Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 23 Ogos 2013

Susun Atur #6: Susun atur dan dekorasi rak buku

Selamat Hari Raya semua!!!

Walaupun Hari Raya tinggal separuh lagi, tapi masih tak terlambat aku ucapkan?

Baiklah terus kepada cerita rak buku  ni...

Semasa cuti raya haritu, aku sempat ke Ikea untuk beli 3-Tier BILLY Bookcase. Sampai juga hajat aku nak beli rak buku. Bukan apa, aku ni suka baca majalah, novel dan macam-macam buku lagi. Sejak pindah ke rumah baru, semua buku-buku tu terperuk simpan dalam kotak sebab tiada tempat nak letak buku-buku tu.

Maka, bila dah beli rak buku, teruja nak susun atur dan deko rak buku ni. Inilah hasilnya:



Gambar close up




Setiap rak aku letak elemen dekorasi di situ. Rak bawah sekali aku letak bakul. Dalam bakul tu, terdapat buku-buku yang bersaiz comel dan name card. Sebelah kiri bakul aku letak buku rujukan dan sebelah kanannya, majalah kegemaran aku.

Untuk rak kedua, aku letak satu frame gambar sebagai elemen dekorasi dan untuk rak ketiga, aku letak calendar. Bahagian atas sekali, aku letak pelbagai hiasan yang jumpa merata-rata dalam rumah aku ni. Terdapat satu tray warna hijau sebagai drop zone untuk meletak duit syiling, kunci, handphone dan sebagainya.

Aku sangat suka dengan rak buku ni. Tetapi, nampak sedikit crowded dan aku perlu beli lagi satu rak buku ni, sebab tak cukup tempat nak letak semua buku. Buku-buku hubby masih lagi tersimpan dalam kotak.

Buat sementara waktuni, aku letak rak buku ni di sebelah kabinet TV sebab ruang studi masih kosong lagi. Nampak janggal kalau aku letak rak ni di ruang study sorang-sorang. Kalau tengok gambar pertama tu, kabinet TV tu juga dijadikan sebagai stesen ofis. Ada printer dan kertas A4. 

Insyallah bila ruang studi sudah siap, akan aku pindahkan rak buku ini dan stesen ofis. 

Korang pulak bagaimana, kat mana korang simpan buku-buku korang?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...