Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 31 Disember 2013

MARI MEMASAK: Avocado with prune smoothie

Assalammualaikum,

Lama sungguh aku tak berkongsi resepi.

Sekarangni, aku tengah mengamalkan minum smoothie avocado ni hari-hari untuk kesihatan aku. Semua pun tahu kebaikan avocado nikan. Lagi-lagi yang tengah nak berdiet sihat tu, bolehlah cuba. Smoothie ni juga boleh juga dijadikan sebagai post-workout smoothies.

Macam-macam resepi smoothie ni. Tapi aku kongsi satu dulu resepinya.

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah avokado.
  • 3 biji prune
  • 1 sudu besar madu
  • 1 cawan susu pilihan anda 
  • (jika guna susu tepung, guna 2-3 sudu besar susu bersama segelas air)
  • 1 sudu besar plain yogurt
Cara-caranya:

Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar sehingga semuanya sebati. Masukkan dalam cawan dan sedia untuk diminum. 

Jika tak suka terlalu pekat, bolehlah kurang kan avocado kepada satu bahagian ATAU tambahkan susu.

Inilah dia hasilnya. saya bubuh sikit hershey choc  atas smoothie ni.

Owh, kepada sesiapa yang tak tahu nak potong buah avocado ni macamana, lihat di bawah.

{via}
Boleh skip dua langkah terakhir itu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...