Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 9 Julai 2013

Review Pencuci: METHOD bathroom cleaner (Green Product and Non-Toxic)

Assalammualaikum semua...

Harini excited nak review pasal pencuci ni sebab penah tengok kat blog iheartorganizing and A Bowl Full of Lemons. Jenama METHOD ni mendapat review yang bagus dari mereka ni. Apa yang membuatkan aku lebih teruja untuk menggunakan produk ini adalah kerana produk ini tidak toksik dan bagus untuk kesihatan kita dan alam sekitar.

Aku ingatkan jenama ni tiada di pasaran Malaysia. Tapi, hari minggu haritu pergi ke Carrefour, terjumpalah jenama "METHOD" ni. Excited punya pasal, aku pun terus beli. Tetapi tak banyak lagi range jenama ni kat Malaysia. Aku hanya jumpa bathroom cleaner and wood floor cleaner je. Tak tahulah kalau terletak kat tempat lain.

Inilah dia. METHOD Bathroom Cleaner


Haaa!!!! Sebesar-besar gambar. Jadi aku gunalah untuk mencuci bilik air aku. Pertama yang aku perasan, baunya wangi. Tiada bauan kimia segala. Nama pun non-toxic kan. Macam minyak wangi pun ada. Aku cuci segala sink, dinding, paip air dan lain-lain. Hasilnya, bertindak macam pencuci bilik air yang biasa digunakan tetapi tolak bau kimia yang menyesakkan nafas.

Ini aku sertakan maklumat lanjut produk ni:


Sila klik SINI untuk review tentang produk ini.

Banyak juga range pencuci rumah seperti dalam gambar bawahni. Untuk tahu lebih lanjut tentang produk Method ni boleh la ke laman web Method. Bukan setakat produk pencuci sahaja, Untuk body care pun ada.


Aku akan perlahan-lahan tukar pencuci di rumah kepada green product. Sekurang-kurangnya usaha kecil aku ni boleh buat keadaan di rumah free-toxic.

Babai!!!

p/s: And I found facebook page for METHOD's product. Klik SINI. Bukan hanya ada di Carrefour. Di tempat lain pun ada.

2 ulasan:

  1. memang brand ni jarang kite jumpa kat Malaysia..
    Iklan dia pun tak ada..so ingatkan produk ni tak ok..

    pasni boleh try..

    BalasPadam
  2. Cik hani: kan? Tu pun kebetulan jumpa kat carrefour. Bolehla try pas ni cik hani...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...