Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 7 Jun 2013

Susun Atur#1: Susun atur kabinet bawah sinki dapur - Organized your under sink kitchen cabinet

Assalamualaikum semua,

Antara projek susun atur pertama saya dekat rumah saya adalah kabinet bawah sink dapur. Kabinet bawah sink saya kosong sahaja. Tiada para ataupun laci. Sebelum susun atur, barang-barang seperti bahan pencuci, minyak hitam, berus dan lain-lain semuanya letak macam tu sahaja.

Barang-barang bawah sink dapur

Jadi, saya pun carilah bakul yang sesuai untuk letak barang-barang pencuci dan segala benda yang ada bawah sink ini. 

Bakul yang berharga RM5.99

Inilah bakul yang saya beli. Saya beli di 99 Shop. Harga Rm5.99. Bakul ni sebenarnya ada 9 saiz yang berbeza. Buat sementara waktu saya beli dua dulu. Nak tengok sesuai ke tak.

Hasilnya..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaa!!!!!


Hasilnya selepas disusun

Bakul yang bahagian belakang tu saya letak barang-barang kereta dan motor seperti air bateri, minyak itam dan pencuci kereta. Saya letak juga barang-barang stok dan barang yang saya jarang guna seperti spray serangga.

Bakul yang bahagian depan pula saya letak bahan pencuci yang selalu digunakan seperti pencuci pinggan, pencuci kitchen top dan pencuci cermin. Juga saya letak sementara berus-berus dan span. Sepatutnya kena ada bakul lagi satu untuk letak benda-benda kecil ni.

Sebelah bakul tu pula, saya letak stok bahan pencuci baju Dynamo. Saya suka beli Dynamo masa tengah offer murah. Sebab tu boleh ada banyak stok. 

Dibelakang dynamo ni pulak saya letak pelocok, satu bekas arang untuk serap bau dan satu bekas penyerap lembapan (macam thirsty hyppo). Disebabkan bawah sink, kebarangkalian untuk kawasan ni jadi lembap tinggi. Sebab tu letak penyerap lembapan tu.


Gambar sebelum dan selepas di susun atur

Step seterusnya untuk susun atur bawah dapur ni supaya sentiasa tersusun ialah melabelkan bakul-bakul tersebut dan juga tambah lagi bakul putih tu supaya barang-barang bawah sinki ini boleh disusun ikut kategori.

Contoh susun atur bawah sinki yang saya suka adalah seperti:

Saya suka cangkuk yang diletakkan di pintu cabinet dan juga two tier rack yang semestinya menjimatkan ruang


Suka roler tisu kat pintu kabinet tu. Juga rak jaring di sisi cabinet. Boleh simpan barang-barang kecil.


Two tier pull down rack. Lagi best, tak perlu nak membongkar selongkar bahagian belakang. Tarik keluar je rak tu. 

Setakat ni sikit je barang bawah sink ni. Sudah tentu kalau bertambah barang bawah sinki. Solusi seperti gambar di atas ini akan di pilih.

Bagaimana kamu semua susun atur bawah sinki kamu pula? Jom kongsi...

5 ulasan:

  1. Woot woot...ini mmg terbaekkk..sy suke!!

    Sy plak bwh sinki tempat letak periuk blanga...insyaallah will share some day!!! Yeahh..!! ;)

    BalasPadam
  2. Sukenya ada orang suke... hihihi

    Periuk belanga saya ada sikit je. Jadi simpan tempat lain. Sharelah fizah....

    BalasPadam
  3. Wahhh..terima kasih kongsi idea susun atur bawah sinki ni..Penin fikir macamna nak kemas T_T

    http://mommiesjourney.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Two tier pull down rack tu beli mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin boleh dapatkan di kedai DIY...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...