Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 3 Jun 2013

Renovasi Rumah#1 - House Renovation (Summary)

Alhamdulillah... rasa sangat gembira dapat duduk rumah sendiri. Macam-macam nak buat kat rumah ni. Tapi sebelum ni, nak cerita sikit proses renovasi rumah kami ni.

Sebelum pindah, kami telah melakukan sedikit renovasi asas. Nak taknak, kena buat juga renovasi, kalau tak, pindah nanti, tunggang langgang rumah takda tempat penyimpanan. Terutamanya barang-barang dapur. Makanya, kabinet daput mesti ada sebelum kami pindah masuk.

Duk cerita pasal rumah tak cerita pun rumah kami ni macamana. Rumah adalah jenis kondominium dengan keluasan 1313 sq ft. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Pelan asalnya, rumah ni nak disewakan. Tapi plan berubah bila fasa hidup berubah. Makanya, keputusan dibuat untuk inggal di rumah ini.

Layout rumah kami. Kawasan yard akan di pecah untuk dijadikan dapur basah

Kebetulan, terdapat beberapa rumah contoh yang dilakukan renovasi oleh kontraktor-kontraktor rumah. Maka, kami survey setiap rumah contoh yang sudah siap direnovasi masa tu. Antara faktor-faktor yang kami gunakan untuk memilih kontraktor adalah harga yang berpatutan, jenis renovasi yang dilakukan dan kualiti renovasi yang dilakukan. Akhirnya kami memillih MCF Sdn Bhd sebagai kontraktor rumah kami. Antara sebab kami pilih MCF adalah kerana kami berkenan sangat dengan design kabinet dapurnya.

Kontraktor kami. Sesiapa tengah cari kontraktor rumah, boleh kontek Benny ni. Tapi ada good and bad thing pasal kontraktor ni. Nanti akan diceritakan pada entri lain.

Pada mulanya hanya mahu buat kabinet dapur, pasang grill, pasang wall tile di dapur, pendawaian dan plumbing je. Tetapi terpengaruh pulak untuk tambah cornice dan plaster ceiling. Sebabnya, menyenangkan kontraktor untuk membuat pendawaian. 'Quotation' harga adalah puluhan ribu juga ok. Bukannya ribuan. Pecah kepala juga mana nak cekau duit ni.


Jenis renovasi yang kami lakukan. Nasib baik dia bagi percuma pemasangan kipas dan lampu. Kalau ikutkan, dia cas RM80 untuk setiap pemasangan kipas/lampu. Sudah jimat disitu. Kami juga minta dia pasang water heater dekat dua bilik air kami dengan cas RM150. Tetapi disebabkan ada benda yang kami tak puas hati, dia cas RM100 je untuk pemasangan water heater.

Renovasi rumah kami mengambil masa selama sebulan setengah juga. Jom layan gambar-gambar sewaktu renovasi.

Pintu dekat yard dipecahkan. Kawasan yard akan dijadikan sebagai dapur basah. Kerja-kerja pendawaian dan plumbing juga dilakukan. Gambar kanan bawah adalah cornicedan plaster ceiling, wayar semua sudah disorok di dalam plaster ceiling dan cornice.

Dinding dapur sudah dipasang tile. Meja konkrit sudah siap. Proses pemasanngan kabinet dapur.

Kabinet dapur yang sudah siap. Masih bersepah jugak ok. Kalau takde kabinet dapur lagi bersepah. Tapi takpe, perlahan-perlahan kami susun atur.


Grill di bilik air, bilik tidur dan pintu utama.

Ituje kot yang nak dikongsi. Semoga boleh jadi panduan kepada sesiapa yang nak renovate rumah. Banyak benda nak kena fikir untuk renovate rumah ni. Harga yang berpatutan sudah tentulah. Selain tu kena tengok prestasi kontraktor juga. Yang penting, kena tahu apa yang nak direnovate, dan adakah satu kontraktor boleh buat semua benda atau kena kontaktor berlainan untuk renovasi berlainan. 

Bye...



7 ulasan:

  1. wahhh anggun sungguh rupa dapurmu...=)

    BalasPadam
  2. Thank you Fizah... =).. Tapi tak habis organize lagi kabinet nye. =)

    BalasPadam
  3. I like the kitchen cabinet :)

    BalasPadam
  4. Thanks siulailai. Glad you like it

    BalasPadam
  5. Salam, kalau tk keberatan saya ingin tahu berapa harga renovasi ? sbb saya tgh survey contractor for my house renovation. Your floorplan is similar with mine. Thanks
    -Hidayah

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan ye sis.Sy sedang survey utk buat renovation jugak.Boleh la call kontraktor yg sama ni myb.catik kitchen cabinet tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai Kyla. Salam Perkenalan.
      Sila-silla, dapatkan quotation harga ye. and survey banyak tempat jugak tau.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...