men'DIY'. Tak dibersihkan lagi. Nanti aku buat entry DIY kasut ni.

HB sanding in progress. Adik lelaki aku sorang ni eksaited pulak nak buat HB ni. Jadi aku bagi je lah dia buat. Lepas dia siap hias bunga tu, adik perempuan aku hias pulak pemegang bunga tu. Hasilnya, cantik walaupun pemegangnya terpanjang sikit. Bunga yang warna putih kehijauan itu aku beli kat Bunga-Bunga Cinta manakala bunga warna pink ambil dari stok bunga-bunga yang ada kat rumah (bunga recycle lah tu hihihi)

HB in action. Erk... kecik pula gambar...
Maaf gambar kurang memuaskan. Maklumlah photographer amatur. Nanti dah dapat gambar dari OP, kita letak gambar lain pulak :-)

Wedding Review #2: Pelamin Sanding

Selamat pagi semua!!! Akhir-akhir tahun ni, di ofis adalah kurang kerja. Jadi, sangatlah bosan. Lagi-lagi, minggu ni ramai yang pergi kursus. Lagilah sunyi ofis ni tiada kawan untuk bekerja sekali.

Seperti tajuk di atas. Nak lah review pelamin sanding kite nih. Banyak juga kisah pelamin ni.

Dulu, masa kakak aku kahwin, pelamin pasang dalam rumah. Memang muat. Tapi ruang nak ambil gambar adalah terhad sebab ruang tamu rumah kecil. Jadi, aku buat keputusan nak buat pelamin kat luar rumah.

Tapi bila buat luar rumah, ada pulak masalah lain. Antara masalah yang dihadapi:

1) Ketinggian dari lantai ke atap adalah cukup, tapi ada bidang yang panjang sikit menyulitkan dan mengurangkan ketinggian latar belakang pelamin. Jadi solutionnya terpaksa buat dua lapis latar belakang pelamin. Nampakkan, satu latar belakang tinggi. Satu lagi latar belakang rendah.

Full view pelamin

2) Latar belakang yang tinggi tu, rancangannya mahu stapler ke bumbung asbestos. Tapi disebabkan asbestos tak mencengkam kuat stapler, perlahan-lahan kain latar belakang tu terjatuh. Pada hari kejadian, terpaksalah butik cari solusi lain dengan menambah satu lagi rangka di belakang untuk pegang kain latar belakang yang tinggi. Walaupun nampak comot sikit disitu, tapi itu sahaja solusi yang ada. (Tu lah gatai sangat nak buat depan rumah. Orang suh buat bawah khemah takmau)

3) Lampu pelamin pada hari kejadian terpadam. Cari punya cari puncanya, plak yang sambungkan wayar lampu tu dah cair sebab overload. Puncanya lagi, sebab ada orang gatal tangan pasang TV dan meletakkan wayar TV sekali dengna wayar pelamin. Hal ni aku tahu selepas majlis. Aku dah pesan awal-awal tak dibenarkan pasang TV pada haritu. Itulah susahnya kalau ada saudara-mara perasan tuan dalam rumah tu. Nasib baiklah tak terbakar ke meletup ke.

Pelamin dengan lampu  menyala
Set pelamin ni didatangkan dengan set tepung tawar, door arc, bunga tiang 4 biji dan red carpet. All in all, berpuas hati dengan pelamin itu walaupun warna pelamin ditukar pada saat-saat akhir. Aku sengaja ambil kerusi yang panjang sebab senang nak bergambar ramai-ramai. Kalau ambil kerusi satu-satu tu, ruang untuk orang menyelit kat pelamin jadi kurang.

Door arc dan bunga tiang

Cerita pasal pelamin ni, lupa pulakkan nak bagitau ambil dari mana. Pelamin ni aku ambil pakej di Butik Pengantin Dynas Collection. Korang boleh search kat facebook page butik ni. Sorrylah tak dapat bagi link sekarang, sebab FB adalah di block di ofis.

Pada pendapat aku, pelamin-pelamin nya agak tradisional dan tak up to date. Kak Ti (Pemilik Butik) agak lambat up to date dengan design pelamin sekarang. Tapi still cantik. Kalau korang tunjuk contoh design pelamin yang korang nak, insyaAllah dia boleh buatkan. Macam saya, pilih je desing pelamin yang ada.



Khamis, 20 Disember 2012

Wedding Review#1: Random update of wedding

Alhamdulillah majlis selesai dengan lancar walaupun ada sedikit cacat celanya.

Ingat tak kisah baju pengantin yang tak cantik tu di sini? Selepas macam-macam option dicuba, akhirnya aku sewa baju lain kat butik. Tak sanggup nak pakai baju tu. Satu family kata baju tu tak cantik. Hari ahad nak sanding, hari Khamis baru pilih baju. Tuan butik alter, hari jumaat fitting. Alhamdulillah cantik. Warna baju dari peach-minty green bertukar menjadi warna pink magenta. Dengan itu jugak, warna scallop khemah dan pelamin berubah menjadi warna pink. Untuk hiasan barang hantaran dan doorgift, dah tak boleh dah tukar warna. Makanya wedding aku jadi warna-warni. Tapi cantik jugak apa.

8 Dec, Sabtu
Nikah adalah selepas asar di masjid. Pagi sebelum akad nikah, sempat lagi aku pergi Giant, cari inner tudung untuk pakai waktu akad nikah. Nasib baik lah jumpa yang berkenan di hati.

Waktu ni kena mekap kat kedai, sebab MUA yang aku nak tu, tak boleh datang haritu sebab kerja. Jadi orang lain yang mekapkan. Kak Aya namanya. Dalam pukul 1.30pm aku gerak ke butik untuk mekap.
Mekap ok lah, tapi bila lama-lama mekap dah merekah kat muka. Satu je aku tak suka, Kak Aya buat sanggul tinggi sangat, lepastu dia tarik anak tudung aku sampai belakang, which is aku sangat lah tak berkenan. Nampak muka aku jadi bulat. Tapi malas nak ubah bagai dah, biar je lah.

Siap mekap, balik rumah, panggil semua yang berkenaan bergerak ke masjid. Lepas solat asar, akad nikah dijalankan. Dengan sekali lafaz, sah aku bertukar status. Lighting kat masjid ni tak berapa cantik. Malap je, tangkap gambar pun tak berapa cantik. Plus, adik aku lupa nak cas bateri kamera. Makanya, takda gambar nikah dalam kamera aku. Nangis lagi.

Selesai majlis, semua bergerak untuk jamuan ramuan dan bersurai...

9 Dec, Ahad
Pagi-pagi sebelum pukul 7 dah pergi pasar nak ambil santan yang sudah di tempah. Santan ni nak bagi kat surau, sebab diorang yang masak lauk kenduri kitorang. Alang-alang di pasar, belilah sekali benda-benda untuk masak lauk pengantin.

Si pengantin ni, pukul 11 lebih baru nak mandi. Padahal MUA sampai dalam pukul 12. Amy (MUA) ni, dulu mekapkan kakak aku masa kahwin dulu. mekapnya adalah marvelous. Dan aku suka mekapnya. Majlis harini berjalan dengan lancar.

Ada juga insiden yang tak diingini seperti satu tray cawan pecah, lampu pelamin tak menyala gara-gara ada orang gatal tangan tukar suis pasang TV. Emm, lain-lain tak ingat.

Next, aku akan review satu-satu k. Official photo akan dapat sebulan ke dua bulan akan datang. Maklumlah, musim kenduri kahwin, OP busy shoot gambar kahwin je...

Babai

Rabu, 19 Disember 2012

Suami dan Isteri


Maaf tak sempat-sempat nak update. Selepas 3 minggu, baru berjaya buka laptop. Sekarang tengah sibuk nak pindah rumah. Settel semua, saya start review ok...

Selasa, 11 Disember 2012

Rindu Kamu orang semua!!!

Serius, rindu dekat kawan-kawan blog. Sejak  mula cuti, tak sempat langsung nak jenguk blog.

Alhamdulillah, majlis sudah selesai dan berjalan dengan lancar. Semua review akan dibuat selepas saya balik daripada honeymoon ye.
Owh tak lupa terima kasih banyak-banyak kepada kawan blogger yang datang, Sya. Walaupun tak sempat bergambar dan terima kasih untuk hadiah yang diberi. Saya tak pasti, lagi seorang blogger  Diyana, datang atau tidak, sebab dapat sampul tulis nama Diana.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua kerana mendoakan majlis saya berjalan dengan lancar.

Tunggu  ye, review dari saya.....


Selasa, 4 Disember 2012

Wedding Preparation#34:1st stage inai

Wedding Preparation#33: Aktiviti 5 hari sebelum.

5 hari sebelum, 3 Dec 2012

1. Hantar tunang naik tren
2. hantar mak pergi kerja
3. Lepak di rumah tunggu pelamin sampai
4. Tak sampai sampai jugak, sambil tu, basuh kain, jemur kain, lipat kain, masak makan tengahari
5. Pelamin tak sampai sampai gak. Bosan. Import pekerja, untuk siapkan doorgift
6. Dah siap, bosan. Pakai inai pulak.
7. Pelamin tak sampai jugak
8. pukul 6.30, baru tuan butik ada. pegi butik fitting baju.
9. bawa balik baju, mak, ayah, adik-adik komen baju sangat buruk.
10. pegi pekan, cari baju lain. tapi last last tak jadi beli baru.

itu aktiviti 5 hari sebelum. semua rancangan haritu tergendala gara-gara tunggu pelamin dan gara-gara tunggu butik buka. pukul 6.30 ptg baru butik buka. Sebab dari pagi diorang pergi buka pelamin di 6 kawasan berbeza. Kesal butik tak gitau awal awal. kalau tak, dah berjaya selesaikan aktiviti haritu.

Perasaan bercampur-baur, baju sangat buruk. Kalau nak fitting pun, butik cuti selasa dan rabu. baju kot lelaki pun tak siap lagi. Pasrah je lah. Malas nak ambil tahu dah pasal baju tu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...