Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 2 Julai 2013

Renovasi Rumah#2: Kabinet Dapur

Assalammualaikum semua...

Walaupun rumah aku sudah siap renovasi, aku tetap nak cerita serba sedikit pasal renovasi ni. Moga-moga boleh jadi panduan untuk sesiapa yang mahu buat renovasi.

Kali ni aku nak cerita pasal kabinet dapur. Dalam budget renovasi, kabinet dapur memakan belanja yang paling besar sekali iaitu 49% daripada budget renovasi. Pitam juga tengok angka ni. Seperti yang di ceritakan di entry INI, aku ikut bulat-bulat rekaan kabinet dapur MCF ni.

Masa tengok tu memang suka sangat designnya. Kemasan pun bagus (Kemasan yang aku maksudkan di sini adalah tempat kabinet di skru takde pecah-pecah, takde calar dan lain-lain).  Letak duduk laci dan kabinetnya pun aku suka sangat. Cuma ada sedikit ubah suai kedudukan laci yang aku nak. Tetapi....... (akan cerita kejap lagi).

Inilah rupanya kabinet dapur aku. Memang banyak sangat ruang simpanan. Banyak susun atur projek boleh buat. Dari segi luaran memang cantikkan.

Bahagian dapur basah

Bahagian dapur kering. Bahagian peti ais tu saja buat besar. Mana tahu bila-bila nak tukar peti ais pula.


Tetapi, cuba tengok gambar-gambar ni.

Pecah di tempat skru

Papan pecah lagi

Kesan marker pen

Ingat tidak nampakkah tulisan itu?


Waktu aku ambil gambar ni, aktiviti renovasi memang dah habis. Benny pun dah telefon kitorang bagitahu dah siap. Tetapi bila kitorang QC, sakit hati kot. Tempat yang diorang skru pecah papannya, papan pecah, ada tanda marker pen dekat pintu kabinet dan ada para (shelve) yang tiada. Apakah? Belum masuk lagi permintaan yang aku  nak diorang tak buat dan rekaan sedikit lari dari rekaan showhouse.

Kalau ikutkan rekaan showhouse terdapat satu laci besar di dapur basah. Tetapi diorang hanya buat pintu kabinet sahaja. Aku paham kabinet yang kami minta ni tak termasuk aksesori. Tetapi aku tak rasa laci tu sebagai satu aksesori. Haish...

Waktu ni aku dah cakap kat my hubby yang aku taknak bayar bayaran akhir kalau diorang tak betulkan semuanya. Maka, komplen dibuat dan tindakan diambil oleh pihak Benny.

Hasilnya, lebih baik dari sebelum ni walaupun tidak perfect. Waktu ni aku malas dah nak bertekak, terima je lah. Nasib baiklah Benny tolak RM50 (RM50 je???) sebab ada masalah dengan pemasangan water heater.

Daripada firasat aku, MCF ni sebenarnya sub-kontrak kabinet dapur ni. Itu yang macam-macam masalah dengan kabinet dapur tu. Renovasi lain semuanya perfect. Aku yang baru pertama kali buat renovasi, bukannya tahu semua itu. Takpelah pengajaran juga supaya lebih buat study sebelum buat apa-apa renovasi.

Berdasarkan pengalaman aku, aku bagi sikit tips-tips jika nak buat kabinet dapur ni:

  • Sebelum buat kabinet dapur, tentukan konsep yang diingini. Juga tentukan samada korang jenis suka masak atau jarang masak. Ini penting untuk pemilihan hud dapur nanti. Selalunya kalau jenis hari-hari masak, hud yang mempunyai kuasa sedutan yang kuat adalah penting. Keluasan ruang dapur juga penting tau untuk pemilihan hud ni. 
  • Aku rasa lebih baik ambil kontraktor kabinet dapur terus kerana selalunya diorang akan siap buat lukisan 3D lagi. Aku punya? Mentang-mentanglah aku ikut sebijik macam showhouse punya kabinet dapur, memang takdalah lukisan 3D. Tambah lagi, lagi banyak pilihan corak, warna dan material yang boleh di pilih.
  • Sentiasa pantau semasa proses pemasangan kabinet dapur di lakukan. 
  • QC setiap bahagian kabinet dapur yang sudah siap. Ada calarkah? Ada retakkah? Ada bocorkah?
Itujelah yang aku teringat. Korang pula bagaimana? Bagaimana pengalaman pemasangan kabinet dapur korang? ada masalah tak? Atau mungkin ada tips-tips lain yang boleh di kongsi?

Lepasni aku kongsi susun atur barang-barang dalam kabinet dapur pula. Sekarangni tak habis lagi susun atur. Masih tak tersusun lagi. Aku kongsi sedikit gambar bahagian dalam kabinet yang tak teratur ni lagi.

Bahagian pantry

Bahagian rempah, ubat-ubatan dan barang-barang kecil

Pinggan mangkuk

Periuk, senduk, sudip .....





2 ulasan:

  1. susunatur dalam kc awak mmg sungguh kemas! =)

    BalasPadam
  2. Tengok dari jauh memang teratur. Tapi kalau tengok dari dekat, bersepah lagi. Semua main campak dalam bakul tanpa ada spesifik sistem.Hihihihihi...
    Lagi satu barang tak banyak sangat pun. Jadi nampak macam tersusun

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...