Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 2 Oktober 2013

Susun Atur Selendang di dalam Laci

Salam,

Walaupun, Cabaran September Susun Atur Sioca dah habis, aku still nak kongsi tentang susun atur di bilik utama ni. Konon nak update entri ini sebelum September berakhir, tetapi tidak kesampaian. Maka sekarang barulah nak update. Gambar pun dah outdated.

Dalam bilik utama aku ni, ada 4-tier plastic drawer yang beli kat Carrefour. Dalam ni aku simpan semua tudung+selelndang+pakaian kecil lain di sini. Aku boleh jadi berinspirasi untuk susun atur semua laci ini apabila aku lihat blog-blog orang lain yang cara penyusunan barang-barang ini sangat efektif sekali. Efektif disini bermaksud, barang mudah di ambil dan tak menyelerakkan kawasan itu. Jadi jom layan gambar.

Inilah gambar drawer itu. Tengok, dah pecah dah drawer ni. Ada orang ganas sangat tutup buka drawer ini. Nasib baiklah boleh pakai lagi.


Langkah 1: Sudah tentulah keluarkan semua barang dalam laci itu dan lipat cantik-cantik. 

Langkah 2: Kumpulkan dan bersihkan juga kotak-kotak kasut dengan wet tissue. Kotak-kotak kasut ini akan digunakan sebagai tempat simpanan barang-barang kecil ini. Nampak tak anak panah kuning itu, itu adalah kepingan wangian Downy.

Langkah 3: Letakkan kepingan wangian Downy itu dalam kotak kasut itu supaya nanti laci bau wangi sentiasa.

Langkah 4: Masukkan segala selendang, tudung dll kedalam kotak. Susun secara menegak.

Langkah 5: Susun kotak-kotak yang sudah letak segala barang itu dalam laci.

 INILAH HASILNYA!!!

*
*
*
*
*

Aku susun ikut jenis (selendang, tudung bawal, tudung sarung). Kemudian aku susun ikut warna kosong dan becorak.

Itu sahaja. Betul, memang sangat efektif susun cara ini. Sebab:
  • Mudah nak cari selendang yang kita nak guna
  • Mudah ambil tanpa menyepahkan 
  • Low/tiada maintainance
Itu sahaja. Babai..

p/s: Kalau nak bagi cantik lagi, bolehlah balut kotak-kotak itu dengan wrapping paper yang cantik-cantik...


7 ulasan:

  1. Saya pun buat macam ni.comel je tersusun

    BalasPadam
  2. nice.. bagus idea ni.. :)
    kena buat kotak ni.. sbb takde dah kotak kasut untuk ku korbankan.. hehehe... thanks for sharing sis! :D

    BalasPadam
  3. Cik Hani: Berinspirasi dari blog Cik Hani lah ni. Terus susun macam ni.. =)

    BalasPadam
  4. MamaDaniel: Sama-sama. Guna kotak tisu pun boleh.. cuma kena potong bahagian atasnyalah..

    BalasPadam
  5. rajinnya...tersusun rapi jer

    BalasPadam
  6. Wa... kreatifnya... baru tahu rupanya kotak2 kasut boleh buat begini... memang jimat ruang. Thanks sharing knowledge ya :)

    BalasPadam
  7. Hehhe sama la saya pun buat macam nih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...