Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 10 September 2013

Krisis Pertama Selepas Kahwin

Salam semua,

Amboi pasal krisis rumah tangga pun nak kongsi dalam blogke? Bukan. Bukan. Ini bukan krisis rumah tangga. Ini krisis lain. Aku kongsikan ini pun untuk bagi pengajaran untuk aku dan reader semua.

Apa nak buat bila suami kita ada krisis dengan adik-beradik?
Lagi-lagi bila krisis itu cuma anggapan (assuming) saja. Dan anggapan itu tidak betul.
Perlu nak senyap je ke? Atau macamana?

Senyap boleh.
Tapi jadi susah hati sebab tengok si suami bersedih dan merajuk. Dan segala macam perasaan lagi.

Tapi bila tak senyap,
Lain pula jadinya.

Yup aku sudah tersalah langkah.
Penulisan aku sudah disalah tafsir.
Macam-macam tempias kena.
Dan mereka pula sudah terasa hati dengan aku.

Sesungguhnya,
Senyap adalah pilihan yang paling bagus dan selamat.

Biarlah diorang dengan krisis diorang.

Namun apa yang berlaku tak boleh di patah balik.
Jadi aku berundur diri dan memohon maaf.

Sesiapa yang ada tips-tips tentang hal ini, bolehla dikongsi bersama. Atau jika korang ada pengalaman macam aku, bolehlah berkongsi juga.

5 ulasan:

  1. tersalah anggap sbb apa yg awk tulis ke? kalau boleh zarith explain dekat suami..kalau org lain nk salah faham terpulang, yg penting suami kita tau apa isi hati kita sebenarnya.. hbgn suami kena jaga..yg lain2 xnak faham biar je..kita xboleh nk paksa supaya org faham apa sebenarnya yg cuba kita sampaikan..saila pernah jgk la pengalaman mcm ni cuma berbeza dgn zarith..kalau nk share boleh cakap personal dgn saila :)

    BalasPadam
  2. Saila: eh... hubungan dengan suami ok. takda masalah. Kitorang pun memang selalu berkongsi isi hati masing-masing gitu.. cewahhh.. hihiihhii

    yang salah paham tu adalah adik dia. Takpelah biarlah masa meredakan semua itu =)

    BalasPadam
  3. Saila: Tapi memang betul saila cakap

    "kita xboleh nk paksa supaya org faham apa sebenarnya yg cuba kita sampaikan"

    itu yang saya silap langkah itu

    BalasPadam
  4. This comment has been removed by the author.

    BalasPadam
  5. Saila: Thanks Saila sebab sudi berkongsi.Semoga menjadi pengajaran untuk diri sendiri dan semua.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...