Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 31 Julai 2013

Macamana menguruskan/memasak juadah bersahur dan berbuka dengan cepat

Tinggal 8 hari je nak raya tetapi aku baru nak kongsi macamana nak memasak juadah bersahur dan berbuka dengan cepat.

Maklumlah kalau bekerja sepenuh masa ni, kadang-kadang rtak sempat nak masak. Lagi-lagi bulan puasa. Selalunya pada hari kerja, kebanyakan orang akan makan lauk tunjuk je.

Alhamdulillah, tahun ni, aku berjaya memasak sepanjang bulan ramadhan ni. Hanya dua kali sahaja aku menjejakkan kaki ke bazaar ramadhan, itupun sebab nak beli air kelapa dan kuih tepung pelita.

Ok, berbalik kepada tajuk utama. Aku kongsikan sikit tips-tips untuk membolehkan anda masak untuk sahur dan berbuka puasa:

  • Kisar siap-siap semua bahan mentah seperti bawang merah, bawang putih, cili kering, cili hidup dan halia. Simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti ais.
  • Beli siap-siap bahan protin untuk seminggu/dua minggu. Belilah ikan, ayam, udang, sotong dll siap-siap. Basuh, potong, simpan dan susun elok-elok dalam tempat sejuk beku peti ais.
  • Beli sayur siap-siap juga. Dalam kes ni, aku suka beli sayur yang tahan lama seperti kacang panjang, lobak dan brokoli. Manakala untuk sayur yang tak tahan lama, aku pastikan akan habis dalam masa seminggu. Dah beli sayur, basuh dan potong siap-siap. Simpan dalam peti ais.

Semua bahan-bahan dah sedia. Tips seterusnya:
  • Tiap-tiap hari, sebelum tidur malam, fikir siap-siap apa nak masak untuk sahur dan berbuka puasa. Dah tahu nak masak apa, keluarkan protin yang nak dimasak sahur dari tempat sejuk beku dan simpan di tempat biasa peti ais pada malam tu. Untuk berbuka pula, keluarkan pagi-pagi waktu nak bersahur. Dengan cara ini, anda sudah jimat banyak masa untuk menyahbekukan protin.
Itu sahaja sebenarnya tipsnya. Semua tips di atas dapat menjimatkan masa untuk memasak. Bila nak masak, bawa keluar semua bahan-bahan dan boleh mula memasak. Tak perlu lagi buat bersediaan untuk memasak sebab part inilah makan paling banyak masa bila nak memasak.

Bila aku buat cara ini, aku boleh pergi kerja lambat dalam pukul 9 pagi sampai ofis (kadang-kadang lepas sahur aku tak tidur dah, terus bersiap-siap pergi kerja). Balik kerja pun lambat dalam pukul 5.30 ke 6 petang. Sampai rumah pukul 6.30 ke 6.45 petang, mula memasak dan dalam pukul 7.15 petang sudah siap masak. Memang jimat banyak masa. 

Bagaimana pula anda menguruskan juadah bersahur dan berpuasa anda?


5 ulasan:

  1. lbh kurang kita gak zarith..siap2 blend semua dan mlm turunkn bahan mentah nk msk..tp skrg tgh misi mengemas rumah..masak pun yg sempoi2 jek..hihi

    BalasPadam
  2. Cik hani blk kje sampai rumh 5.45pm.so msk sampe kul7pm.
    Cik hani siapkn awal2 bhn protin dln peti tggl nk msk je.bhn lain buat onthespot.
    Yg penting kna kurangkn msa utk nyahbeku bhn protein tu. Utk sahur hangatkn je lauk berbuka tu sbb mkn 2 org je ng suami..

    BalasPadam
  3. Fizah: Wah dah sibuk mengemas. Saya tak kemas rumah untuk raya ni, raya di kampung sahaja...

    BalasPadam
  4. Cik Hani: betul-betul.. nak nyah beku protin tu yang lama...
    Untuk sahur kadang-kadang hangatkan lauk berbuka je. Tapi kalau lauk berbuka dah abis, masak lain untuk sahur tu...

    BalasPadam
  5. salam kenal :)
    sy pon suke praktikkan cara camni utk masak sehari2, bukan masa bulan puasa je huhu.. tp dulu la mase keje mkn gaji.. skrg ni niaga kedai frozen jd x brapa rajin nk spend 1 day utk siap2 kan bhn mentah.. ari2 prep brg skrg :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...