Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 22 Ogos 2013

Wedding Review#15: Official Photographer (OP) for My Wedding

Assalammualaikum w.b.t
Sampai juga masanya untuk aku review OP. Macam-macam hal dengan OP ni.
Aku boleh berkenan dengan OP ni setelah tengok gambar-gambar kat websitenya. Gambar-gambarnya boleh tahanlah juga. Cantik. Tengok harga pakej pun murah jika nak dibandingkan dengan pakej fotografi kawasan KL. Jadi setelah survey pelbagai photographer (boleh lihat di bloglist Ipoh Phohtographer), aku pilih untuk ambil OP ni.

Kami ambil pakej xxx. Pakej ni termasuklah:

  • Sticky Album
  • Storyboard
  • Gambar berbingkai kaca (saiz tak ingat)
  • Gambar Kanvas (Saiz tak ingat)
  • Free Pre-Wedding Photoshoot
  • Free Album Bag
  • DVD with unedited photo
Gambar kanvas, sticky album dan storyboard
Pakej ini validjika nikah dan sanding pada hari yang sama. Jika hari berbeza, kena tambah lagi RM150. Ok, takdalah banyak sangat. Aku bayar je lah kan.

Pada hari nikah, seorang OP datang ambil gambar majlis nikah kami. Pada hari sanding, dua orang OP lain pula ambil gambir majlis sanding.

Perjalanan majlis berjalan lancar dan tiada masalah pada waktu itu. Cuma masalahnya di pihak aku, aku tak bagitahu gambar apa yang perlu di ambil. Aku anggap OP tahu gambar apa yang perlu diambil. Ye lah, dah namanya photographer perkahwinan, mestilah tahu kan. Rupa-rupanya, tidak ok. Akibatnya, ada benda yang aku mahu OP tangkap, tak tertangkap ok.

Baiklah, aku jelaskan lagi.

Waktu majlis semuanya berjalan lancar. Waktu menunggu dapat album pula adalah sangat lama ok (dimana aku tak ingat berapa lama, yang aku tau lebih dari dua bulan). Lepas tu kitorang pula yang bersusah-payah ambil gambar di tengah-tengah pekan Ipoh, bertempat di-kereta-dia-dimana-dia-tengah-ambil-gambar-kahwin-di-sebuah-studio-gambar. Ambik!! Panjang lebar lokasi pertemuannya.

Bila ambil album-album tu, aku dah perasan ada benda yang tak kena. Takpe, balik rumah dulu, tengok keseluruhannnya.

Sedih dan geram.

Sebab?

-      Terdapat alamat website OP di bawah kanan gambar berbingkai kaca. What??? Kalau kecil, boleh dimaafkan lagi. Ni besar kot. Tak tahulah ex-B2B lain punya gambar ada ke tak ada. Yang penting aku tak suka ada apa-apa tulisan. Bingkai gambar ni untuk personal use kot. Memang taklah aku nak letak kat ruang tamu gambar ni.

Alamat website OP di sebelah bawah kanan.
-     Ejaan nama aku salah di gambar kanvas. Macamana boleh salah? Aku pun tak tahu. Sepatutnya OP confirm dengan kami dulu betul atau tidak.

Nama salah... =(


-   Buka pula album gambar. What again

  •  Muka aku nampak tembam hampir di semua gambar. Ok, aku mengaku memang aku tembam tetapi sepatutnya OP kena pandai adjust sudut ambil gambar. OP TAK PANDAI CARI SUDUT UNTUK TIDAK MENAMPAKKAN PENGANTIN EXTRA TEMBAM. Kenapa aku cakap macamni? Sebabnya, orang lain yang pakai kamera cikai pun boleh tangkap gambar aku tanpa menampakkan ketembaman mukaku.
  • Kemudian, gambar seperti tidak di edit langsung. Kalau aku tau, baik aku upah OP ambil GAMBAR SAHAJA. Album? Biar aku buat sendiri guna voucher dari Groupon atau MyDeal. Membazir tahu tak?
  • Gambar yang aku inginkan tiada atau tak cantik. Contohnya:
    • Gambar hantaran tidak cantik. Aku mengidamkan gambar hantaran seperti dalam majalah Pengantin ok.
    • Gambar kami full view berdiri tiada. Kalau ada pun jauh. Tiada langsung gambar kami full view di pelamin.
    • Juga, tiada gambar ibu bapa aku yang full view. Terpotong kat lutut ok.
    • Tiada gambar makanan, tiada gambar door gift, tiada gambar suasana majlis. Tiada ok! Kalau tahu macamni, baik aku upah SEORANG sahaja OP. Tak perlu dua tiga orang kalau gambar semua sama.
    • Gambar masa akad nikah sikit sangat. Aku suspek tak semua gambar akad nikah dia bagi kat aku. Gambar pilihan je yang ada. Aku boleh suspek macamtu sebab gambar hantaran yang di tangkap semasa akad nikah pun takda. Padahal aku memang tahu OP tangkap gambar hantaran tu.
-   Tiada gambar pre-weddingkami. Ye, aku tak dapat gambar pre-weddingaku sebelum majlis kahwin aku. Which isaku tak kisah sangat. Aku harapkan dapat sekali dengan album gambar. Tetapi tiada ok. Bila kontek OP balik, boleh pula cakap lupa. Dia janji nak hantar ke rumah aku CD gambar pre-wedding. Lagi sekali lambat. 3-4 kali call, baru hantar ke rumah (which is selepas sebulan lebih).

Walaupun aku bayar murah. Tetapi hasilnya tak memuaskan. Aku ingat dapat lambat gambar, bersungguh-sungguhla OP edit bagai. Tapi TIDAK ok.

Dengan ini, aku takkan berkongsi siapakah OP aku itu kerana aku taknak menutup periuk nasi diorang. Jika B2B diluar sana nak tahu siapakah OP itu, sila email aku personally.

Diharapkan dengan entri ini, B2B semua dapat tips-tips untuk memilih OP. Mungkin kalau rajin, aku buat entry lain tentang tips ni.

Walau bermacam-macam masalah berlaku waktu wedding. Aku tetap bersyukur majlis aku berjalan lancar.

15 ulasan:

  1. tq for sharing ur experience..

    kena berhati2 lepas ni kalau nk hire mane2 OP kan..

    BalasPadam
  2. xpatut laa dia nak letak address/watermark dia kat gmbr org... klu gmbr virtual xkisah laa kan...

    BalasPadam
  3. salam... just nk share cerita i.. ms wedding i hire OP n OV... 2-2 dr vendor yg berlainan sebab mula2 i x plan nk amek OV pun, so i deal dgn OP ni, kalo i bgtau nama mst rmai org tau kot.. byrn memg agak mahal tp gmbr cantik2 dlm fb die.. i pun deal by phone je sbab i xde kt KL... kebetulan kwn i pun guna dia, tp ms i deal tu, sblm majlis kwn I lg, da abis majlis kwn I tu, kwn I bgtau la OP tu byk buat hal, nk edit pun keje mcm bodo2 je, edit x lawa, xmcm dlm fb die pun etc.. i da cuak da.. ms i nikah i memg nmpk die mcm malas nk capture skit2 je snap… hoi panas ati tau sebab bayar mahal tau, nasib geng OV rajin so terubat bila tgk video, nk harapkan gambar dr OP memg la, mendukacitakan, bg gambar yg ok2 je, ok pun x de la ok mane pun, edit mcm xedit jek.. bile cousin i minta gmbr die, i rasa sedih sgt sbab x byk gmbr die... tension gler.. tp nasib baik nikah je, majlis simple, kwn2 pun ade masa nk snap2 gmbr, so bole minta kt dorg lg.. tgk cara die tu, trus ms bersanding i request pd team OV i untuk backup jd OP yg kedua, shoot n burn je... fuuuuuuuuuuhhhhhhh belambak lambak gambar dr team OV i tu.. yg jd, yg x jd, smua I dpt n yg bestnye, gambar dr OV I tu yg xedit same je quality dgn OP yg konon2 nye edit gmbr .. fuhhh sakit hati.. OP I tu memg perasan bagus xmcm OV i, biase2 je, sgt best keje dgn dorg n i bersyukur la dorg sudi nk jd OP kedua i time sanding, puas hati i dgn gambar sanding tp gmbr nikah, memg jd mcm kes u dear... i pun x kan reveal nama OP yg pertama tu terang2 sbab pk periuk nasi org kan... tp kalo kwn2 PM i memg i bgtau sbab i x knw2 terkena, rupanya 2 org kwn i da terkena dgn die sblm i... pnat I luah hehehe geram tau…

    BalasPadam
  4. Rina Ellisa: Yup betul tu.. Kena berhati-hati lepasni..

    BalasPadam
  5. Diyana: Tahu takpe. Nak promote pun agak-agaklah. Last-last, frame tu sangkut dalam bilik je

    BalasPadam
  6. Intan Ahmad: Hai, Intan. Tq for sharing your experience. Nasib baiklah OV you backup jadi OP. Sama lah kite, tengok kat website nampak cantik gambar. Tapi yang dapat, tak cantik.Diorang letak gambar yang cantik je kat website.

    BalasPadam
  7. ya allah.. bengang nye bile Sya bace. saba la yang.. Sya pon tgh risaw gk nih . ms tunang Sya da jadik cmni. mase kawen mmg harap2 X La..

    Intan Ahmad hired OP mahal pon wat ta*k gk?? seram nih.. korg xnk share kt blog xpe.. share kt fb group la..senang wat rujukan generasi akan datang. hoho

    BalasPadam
  8. Sya: ala tak dapat share dalam FB group sebab tak jadi member.. heheheh...
    Sekarang ni dah malas nak fikir dah. Dah lepas. Banyak benda lain lagi nak pikir. Doakan majlis Sya berjalan lancar..

    BalasPadam
  9. Cik hani dulu nikah n sanding kt terengganu op yg sama.so far ok la..700 ada frame gmbr full 2 belah keluarga n dpt sticky album 2 buah.nikah n sanding bukan dlm satu hari.nikah mlm.

    Mjlis btndang kt perak op 500rgt dpt gmbr 12r tanpa frame, sticky album satu n customize album satu.

    So far dua dua ok.tp yg op kt perak sgt puas ht sbb baik n amik post wedding kami sbb gmbr kt perak xbyk sgt sbb mjlis kecik je

    BalasPadam
  10. Samalah masalah kita...hasilnya xsama ngan masa yg diambil nk siapkan..stress sngt kan..n teruklah...sibuklah nk promote smpai letak kat frame...lebih2 btullah tu...cik mah smpai skrng xsettle2 lagi..geram giler r...

    BalasPadam
  11. Cik Hani: Bertuahlah Cik Hani dapat OP yang best. Sharelah OP Cik Hani...

    BalasPadam
  12. Cik Mah: Kan... lebih-lebih pulak nak promote. Anyway, selagi belum settle, Cik Mah jangan bayar baki tu... Bukan nak menghasut, tapi sebagai pengajaran kat dia...

    BalasPadam
  13. Boleh emailkan kat saya siapa photog tu? Tak nak terkena jugak :(
    liyana.m.yazid@gmail.com

    BalasPadam
  14. Liyana:Sudah email. Good Luck on your preparation

    BalasPadam
  15. Tlg emailkn jugak kat saya siapa photog tu..sy pun tengah mencari photog..zibethinus_mzf@yahoo.com.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...