Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 22 Julai 2013

How to prioritized your work

.
Entri ini lebih kurang macam luahan perasaan aku terhadap kerja aku sekarang.

Macamana korang prioritized kerja korang di ofis?

Aku dikutuk sebab tak pandai prioritized kerja aku. Masalahnya di sini, orang yang mengutuk itu tidak tahu apa lagi kerja aku yang lain dan kenapa aku buat kerja yang ini dulu dan bukan yang itu. Dia, sebagai orang tua, aku malas nak bertekak. Senyap sahaja sambil mendengar ceramahnya dan seterusnya teruskan review kerja aku dengan dia. Lama aku bekerja, aku dah semakin lali dengan semua itu. Tetapi entah mengapa harini rasa beremosi sedikit.

Selesai, review, aku teruskan kerja aku. Masih terngiang-ngiang apa yang dia sebut tadi. Jika senyap setakat itu sahaja, takpa. Tetapi jika diadu ke bos besar, bagaimana pula situasi aku.

Aku sering ikut kaedah ni apabila aku prioritized kerja aku. Kaedah ini di panggil Kaedah A-B-C-D-E. Mudah dan sesuai dengan keadaan kerja aku.

Kaedah A-B-C-D-E

  • Pertama sekali, senaraikan semua kerja yang perlu dilakukan
  • Kemudian, senaraikan mengikut kategori berikut
    • A: Kerja yang sangat penting dan perlu dibuat. Akan ada kesan negatif jika kerja ini tidak dilakukan. Juga, orang lain akan terjejas jika kerja ini tidak siap
    • B: Kerja yang penting tetapi tidak sepenting kerja di kategori A. Mungkin ada kesan negatif jika tidak dilakukan. Tetapi kesannya tidak seperti kesan di kategori A
    • C: Kerja yang bagus untuk dilakukan ("nice to do") tetapi tidak sepenting kerja di kategori A dan B dan tiada kesan negatif jika tidak disiapkan
    • D: Kerja yang perlu diserahkan. Kerja ini boleh diserahkan kepada orang lain atau outsource
    • E: Kerja yang perlu disingkirkan. Seperti baca newsletter (yang ni tiada kaitan dengan kerja aku).
  • Bila dah kategorikan, bolehlah buat kerja dengan kerja A perlu dilakukan dahulu, kemudian kerja B dan begitulah seterusnya.
Ini adalah versi ringkas. Untuk versi panjang kaedah ni, boleh baca di SINI. Setiap kerja itu boleh lagi dibahagikan kepada kerja teknikal dan kerja pengurusan. Kadang-kadang, kerja pengurusan itu tidak berapa penting tetapi kerja itu perlu approval segera. Tetapi kerja itu tidak memberi kesan negatif kepada anda. Tetapi, mungkin kerja orang lain akan terjejas disebabkan kelewatan kerja itu.


Jadi kenapa dengan kerja aku?

Ada dua benda yang aku review dengan dia. Satu dalam kategori A dan satu lagi dalam kategori C. Dia kutuk aku untuk kerja dalam kategori C. Manalah aku tak rasa beremosi. Sedih pun ada juga. Namun kerja tetap kerja. Perlu disiapkan juga. Tatapi sekarang seperti mahu drop kerja C itu gara-gara rasa beremosi yang melampau harini.

p/s: bussinessproductivity.com

4 ulasan:

  1. alamak mesti sedih kann klu ada yg ngutuk bila kita dah buat yg terbaik...sabar ye..

    BalasPadam
  2. Ingatlah keje ni cuma satu ibadah jer...buat yg terbaik Insyallah kita akan kurang bersungut..
    Lisa just nk suggest...in future, tanya bos mana dia nak siapkan dulu? then list out n bg cepat2 spy dia puas hati n tak nampak lagi kelemahan kita....
    Dont give up n try to practise ya! :)

    BalasPadam
  3. Fizah: Memang sedih... tapi abaikan je lah..

    BalasPadam
  4. Ellysa: In this case saya tak bersungut. Cuma meluahkan apa yang terbuku bila orang condemn kita macam tu padahal kita bukan macamtu. If he condemn the important work i can accept it but like i said in the entry, dia condemn the work that not even important at all. Kerja important, semua adalah ok.

    Ye, betul kerja adalah suatu ibadah. Dan seperti biasa hal yang seperti ini akan cepat berlalu bersama angin bayu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...