Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 6 November 2013

Dekorasi Kawasan Laundry di Beranda

Salam semua.

Masa nak renovasi rumah, pening juga mana nak letak mesin basuh ni. Aku prefer letak mesin basuh dekat dapur. Tapi hubby aku prefer letak kat beranda rumah.

Argument aku nak letak kat dapur, sebab taknaklah beranda tu bersepah dengan baju kotor segala. Dahlah boleh nampak direct dari dalam rumah. Kalau tetamu datangkan dah cacat pemandangan.

Tapi bila difikirkan balik, kalau letak di dapur, ruang dapur akan sedikit terbatas. Dahlah dapur memang dah kecil, tambah lagi ada mesin basuh, lagi rimas rasanya. Jadi aku setujulah letak kat luar rumah.

Dah letak kat luar rumah tu, mestilah lah kena susun dan hias cantik-cantikkan?

Inilah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Keadaan ini adalah semasa baju dibasuh. Baldi dengan JALL laundry bag with stand Ikea tu adalah penghuni sementara di sini. Bila bukan waktu basuh baju. Dua benda ni kembali ke tempat asalnya di dua bilik tidur. Maksudnya bila laundry bag tu dah penuh dengan baju kotor, aku angkut laundry bag dan baldi tu ke kawasan laundry ini. Karpet pink itu di beli di Mydin.

Pandangan jauh. Nampak tak? Dua bakul warna pink dan purple itu? Jom lihat apa ada dalam tu.


Dalam bakul pink ada karung untuk aku basuh kain-kain yang delicate dan baju-baju kecil.

Dalam bakul purple pula ada sepit dan barang-barang yang aku jumpa dalam poket seluar seperti syiling.

Aku letak bahan-bahan pencuci dalam bakul merah ni.

Itujelah. Tetapi, kawasan ini akan di makeover lagi di masa akan datang. Ingat tak Kayu pintu almari di entri INI? Aku akan gunakan  pintu di kawasan ini. Nak guna macamana? KEena tunggulah bila sudah berhasil.

Kawasan bertentangan dengan laundry area ni pula?

Tadaa!!!!

Kawasan taman mini. 

Masih struggle untuk menghidupkan pokok-pokok itu. Tak tahulah kenapa tak bermaya je pokok kunyit itu. Pokok kari dan pandan steady je. Kawasan ini juga akan di makeover juga nanti.

Babai



3 ulasan:

  1. baguslah bakul pink dan purple tu.. saya punya karung bersepah-sepah sekali dalam baju kotor.. bila nak guna mcm apa memunggah baju kotor tu.. hahaha...

    BalasPadam
  2. samalah macam saya dulu. campur sekali dalam baju kotor.. Kadang2 taktau hilang mana. Sebab tu letak dalam bakul tu. hiihi

    BalasPadam
  3. tingginya rumah awak.tingkat berapa tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...