Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 27 Jun 2013

Susun Atur#3: Home Filing System Organization

Assalammualaikum...

Amboi tajuk campur BM dan BI. Tapi isinya tulis BM ye semua. Home Filing System Organization atau dalam BM nya Susun Atur Sistem Fail Rumah.

Sebenarnya aku dah lama dah susun atur segala bil, dokumen, dan surat. Tapi baru sekarang ada mood nak buat entri. Aku ni jenis yang suka simpan segala jenis dokumen  yang ada, resit kecil-kecil pun aku simpan. Tak kiralah penting ke tak. Tetapi setelah masa berlalu, terlintas di fikiran, buat menyemak je nak simpan segala macam dokumen ni.

Sebelum ni memang simpan dalam fail juga tetapi tak berapa tersusun. Jadi di hari minggu yang bosan, tergerak di hati nak susun atur dokumen-dokumen yang ada.

Ini adalah suku daripada khazanah yang berjaya dikumpulkan.



1. Mula-mula sekali aku buang dokumen tak penting dan shred dokumen penting yang sudah tak diperlukan lagi.

2. Kemudian, dokumen yang diperlukan aku sort ikut dokumen kategori (cth: KWSP, LHDN, rumah, kereta, insurans, PTPTN, bil api, bil air, bil telefon, unifi dan lain-lain).


3. Kemudian, dokumen-dokumen ni aku masukkan terus ke dalam fail kertas yang biasa digunakan di sekolah dulu.

4. Resit-resit yang penting (cth: resit buku, barangan berharga, untuk claim tax). Aku tampal kat kertas A4 yang di guna semula.



5. Resit-resit ni juga aku scan dan buat virtual folder dalam laptop. Bukan apa, makin lama tulisan resit tu selalunya akan pudar. Jadi aku scanlah sebagai backup.

6. Setiap file kemudiannya aku guna marker pen je untuk label fail-fail tersebut

7. Akhir sekali, simpan dalam storage box  dengan fail ni dalam keadaan menegak. Tujuan aku susun macamni sebab nak memudahkan bila mencari sesuatu fail. Tengok! Storage box  tak cukup tinggi. Takpelah buat sementara waktu ni aku pakai dulu.File bunga-bunga pink tu aku simpan semua sijil aku dalam tu.




Aku takdalah spesifikkan kategori dokumen aku seperti kat website a bowl full of lemon dan  i heart organization ni. Sekadar yang perlu sahaja. Sebabnya aku takda spesifik tempat lagi untuk simpan dokumen-dokumen ni. Ada satu entri dalam salah satu website ni bagi step-by-step macamana nak susun atur dokumen-dokumen (malangnya aku tak jumpa dah entri tu). Entri tu sangat memberikan inspirasi ok.

Setakatni sahaja. Aku tahu, aku nak sangat ada home office dimana aku boleh simpan fail-fail dan segala kertas kerja dengan lebih teratur. Kalau ada rezeki, bolehlah ada filing cabinet dan seterusnya home office. Insyaallah. Bila dah wujud ruang home office, bolehlah lebih teratur segala macam barang berkaitan.

Macam mana pula korang simpan segala dokumen korang?

3 ulasan:

  1. siap tampal resit dan scan? WOW! itu super duper rajin namanya! =)

    BalasPadam
  2. hahahaha.. takdalah rajin. Cuma sebab stress tengok resit kecik-kecik bersepah. Sebelum ni simpan dalam sampul surat. Tapi tak praktikal + tulisan resit cepat pudar. Sebab tu tampal atas kertas A4 then scan trus. Baru puas hati.

    BalasPadam
  3. Sy buay mcm ni juga...
    Tapi tak scan mcm sis..
    Just highlight tarikh items dan total dlm resit tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...