Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 18 Januari 2013

Dimanakah budi bahasa kamu?

Situasi yang sekejap. Malah tak sampai tiga minit pun. Berlaku di kaunter membuat bayaran.

Saya baru sampai di kaunter untuk membuat bayaran. Tiba-tiba datang dua orang perempuan terus datang depan kaunter memotong saya. Tanpa memandang saya dan dengan muka sombongnya. Tergamam sebentar saya. Terus dia keluar dompetnya untuk membayar barangannya.

Tetapi, juruwang buat tak layan dua orang perempuan itu. Juruwang melayan saya dulu. Suka saya. Tetapi   dua perempuan itu masih tak berganjak. Juruwang dan pengawal disitu tersenyum je melihat gelagat perempuan itu. Saya perasaan mereka sudah rasa malu tetapi sifat sombong yang tinggi, maka mereka tidak berganjak.

Dimanakah budi bahasa? Sungguh kurang ajar perempuan itu. Padahal tiada sesiapun yang beratur di belakang saya.

Kadang-kadang, diorang dah rasa kaya sangat sampai pandang rendah dengan orang yang "nampak" miskin macam saya. Saya dapat rasakan daripada gayanya. Hello!!! Kalau dah kaya sangat kenapa bayar pun nak pakai kad kredit.

Mesej nak sampaikan disini: Berbudi bahasalah. Hormatilah orang lain..

Peace yo.. Jangan lupa finale Maharaja Lawak Mega malam ni tau!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...