Halaman

Pengikut-pengikut

Isnin, 4 November 2013

Susun Atur dan Dekorasi Meja Kerja dan Home Office Sementara

Salam semua,

Ingat tak entri pasal DIY meja kerja? Inilah hasilnya.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah meja yang diDIY itu. Siap sudah dideko dan di susun atur. Kerusi tu pula? Pinjam kerusi meja makan.

Dari sudut lain

Tak banyak pun benda atas ni. Semua barang-barang atas meja ni memang sudah sedia ada di rumah. Alas meja tu beli kat Sarawak. Dah berusia 5 tahun dah kain tu. Sebelumni, alas meja tu dijadikan sebagai langsir masa duduk rumah sewa dulu.

Dua tin kain pelekat belakang tu aku letak alat tulis. Bekas comel tu sebagai tong sampah.

TINDRA Lantern Ikea dengan TINDRA Scented Tealight.  Bekas kayu beli di Sarawak untuk letak barang-barang kecil. Masa aku guna meja ni, aku akan pasang lilin tu. Wangi!!!

Dibawah mejani aku letak printer dan shredder. Nampak tak ada dua wayar dalam gambar di atas? Aku selitkan wayar printer dan charger phone di belakang meja itu. Oklah kan untuk sementara waktu.

Itu meja kerja. Mari tengok keseluruhan home office sementara ni.




Bolehlah buat sementara waktu. Dinding masih kosong. Rak warna coklat tu akan DIY bagi cantik sikit ATAU tukar lain. Kerusi tu pun akan tukar ke kerusi yang lebih ergonomik.

Kawasan ni nampak kemas. Tapi, kawasan bertentangannya, tak sanggup nak tengok. Lain kali aku share ok.

Babai...


**entry ini telah dikongsi di:

4 ulasan:

  1. wadus...hasil kreativiti yg menjimatkan...gudjob!! :))

    BalasPadam
  2. Salam kenal..
    Wah..diy meja dr rak almari..jimat kan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...