Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 15 Julai 2013

Renovasi Rumah#3: Bajet Lampu dan Kipas untuk Rumah

Sekarang, ramai yang renovate rumah dengan buat plaster ceiling. Dah buat plaster ceiling, mestilah pasang downlightkan? Baru nampak cantik.

Aku hanya buat plaster ceiling di bahagian dapur dan sebahagian kecil di hadapan dua bilik air. Plaster ceiling di dapur tu bertujuan untuk tutup paip yang terjojol keluar kat bahagian siling. Kalau tak, memang aku taknak buat langsung plaster ceiling ni.
Bahagian yang mempunyai paip di dalamnya. Jadi di tutup dengan plaster ceiling

Trip pertama ke kedai lampu dan kipas

Banyak juga kedai yang aku survey di Ipoh sebelum aku buat keputusan untuk beli di kedai Artus Lighting.

Atus Lighting. Suka dekorasi kedai ni

Mula-mula tengok, lampu-lampunya mahal. Pergi tingkat dua kedai ni. Ternampak lampu kalimantang yang murah. Ya, rumah aku pakai lampu kalimantang sahaja ya. Walaupun lampu kalimantang sahaja, lampu ini tetap nampak cantik sebab frame lampunya cantik. Harganya RM95* tak silap. Tujuh buah kesemuanya aku beli untuk ditempatkan di setiap ruang rumah aku termasuk ruang dapur sekali. Malangnya lampu yang aku nak tu tiada stok, jadi aku amek design yang lain sikit.

Serupa tapi tak sama. Sepatutnya nak design seperti gambar atas tu, tapi habis stok. Jadi ambil design gambar bawah tu.

Setelah di pasang. Not bad kan?

Aku beli lampu ni sebelum dapat tahu nak pasang downlight di dapur. Jadi ada lebih satu lampu ni. Nak letak kat beranda, aku dah beli lagi dua biji lampu bulat khas untuk beranda. Pikir punya pikir, aku buat keputusan nak letak lampu tu kat beranda. Lampu bulat untuk beranda itu pula, aku letak kat siling depan bilik air yang ada plaster ceiling itu.

Lampu bulat yang kononnya nak pasang kat beranda. Mula-mula tengok buruk. Tapi-tapi lama-lama tengok, cantik jugak.


Bahagian bilik air pula, aku beli lampu kalimantang yang bertutup dengan harga RM45* sebiji.  Memang saja beli yang bertutup untuk elakkan kena air.
Lampu di bilik air

Semua lampu yang aku beli di kedai ini dapat percuma mentol.

Untuk kipas pula, aku beli kipas yang paling murah kat kedai tu yang berharga RM75 sebiji. Lima biji aku beli untuk ruang tamu, study area dan tiga bilik tidur. Berdasarkan pengalaman kakak aku yang juga pakai kipas ni. Tak pernah lagi rosak apa-apa kipas ni. Selepas dah beli kipas kat kedai ni, aku jumpa harga lagi murah untuk kipas ni kat KL. RM65 sahaja harganya.

Kipas murah. :)



Ringkasan apa yang aku beli kat Artus Lighting

  • ·         7 biji lampu kalimantang
  • ·         2 biji lampu kalimantang bertutup
  • ·         2 biji lampu bulat
  • ·         5 biji kipas

Semasa renovation. Waktu letak sini, dah label siap-siap setiap lampu dan kipas tu pasang kat mana. 

Penuh kereta. Huhuhuh. 


Trip kedua ke kedai lampu dan kipas

Untuk trip kedua, aku beli di Fablelite, Jalan Genting Klang di Diamond Square, Off Jalan Gombak. Bukan kedai Fablelite yang besar, kedai ni kecil sahaja tetapi harganya murah. Even masa aku beli lampu kat situ, ada kontraktor rumah borong lampu kat kedai ni. Malangnya banyak rekaan lampu downlight yang kehabisan stok.

Aku beli 4 biji lampu downlight untuk bahagian dapur  dan satu lampu downlight untuk luar rumah. Di kedai ni lah aku jumpa kipas yang murah tu.

Downlight di dapur basah

Downlight di dapur kering


Setelah aku tolak dan campur bagai, bajet yang aku habis untuk beli semua lampu dan kipas ini adalah lebih kurang dari RM1500* ke RM2000*. Itu baru rumah kecil macam aku. Rumah besar apatah lagi, lagi banyak bajet perlu diperuntukkan untuk beli lampu dan kipas sahaja.


* Harga dan bajet yang dinyatakan adalah anggaran sahaja kerana aku tak ingat harga sebenar gara-gara resit untuk trip pertama sudah hilang.

UPDATE 25 April 2014
Disebabkan ramai yang tanya nombor telefon Artus Lighting, jadi saya sertakan disini alamat dan nombor telefon kedai tu

1. Main branch: No 129, Jalan Raja Permaisuri Bainun (Jalan Kampar) , 30250 Ipoh, Perak (05-2437800)


2. Tasek branch: No 35, Laluan Tawas Damai, Taman Tasek Idaman, 30010, Ipoh, Perak (05-2914800)





27 ulasan:

  1. tak pe..walaupun murah but still under bajet dan cantek di pandang..kalau cik hani pun mesti cik hani beli yang murah dan under bajet..sebab ohh..cik hani tak mampu..hihi

    BalasPadam
  2. Cik Hani: Betul-betul yang penting under bajet.

    BalasPadam
  3. Betulah kan org cakap masuk rumah baru ni byk kena spend...belum bab hias menghias. Baru keperluan pun dah ribu-ribu...haip.

    *kipas tu macam cantek dan gojes je...betul ek 75? Lagi mau tanyaaaa daaaa...hehehe

    BalasPadam
  4. itulah, baru keperluan. ini pun rumah tak lengkap lagi dengan perabot. kena tunggu next bajet pula.

    Yup, betul tak tipu.. harga kipas tu RM75, takda brand. hihihi

    BalasPadam
  5. salam....blh bg lokasi kedai kat jln genting klang tu dkt kwsn mana!?


    BalasPadam
  6. jai ari: saya tak ingat lokasinya. Tapi dalam resit ada alamatnya. Malam ni saya bagitau

    BalasPadam
  7. hai.. salam kenal,
    follower no.53
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    BalasPadam
  8. salam kenalan....
    lisa pun baru jer moving in. cost nak renovate jgn cakap la...bukan mcm air tapi dah macam tsunami! huhu...
    tak per, take ur time utk dapatkan idea yg terbaik n semoga tercapai impian dalam mendeko rumah idaman. :)

    BalasPadam
  9. tentuk butang: hai, salam kenal.. will follow your blog

    BalasPadam
  10. Lisa: Hai!! salam kenal..
    hahha macam stunami dah kan.. same to you.. semoga dapat deko rumah idaman

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Jai Ari: saya dah cek resit, bukan kat jalan genting klang sebenarnya. Kedai ni terletak dekat Diamond Square, Off Jalan Gombak

    BalasPadam
  13. Salam perkenalan..tumpang tanya kipas tue beli kt kl kt mana ye

    BalasPadam
  14. hai Saira Kamal,
    Sorry lambat reply. Cuti raya sakan. hihih
    Kipas tu saya beli kat Arthus lightning di Ipoh. Tapi kipas tu boleh dapat harga lagi murah dekat Fablelite di Diamond Square, Off Jalan Gombak

    BalasPadam
  15. Hai. Saya myn. Nak tnya nama brand kipas tu.. Kedai artus ni tang mana ye?

    BalasPadam
  16. hai myn: brand cikai je. Wings tak silap nama brandnya. Kedai ni kat taman desa tawas.

    BalasPadam
  17. assalm..nk tny kedai yg jual.kipas tu ada no tel.x?rsa murah n cntik la kipas tu...btw sy mmg tgh survey2 kipas utk umh baru..bru ni beli kipas brand cikai jugak.170..mhaii plak rasa..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Tanpa Nama,
      1. nanti saya cek dekat resit no kedai tu.
      2. Ha ah, murah dan cantik. Tapi ni pun kipas brand cikai je nih.. huhuhu. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang takda masalah kipas tu.

      Padam
  18. tq sebb reply msj sy...nti.bole awk tlong email.no kat sy...tq ;) sya_nazajuru@yahoo.com.my

    BalasPadam
  19. asmkm saya pun nak nombor telefon kedai tu..boleh emailkan kat email saya cikgusitiropidah@gmail.com...kipas tu sangat cantik dan berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai tanpa nama, maaflah baru perasan komen awak. dah berbulan dah awak tanya...
      ni no telefonnya

      Main branch: no 129, jalan raja permaisuri bainun (jalan kampar) , 30250 ipoh, perak (05-2437800)

      Tasek branch: no 35, laluan tawa damai, taman tasek idaman, 30010, ipoh, perak (05-2914800)

      Padam
  20. kipas nampak mcm cantik ,murah plak tu, sy tgh surver 2 benda tu utk rmh baru ni, tQ info

    BalasPadam
  21. Salam... awk, ape jenama kipas tu. Nk try usha kt area gemas.. nk p kl jao lh.huhu

    BalasPadam
  22. jenama wings. boleh tengok gambar yg ke-8 dan 9

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...