Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 10 September 2013

Philips Airfryer atau Tefal Actifryer?

Salam semua...

Aku teruja untuk beli Philips Airfryer atau Tefal Actifryer selepas aku baca entri INI dan INI.

Apa benda Airfyer dan Actifryer ini?

Secara mudahnya dua-dua alat ini boleh digunakan untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak yang banyak. Bila tak guna minyak yang banyak, maksudnya masakan kita lebih sihatlah kan? Dan kita tak perlu ulang pakai minyak. Sesudu minyak pun dah cukup.

Ini lah dia Actifryer. Actifryer ni boleh muat up to 1kg masakan

Ini pula Philips Airfryer. Airfyer ni boleh muat up to 0.8kg masakan.

Tengok memang bestkan. Teringin sangat nak ada benda ni. Jadi lepas ni bila nak menggoreng apa-apa, takdalah minyak terpercik satu dapur. 

TETAPI....

Harganya sangat menangis kalau tengok..

Harga pasaran Philips Airfryer tu adalah RM1199 (tapi ada tengok kat sini dengan harga RM750)

dan 

Harga pasaran Tefal Actifryer tu tak diketahui (tapi tengok kat sini harganya RM760).

Menangis tengok harga dia. Tapi sebab nak punya pasal. Mulai bulan depan nak simpan RM50 sebulan khas untuk beli alat ni. (Aku prefer Tefal Actifryer). Dah cukup duit simpanan itu, bolehlah aku membeli alat ni.

Untuk keterangan lanjung tentang Tefal Actifryer, sila klik sini.

Untuk keterangan lanjut tentang Philips Airfryer, sila klik sini.

p/s: Philips Airfryer memang dah ada kat Malaysia. Tetapi aku tak sure Tefal Actifryer dah ada kat pasaran Malaysia atau tak. Siapa tahu, boleh kongsi.

7 ulasan:

  1. huhu sama la ngidam benda ni tapi mahal...

    BalasPadam
  2. Ryyhan: Kan? Kalau sebab keperluan, tutup mata je beli. Tapi ni lebih kepada kehendak. Jadi nak beli tu kena fikir banyak kali. Solusinya, saya nak simpan sikit-sikit setiap bulan. dah cukup duit simpan tu baru beli..

    BalasPadam
  3. kawan saya ada jual direct from UK. murah,tp shipping cost plak mahal

    BalasPadam
  4. tapi tambah shipping cost pun rase lebih murah gak berbanding kat Malaysia. Ke tak? Hehehe..
    p/s: tak pernah beli barang oversea.. jadi tak tahu

    BalasPadam
  5. saya guna Tefal actifry tu. Beli online dari UK tahun lepas..harga lebih kurang RM760. Masa tu penjual tu caj kos penghantaran pos malaysia je sbb ada agen penjual tu dekat Malaysia ni. OK juga la goreng ayam dalam bekas ni, cuma kena pandai set masa je.

    BalasPadam
  6. Wah..... untunglah dapat beli murah... Kedai online mana tu ye?

    BalasPadam
  7. saya beli online dari FB barangmurahuk.. rm696 jer masa tu offer.. boleh bayar 3x.. estimate barang sampai in 3 months. alhamdulillah dh smpai dgn selamat.. berbaloi2

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...