Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 31 Disember 2013

Dekorasi Ruang Tamu: Karpet

Assalammualaikum,

Al-kisahnya sebelumni, karpet di ruang tamu adalah 'karpet lain'. Walaupun 'karpet lain' itu serasi dengan sofa dan langsir, tapi karpet lain itu kecil. Jadi ruang tamu nampak sempit.

Untuk lihat secebis kelibat 'karpet lain' itu. Sila klik SINI. 'Karpet lain' itu aku beli di Nilai 3.

Disebabkan 'karpet lain' itu memberi impak sempit pada runag tamu. Maka, hari minggu lepas kami ke Ikea dengan harapan berjumpa karpet idaman. Ramainya orang tak terkira dekat Ikea sampai kami terpaksa park kereta dekat Tesco.

Kami terus pergi ke kawasan karpet. Dalam pada nak ke kawasan karpet tu pun, punyalah lama sebab ramai sungguh orang.

Banyak karpet yang berkenan di hati. Tetapi aspek saiz dan harga di ambil kira. Ikutkan nak je ambil karpet Eivor Cirkel. Tetapi disebabkan tak menepati budget dan saiz nya kecil, aku ambil karpet Mejlby.

Hasilnya:


Instantly, terus nampak ruang tamu jadi luas. Tak payah dah nak berebut-berebut duduk atas 'karpet lain' yang kecil itu. 

Lagi satu tujuan aku perlukan karpet yang besar ini adalah supaya, aku boleh sorok wayar unifi bawah karpet ni. Entah apa-apa rekaan kedudukan point ni. Point astro belah sana. Point unifi sebelah sini. Dah tu nak tengok hypo TV kenalah sambung wayar merentasi ruang tamu ini.

Adakah karpet ini serasi dengan sofa, langsir dan keseluruhan hiasan ruang tamu ini? 

Pandang sekali nampak sesuai. Pandang lagi sekali nampak tak sesuai. Toleh pandang balik, nampak sesuai la pulak. 

Fuhhh!! Nervous tau masa beli karpet ni, takut tak serasi. Siap cari lagi info pasal pemulangan barang. Owh, nasib baik boleh pulang balik kalau tak sesuai. Tapi aku idoklah pulang balik.

Manakala, 'karpet lain' itu aku sudah pindahkan ke ruang makan.

p/s: Lain kali aku reveal keseluruhan ruang tamu aku.

6 ulasan:

  1. selau tgok oversea yg pakai karpet ni..suke jugakkk

    BalasPadam
  2. Tak sabar nak tunggu kamu reveal keseluruhan ruang tamu tu.

    BalasPadam
  3. Umie Sue: ha ah kan, oversea banyak pakai karpet macamni. Kita pula banyak pakai karpet bunga-bunga (padahal susah nak cari corak karpet macam oversea kat malaysia ni)

    BalasPadam
  4. Cik Hani: InnsyaAllah. Tapi entahlerr bila boleh reveal semuanya. hihihhi. Masih tak lengkap sepenuhnya..

    BalasPadam
  5. Yg unifi tu boleh beli home plug so that wayar xberselirat merentasi rumah hehe

    BalasPadam
  6. Chuya: Home plug tu macam mana ye? Tak tahu. hihihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...