Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 28 Jun 2013

Susun Atur#4: Idea Susun Atur Bilik Tidur Utama

Assalammualaikum w.b.t

Bila masuk rumah baru. Banyak benda nak kena buat. Tak siap-siap lagi. Aku agak, untuk memenuhkan dan menghiaskan seluruh rumah akan mengambil masa yang lama juga.

Sebelum masuk rumah, benda yang aku utamakan untuk sekurang-kurangnya mempunyai barang-barang asas adalah bilik utama dan dapur. Alhamdulillah, dapur hampir lengkap. Bilik utama masih ada benda asas sahaja seperti katil dan meja solek. Kosong sangat rasa bilik tu.

Tengah agak lapang ni, tetiba nak melakar apa yang aku nak buat untuk bilik utama ni. Lakaran aku buruk je. Tapi mahu kongsikan juga

Lakaran dalam satu kertas A4

Keadaan bilik sekarang

Ayat yang terpotong bahagian atas tu actually plastic drawer dan laundry bag. Tiada almari baju pun dalam bilik ni. Almari lama aku letak di dalam bilik no. dua. Bilik tu dah macam jadi walk-in wadrobe dah. Semua naju aku simpan situ.

Idea aku untuk bilik tidur utama ni

Susun atur masih ringkas. Tapi ada pertambahan perabot di situ. Meja solek tu aku tak pasti nak letak di situ atau nak ubah masuk bilik no. dua. Cadangnya nak jadikan 4 tier drawer tu sebagai meja solek juga. Depan katil dan depan meja solek tu pula aku nak letak permaidani.

Pandangan dari arah 1

Macamtulah rupanya bila tengok menghadap katil tu. Dinding di kepala katil tu aku nak letak frame gambar kahwin kami dan mungkin frame gambar hiasan.

 Pandangan dari arah 2

Dari pandangan ni pula, ialah 4 tier drawer ni yang mungkin menjadi meja solek juga. Di sebelah hiasan itu adalah tingkap.

 Pandangan dari arah 3

Dari pandangan ini pula, aku letak wadrobe. Harap-harapnya building wadrobe lah. Aku siap reka dah nak wadrobe macam ni. Semua boleh simpan sini. Inyaallah mungkin tahun depan kot baru boleh dapat wadrobe ni. Sementara waktu, simpan dulu segala baju di bilik no. dua.

Harap-harap tercapailah hasrat ni kan. Di bawah ni adalah contoh-contoh rekaan yang lebih kurang dengan apa yang aku nak.



Untuk 4 tier drawer a.ka dresser ni. Rekaan Ikea pun dah cantik.


Bilik tidur utama ni aku tak cat pun. Guna warna asal rumah ni. Yang penting ruang ni aku nak nampak ala-ala romantik sikit. 

Babai


2 ulasan:

  1. kita pun suka lukis2 nk susun2 ni..baru dtg idea..hihi

    BalasPadam
  2. Kan.. pastu baru tau benda apa nak perlu ada....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...