Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 7 Januari 2013

Honeymoon Roadtrip to Phuket#3: Itinerary 4 hari 3 malam di Phuket

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang aktiviti, aku nak ringkaskan jadual kami semasa di sana. Mana tahu boleh jadi panduan kepada yang lain yang pergi ke Phuket nanti.

Pada yang belum baca part sebelum ni, sila klik link bawah ni:


12 Disember 2012
  • Bertolak Ke Phuket melalui Bukit Kayu Hitam - Kami bertolak pukul 8 pagi. Sampai border dalam pukul 9 pagi. Selesai urusan di border, kami teruskan perjalanan. Ada  peristiwa yang berlaku semasa di border. Tapi di entry seterusnya aku cerita k. Nanti spoil the mood je.
  • Singgah di Trang untuk R&R - Sampai di Trang dekat-dekat pukul 12 tengah hari. Trang ni boleh di kira sebagai bandar. Lebih kurang macam bandar Ipoh. Kami singgah di Mall Robinsons untuk beli barang makanan. Tak banyak makanan yang dijamin halal. Akhirnya hanya beli conrflakes dan Indomee.
  • Singgah di Krabi untuk makan tengahari - Sampai di Krabi dalam pukul 2. Disebabkan aku pernah sampai Krabi pada tahun 2009, jadi aku tahu kat mana restoran halal kat Krabi. Nasib baik masa sampai tu, restoran tu dah buka. Sejam lebih juga kami di Krabi.
Restoran Sareefah di Krabi. Nampak, ada tanda halal. Pelayan nya pun boleh cakap bahasa melayu kelantan
  • Sampai di Phuket - Sampai Phuket dalam pukul 5.30 petang. Waktu tu orang tengah balik kerja. Jadi jalan agak sesak. Sesat juga kami cari villa kami. Peta yang di beri oleh pihak villa tidak membantu sangat. Dalam pukul 6.30 baru sampai villa. Rupa-rupanya nak ke villa ni, jalannya macam jalan kampung. Sempit. Lagi satu signboard ke villa ini di tutupi oleh dahan pokok. Sebab tu tak ternampak signboard nya.
  • Check-in dan santai di villa - Check in villa terus tak keluar sampai esok. Penat punya pasal.

13 Disember 2012
  • Jalan-jalan di Patong Beach sambil cari pakej aktiviti - Bersepah-sepah travel agent kat kawasan Patong ni. Pilih mana yang berkenan. Kalau rajin boleh survey harga satu-satu sampai berkenan. Tapi macam kami ni, malas nak survey terus pegi je kat travel agent yang mula-mula jumpa. Banyak sangat pakej. Tapi kami hanya ambil pakej James Bond Island Tour dan Fantasea. Lepas ambil pakej, terus pergi lunch. Masa lunch, orang restoran tu bagi advise kalau nak shopping, shopping di Ottop Road sebab situ murah. Kalau kedai sepanjang pantai, harganya mencekik darah.
  • Membeli-belah di Ottop Road - Shopping barang untuk kami. Tapi masa ni rasa harga yang diberi adalah mahal. Entri seterusnya aku akan cerita hal ini. Lepas habis shopping, kami singgah di Siam Niramit untuk beli tiket show malam ni.
  • Phornthep viewpoint untuk tengok sunset - Kat Phuket ni, banyak tempat viewpoint untuk tengok sunset. Tapi Phorntep adalah paling famous. Sampai sini, biasalah menikmati pemandangan sambil tangkap gambar. Konon nak tunggu sampai sunset. Tapi sebab takut tak sempat untuk ke Siam Niramit. Kami blah awal.
Pemandangan di Phornthep Viewpoint
  • Balik villa bersiap dan makan malam
  • Siam Niramit - Lepas makan terus ke Siam Niramit. Sangat best ok. Akan cerita next entry :-)

14 Disember 2012
  • James Bond Island dan kawasan sekitarnya - Travel agent pick up kitorang kat villa. Di panggil james bond island sebab kawasan ni adalah kawasan penggambaran cerita jamesbond. Akan cerita next entry juga :-)
James Bond Island
  • Fantasea - Show macam Siam Niramit. Tapi aku lagi suka show siam niramit. Akan cerita next entry juga :-)

15 Disember 2012
  • Mandi pantai di Bang Tao Beach - Hari ini , baru berpeluang nak mandi kat pantai. Pantainya lagi cantik jika nak bandingkan dengan Patong beach. Akan cerita next entry juga.
  • Check-out Villa - Lepas mandi pantai, terjun pool pula kat villa, pastu baru bersiap dan kemas-kemas barang untuk check out.
  • Shopping di Ottop Road, Patong Beach again - Shopping lagi, tapi kali ni untuk souvenir pula.
  • Bertolak pulang - disebabkan border tutup pukul 12 tengah malam dan waktu itu kami baru sampai Trang. Makanya kami bermalam di hotel di Trang. Bukan taknak teruskan perjalanan, masalahnya jalan dari Trang ke Bukit Kayu Hitam tu akan lalu kawasan hutan yang luas. Jadi taknak take risk lalu kawasan tu malam-malam.

16 Disember 2012
  • Bertolak pulang ke Malaysia - Selepas breakfast di hotel (makan roti and jem je sebab makanan lain semua tak halal), kami bergerak balik ke Malaysia.

Kesimpulan dari pengalaman dan jadual yang kami atur:

1. Kami bertolak pagi-pagi, jadi kami sudah rugi masa di situ. Jika sampai awal di Phuket, banyak aktiviti boleh dilakukan pada hari pertama itu. Jadi disarankan bertolak malam sebelum pukul 12 tengah malam. Jadi boleh sampai Phuket pagi. Check-in, tidur dulu. Petang dah boleh buat aktiviti. Kami rugi di situlah. tapi at least banyak juga tempat kami singgah. Kalau drive malam, nak singgah mana kan?

2. Tandas dekat mall takde air. Tapi kalau tandas kat hentian rehat ada air. Siap ada kolah lagi. Tahap kebersihan pun, bersih jika dibandingkan dengan tandas di Malaysia.

3. Penunggang motor kat sini bawa macam kura-kura ok. Lepastu suka bawa tengah-tengah jalan. Stress je.

4. Don't worry, tempat makan halal banyak. Cari je masjid, sekeliling masjid tu banyak kedai makanan halal.

5. Banyak lagi aktiviti lain boleh buat. Contohnya, naik gajah, shooting, bungee jumping, water rafting, buggy car, phi phi island tour. Phi phi island aku tak pergi sebab dah pergi masa gi Krabi dulu. Tour phi phi island ni aku sangat recomend. Best tau. If kami sampai awal pada hari pertama tu, dah boleh  tambah aktiviti.

Itu je yang dapat difikirkan buat masa sekarang. Kalau ada lagi, aku akan tambah. Entri seterusnya aku cerita aktiviti-aktiviti kami pula di sana

Babai...

7 ulasan:

  1. Cantikkan sunset view kat phuket ...
    pernah pergi time comp trip bulan 3 thn lpas ..
    lagi best view kat james bond island tuh ..
    aman damai kan ..
    hahaha ...
    happy honeymoon dear..

    BalasPadam
  2. ha??mood xbest?? sabaw je La..org br ps kawen mesti kene ade mood aLways! hehehe. chill~ =)

    BalasPadam
  3. cantik betul view sunset tu.. sy mmg suka tgk sunset.. :)

    BalasPadam
  4. Iera:
    Ha ah cantik sunset view.
    Tapi kat Jzmes Bond Island tu ramai sangat...

    BalasPadam
  5. Sya: Hahahahhaha, nak wat macamana mood dah tak best... Tapi takde kaitan dengan hal rumah tangga :-)

    BalasPadam
  6. Shizan: bolehla pegi, tengok sunset view

    BalasPadam
  7. nana skrg ni dlm dilema nak pegi phuket atau koh samui. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...