Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 1 November 2013

DIY Meja Kerja dengan ADILS Leg Ikea

Salam semua,

Sebenarnya, dah lama siap meja ni. Tapi aku tak berkesempatan nak kongsi di blog. 

Idea nak DIY meja ni datang bila aku ada para kayu dari almari baju aku. Kayu tu berfungsi sebagai para dalam almari tu.

Inilah almari tu. Aku cabut para tu sebab lebih mudah nak gantung baju yang panjang-panjang macam baju kurung. Pintu almari pun aku cabut sebab roller dia dah tercabut. Tunggu masa je untuk DIY pintu itu.

Jadi, daripada tak buat apa-apa kayu para tu, datanglah idea nak buat meja. Nak buat meja mestilah ada kakikan?. Nak buat kakinya, boleh. Tapi, leceh sikit nak kena beli kayu segala. JAdi aku ambil jalan mudah je. Aku layari website Ikea dan jumpa kaki ADILS yang berharga RM10 sahaja. Maka, belilah empat batang.

Inilah kaki ADILS Ikea. Terpaksa ambil warna hitam sebab warna putih dah takda stok

Skru dan benda alah ni didatangkan sekali bersama kaki ADILS itu.

Inilah para kayu tu. letak benda alah bulat tu untuk adjust kedudukan

Proses menanda lubang skru

Proses menggerudi

Hasilnya?

Tunggu next entry ye. Sebab next entry bersekali dengan keadaan home office aku sekarang.

Jumlah kos:
1) ADILS Leg Ikea x 4 = RM40
2) Lain-lain = Barang sudah sedia ada dirumah


**entri ini telah dikongsi di:

4 ulasan:

  1. tak sabar nak tgk hasil meja tu...

    BalasPadam
  2. sy copy idea ni utk diy meja daripada pintu yang dah tak digunakan...mekasih for the idea dear! :)

    BalasPadam
  3. Silakan Fizah. Macam-macam lagi boleh buat pintu tu selain meja...

    BalasPadam
  4. nak tengok hasillllllllllllllll !! chayook !

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...