Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 20 September 2013

My Master Bedroom Inspiration Board and Current Organization of My Master Bedroom

Salam,

Kisahnya, aku berangan nak ada bilik utama yang super cantik dan comel. Tetapi seperti banyak benda penting di dalam rumah ini yang perlu diutamakan dahulu. Seperti menyelesaikan kawasan stor dan menyelesaikan tempat simpanan pakaian.

Memandangkan budget tight, maka mampu berangan je nak ada bilik utama idaman. Susun atur bilik utama aku sekarang adalah seperti gambarajah di bawah:

*
*
*


Semuanya benda asas yang perlu ada dalam bilik utama yang sesetengahnya bakal ditukar/diubah ke bilik lain. Plastic drawer adalah tempat simpanan pakaian kecil dan selendang. Makeup desk pula aku sudah ceritakan di entri-entri sebelum di SINI. Open wadrobe tu sebenarnya adalah single rack yang aku beli kat Giant Hypermarket.

Al-kisahnya aku impikan seperti ini:

*
*
*
1. Katil dengan bedsheet warna hijau; 2. IKEA Lacker Table (dah ada); 3. Ikea Table lamp (dah ada); 4. Hiasan berwarna purple (Throw pillow/Storage box); 5. Wadrobe putih; 6. Kufi art di dinding kepala katil; 7. Langsir hijau; 8. Dresser putih IKEA; dan 9. Hiasan bunga

Haa, besarkan angan-angan? Tema bilik utama ni tentulah warna hijau dan ungu seperti gambar di atas itu. Aku nak perabot warna putih sebab aku perasan bilik aku ni suram je tau. Pencahayaan semulajadi terhad disebabkan tingkap terletak kat hujung sana. Katil dan meja solek sekarang yang berwarna gelap menyebabkan lagi nampak suram bilik ni.

Dan susun atur bilik utama untuk realisasikan impian ini adalah seperti gambar di bawah:

*
*
*



Sauna, plastic drawer, towel rack, makeup desk and open wadrobe akan dipindahkan ke bilik lain. Untuk menggantikan makeup desk, dresser Ikea akan jadi tempat makeup + simpanan pakaian kecil. Aku agak, ambil masa 2-3 tahun juga untuk realisasikan bilik utama idaman ini.

Sebabnya:

  • Langsir sudah ada dan warnanya adalah tidak sesuai langsung dengan tema bilik ini. Jadi, guna dulu langsir itu sampai lunyai, barulah tukar ke langsir idaman seperti di atas. (Itulah akibatnya kalau tak rancang awal-awal. Dah lari tema).
  • Dinding tak di cat warna ungu lagi. Tunggu dah ada semua perabot, langsir dll yang menjadi idaman ada, barulah cat warna dinding. Sekarang warna dinding adalah warna putih kekuningan.
  • Makeup desk, masih boleh berbakti lagi kepada aku dan aku tiada kepentingan lagi untuk menukar makeup desk ini. Bila barang dah terlalu banyak dan bila sudah ada dresser Ikea itu, barulah boleh alih makeup desk ini pergi ke bilik lain. 
Harap-harap terlaksana. Aku letak timeline 3 tahun untuk dapat bilik tidur idaman ini. 

6 ulasan:

  1. hi there,

    first time jumpa blog org Melayu buat entry idea ala2 "org putih" mcm ni.
    i like it very much .
    Keep up the good work.

    BalasPadam
  2. Percaya atau tidak.. dengan merancang dan tuis dalam blog ni memang salah satu cara nak realisasi dengan cepat. Anyway suka design yang awal
    k plan..

    BalasPadam
  3. Nor Arinee: Thanks Nor Arinee... Glad you like it.

    BalasPadam
  4. Mama Lynd: Harap-harap macamtulah.. Harap-harap boleh direalisasikan cepat..

    BalasPadam
  5. salam,

    cantik dan kreatif..saya tak berbakat mengemas dan menghias..hehe

    Btw, kalau berminat dengan supplement Shaklee, saya ada buat promo Shaklee ESP..do visit my blog ye
    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

    Thanks!

    BalasPadam
  6. Nana Aris: thanks Nana... btw saya pun agent shaklee and tengah consme shaklee juga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...