Halaman

Pengikut-pengikut

Ahad, 30 Jun 2013

{Sticky Post} Giveaway "Jom Menang Set Bekas Ikea!"

Ini adalah sticky pos. Untuk entry terbaru, sila scroll ke bawah

Assalammualaikum,

Disebabkan saya baru nak berjinak-jinak dengan susun atur dan dekorasi rumah. 'Giveaway' ni adalah platform terbaik untuk mempunyai minat mendalam dalam hal ni. (wahh... skemanya ayat!!! :-))


http://susunatursioca.blogspot.com/2013/06/sticky-post-giveaway-jom-menang-set.html

Dah lihat posterkan. Hadiahnya memang menarik. 

Sebab? 
  • Saya dah ada satu set bekas ni. Tapi tak cukup la. Saya perlukan lagi bekas ni sebab memang sangat best guna bekas ni. 
  • Saiz yang variasi, membolehkan bekas ini untuk pelbagai tujuan. Saiz yang kecil boleh guna untuk simpan bahan mentah seperti bawang, cili dan halia. Saiz yang besar boleh guna untuk simpan tepung dan biskut. Saiz yang lebar tu pulak, boleh simpan bahan mentah ayam , ikan dan daging. Juga boleh digunakan untuk bekas makanan bawa ke ofis atau berkelah.
  • Cara penyimpanan bekas ini adalah mudah dan tak memakan ruang.
  • Bahagian penjuru yang tak bersegi (melengkung elok je) memudahkan proses permbersihan bekas ini. Selalunya kalau bekas yang bersegi, mesti ada kesan-kesanminyak lagi kalau tak teliti basuh.
Lihat banyak sebabnya kan?

Sila klik SINI untuk contoh penggunaan bekas oleh penganjur 'giveaway' ini.

Untuk Syarat-syarat penyertaan, sila klik di SINI.

Dah tengok dah kan?

Jadi saya adalah:
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30.06.13




Jumaat, 28 Jun 2013

Susun Atur#4: Idea Susun Atur Bilik Tidur Utama

Assalammualaikum w.b.t

Bila masuk rumah baru. Banyak benda nak kena buat. Tak siap-siap lagi. Aku agak, untuk memenuhkan dan menghiaskan seluruh rumah akan mengambil masa yang lama juga.

Sebelum masuk rumah, benda yang aku utamakan untuk sekurang-kurangnya mempunyai barang-barang asas adalah bilik utama dan dapur. Alhamdulillah, dapur hampir lengkap. Bilik utama masih ada benda asas sahaja seperti katil dan meja solek. Kosong sangat rasa bilik tu.

Tengah agak lapang ni, tetiba nak melakar apa yang aku nak buat untuk bilik utama ni. Lakaran aku buruk je. Tapi mahu kongsikan juga

Lakaran dalam satu kertas A4

Keadaan bilik sekarang

Ayat yang terpotong bahagian atas tu actually plastic drawer dan laundry bag. Tiada almari baju pun dalam bilik ni. Almari lama aku letak di dalam bilik no. dua. Bilik tu dah macam jadi walk-in wadrobe dah. Semua naju aku simpan situ.

Idea aku untuk bilik tidur utama ni

Susun atur masih ringkas. Tapi ada pertambahan perabot di situ. Meja solek tu aku tak pasti nak letak di situ atau nak ubah masuk bilik no. dua. Cadangnya nak jadikan 4 tier drawer tu sebagai meja solek juga. Depan katil dan depan meja solek tu pula aku nak letak permaidani.

Pandangan dari arah 1

Macamtulah rupanya bila tengok menghadap katil tu. Dinding di kepala katil tu aku nak letak frame gambar kahwin kami dan mungkin frame gambar hiasan.

 Pandangan dari arah 2

Dari pandangan ni pula, ialah 4 tier drawer ni yang mungkin menjadi meja solek juga. Di sebelah hiasan itu adalah tingkap.

 Pandangan dari arah 3

Dari pandangan ini pula, aku letak wadrobe. Harap-harapnya building wadrobe lah. Aku siap reka dah nak wadrobe macam ni. Semua boleh simpan sini. Inyaallah mungkin tahun depan kot baru boleh dapat wadrobe ni. Sementara waktu, simpan dulu segala baju di bilik no. dua.

Harap-harap tercapailah hasrat ni kan. Di bawah ni adalah contoh-contoh rekaan yang lebih kurang dengan apa yang aku nak.



Untuk 4 tier drawer a.ka dresser ni. Rekaan Ikea pun dah cantik.


Bilik tidur utama ni aku tak cat pun. Guna warna asal rumah ni. Yang penting ruang ni aku nak nampak ala-ala romantik sikit. 

Babai


Wedding Review#12: Pre-Wedding Photoshoot di Ulu Chepor

Assalammualaikum…

Wedding ko dah lepas. Baru nak review pasal pre-wedding?

Eh, eh… Biarlahkan? Bukan aku sengaja baru nak review. Al kisahnya aku baru dapat album pre-wedding aku selepas aku dapat album wedding aku. Apa cerita? Nanti aku akan cerita dalam entri lain.

Ingat tak entri ni?

Haaa… agak-agak kat mana ek aku buat pre-wedding. Mungkin gambar ni boleh bagi hint

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaa!!!


Ya!!! Dekat sungai. Sungai dekat Ulu Chepor. Mula-mula nak buat photoshoot kat sungai lain. Tapi kawasan tu nampak macam bahaya. Sebab tu pilih kat Ulu Chepor.

Malas cerita panjang, jom layan gambar.

Gambar sebelum berendam dalam sungai





Gambar basah lenjun berendam dalam sungai




Oklah kan. Cuma malangnya waktu tu aku tak bawa apa-apa props pun. Sebab tu tiada warna ceria pun photoshoot ni. Lepas photoshoot tu, terus aku berkelah bersama keluarga aku.

Segala benda yang aku tak puas hati nanti aku akan cerita kat entri lain.


Babai

Khamis, 27 Jun 2013

Susun Atur#3: Home Filing System Organization

Assalammualaikum...

Amboi tajuk campur BM dan BI. Tapi isinya tulis BM ye semua. Home Filing System Organization atau dalam BM nya Susun Atur Sistem Fail Rumah.

Sebenarnya aku dah lama dah susun atur segala bil, dokumen, dan surat. Tapi baru sekarang ada mood nak buat entri. Aku ni jenis yang suka simpan segala jenis dokumen  yang ada, resit kecil-kecil pun aku simpan. Tak kiralah penting ke tak. Tetapi setelah masa berlalu, terlintas di fikiran, buat menyemak je nak simpan segala macam dokumen ni.

Sebelum ni memang simpan dalam fail juga tetapi tak berapa tersusun. Jadi di hari minggu yang bosan, tergerak di hati nak susun atur dokumen-dokumen yang ada.

Ini adalah suku daripada khazanah yang berjaya dikumpulkan.



1. Mula-mula sekali aku buang dokumen tak penting dan shred dokumen penting yang sudah tak diperlukan lagi.

2. Kemudian, dokumen yang diperlukan aku sort ikut dokumen kategori (cth: KWSP, LHDN, rumah, kereta, insurans, PTPTN, bil api, bil air, bil telefon, unifi dan lain-lain).


3. Kemudian, dokumen-dokumen ni aku masukkan terus ke dalam fail kertas yang biasa digunakan di sekolah dulu.

4. Resit-resit yang penting (cth: resit buku, barangan berharga, untuk claim tax). Aku tampal kat kertas A4 yang di guna semula.



5. Resit-resit ni juga aku scan dan buat virtual folder dalam laptop. Bukan apa, makin lama tulisan resit tu selalunya akan pudar. Jadi aku scanlah sebagai backup.

6. Setiap file kemudiannya aku guna marker pen je untuk label fail-fail tersebut

7. Akhir sekali, simpan dalam storage box  dengan fail ni dalam keadaan menegak. Tujuan aku susun macamni sebab nak memudahkan bila mencari sesuatu fail. Tengok! Storage box  tak cukup tinggi. Takpelah buat sementara waktu ni aku pakai dulu.File bunga-bunga pink tu aku simpan semua sijil aku dalam tu.




Aku takdalah spesifikkan kategori dokumen aku seperti kat website a bowl full of lemon dan  i heart organization ni. Sekadar yang perlu sahaja. Sebabnya aku takda spesifik tempat lagi untuk simpan dokumen-dokumen ni. Ada satu entri dalam salah satu website ni bagi step-by-step macamana nak susun atur dokumen-dokumen (malangnya aku tak jumpa dah entri tu). Entri tu sangat memberikan inspirasi ok.

Setakatni sahaja. Aku tahu, aku nak sangat ada home office dimana aku boleh simpan fail-fail dan segala kertas kerja dengan lebih teratur. Kalau ada rezeki, bolehlah ada filing cabinet dan seterusnya home office. Insyaallah. Bila dah wujud ruang home office, bolehlah lebih teratur segala macam barang berkaitan.

Macam mana pula korang simpan segala dokumen korang?

Organizing and House Renovation Entry

Two entry are in draft mode
Yes, I already finish write it up
But I cannot publish it yet
Because I need to insert pictures first
Which I cannot insert now
As all the pictures are in my laptop at home

STAY TUNE!!!!


Wedding Review#11: Hadiah Kahwin

Assalammualaikum w.b.t

Aku membelek-belek gambar kahwin aku. Nak tengok apa lagi yang aku boleh review. Belek punya belek, terjumpala gambar-gambar hadiah kahwin yang kawan-kawan aku bagi.


Inilah hadiah kahwin yang aku dapat. Ye sedikit je. Tak banyak pun. Tapi aku sangat berterima kasaih kepada kawan-kawan aku yang sudi bagi hadiah kahwin kat aku. Sangat berguna semua barang-barang itu.



Hadiahni istimewa sikit sebabnya daripada kawan blogger aku,  Sya. Terima kasih Sya kerana sudi datang ke majlis kahwin saya haritu.



Selepas dibuka pembalutnya. Bersepah-sepah wrapping paper



 Antara hadiah yang aku dapat adalah vakumm dan paper shredder.



Hadiah-hadiah lain:
1.       2 Set pinggan mangkuk
2.       2 Set cawan
3.       2 biji Kettle
4.       Gambar hiasan
5.       Jam dinding

Itu jelah. Sekali lagi terima kasih semua kepada yang memberi hadiah. Walaupun sedikit, tetapi semuanya dapat digunakan. Takdalah ada yang terperuk duduk bawah katil je sampai berhabuk bagai.

Babai

Rabu, 19 Jun 2013

Susun Atur#2: Office Drawer Organization

Work and life really keep me busy. 
No blog post...
But...
Organizing still keep going...

Presenting my one of office drawer!
3 tier drawers..

First Drawer



I put all my stationary in the first drawer. 

1 & 2 : Pens
3: Pencils
4: Pens and liquid paper
5: thumb tack, pencil lead, magic tape, staples, sharpener
6: Tiny items: stamp, brooch
7: Paper clips, pendrive
8: Money box (Tabung)
9: Pointer. double sided tape
10: Tasbih
11: Bussiness card

Did you notice the box I use to put items no 1,2,3 and 4? That were forrero rocher box. I re-use it to put my stationary. While box 6 was a wedding door gift box. Box 5 and 7 I  got it from conference booth door gift. What I want to say is re-use what aver box you have!!! 

Second Drawer


Foods in Milo Box, tissue, dictionary and misc papers (offer, bank slip)


Third Drawer



Papers that always make me unorganize. But, this solution really keep me organize. All papers were sorted by type and functions. I use colourful post-it-note for labelling.

Thats it for first part. Hope this post will help you to organize you stationary and papers clutters.

Ahad, 9 Jun 2013

Wedding Review#10: Barangan Hantaran

Assalammualaikum w.b.t..

Geram dan sedih tau. Gambar hantaran yang OP tangkap semua tak cantik. Geram tau. Tu antara masalah yang aku hadapi dengan OP aku. Pasal OP ni aku akan ceritakan di entri yang lain.

Aku pernah cerita preparation hantaran ni di SINI.

Jadi hasilnya:

Hantaran perempuan kepada lelaki:

Tema hantaran adalah warna pic-minty green. Sembilan hantaran semuanya.

1. Telefon bimbit Lumia: Kotak kosong je ni. Telefonnya sudah digunakan.
2. Buah-buahan: Sebenarnya bunga di atas itu adalah handbouquet. OP tak alihkan masa tangkap gambar ni.
3. Body Shop Skin Care
4. Sirih junjung: Ni gambar tangkap sendiri. OP takde tangkap pun gambar ni. Uwaaa!! Sirih junjung ni aku buat sendiri tau. (Padahal semua hantaran pun aku buat sendiri).
5. Kamera Sony: Kotak kosong jugak ni. Kamera sudah digunakan sejak bulan Mac 2012 lagi.
6. Kemeja dan seluar
7. Kasut
8. Cincin dan bunga rampai
9. Jam tangan: Tiada gambar. nadai!!! nadai!!!! 

Hantaran lelaki kepada perempuan

Tema untuk hantaran ni adalah pink dan purple. Jumlah hantaran adalah 7 dulang

1. Body Shop body care

2. Buah-buahan

3. Sirih junjung

4. Galaxy Tab 2: Kotak je ni. Tab nya sudah digunakan lama dah

5. Set minyak wangi Estee Lauder: Memang favorite minyak wangi sensuous ni.
6. Mas Kahwin
6.1 Cek tipu: konon tulis jumlah hantaran
7. Jam tangan: Juga tiada gambar. OP tak snappun. huhuhuhu

Itu sahaja. Perasaan tak cara gambar-gambar ditangkap. Mostly gambar tidak ditangkap pada sudut sepatutnya. Gambar tidak menunjukkan langsung hiasan hantaran. Penat aku hias keliling bakul dan letak bunga-bunga. Tak dicapture pun sebagai kenangan masa hadapan huhuuhuh. Mungkin korang cakap aku cerewet. Tapi, mestilah kena cerewaet sebab dah bayar OP mahal-mahal tau. OK stop membebel.

Meh nak bagi sedikit tip pula pasal hantaran ni...
  • Aku rasa takda hantaran waktu kahwin pun takpe. Sebabnya, masa nikah, aku tak bawa pun semua hantaran ke masjid. Cukup waktu tunang je bagi hantaran pun dah cukup. Jimat pun jimat. Sebab pe hantaran waktu tunang je. Sebab hantaran waktu tunang tu bolehlah letak barang-barang yang nak diguna masa kawin nanti. Contoh macam kain baju nikah.
  • Antara nak buat sendiri hantaran atau upah orang buatkan, aku rasa sama. Jimat sikit je lah kalau buat sendiri. Lepastu rasa puas hati sangat buat sendiri. Tapi, kalau rasa diri tak kreatif, mintalah orang yang kreatif buatkan.
  • Mula beli barang hantaran awal. Bagi aku, aku mula cari hantaran 8 bulan sebelum majlis. Lagipun, masa tu memang nak beli barang untuk pakai terus. Jadi, simpan je kotak barang tu, buat hantaran. Tapi isi dalam kotak tu kosongjerr..
  • Jangan beli barang yang mudah rosak atau cepat outdated awal-awal. Contohnya beg tangan. Kemungkinan kalau beli awal dan beg tu tersimpan je, kulit beg tu mula mengelupas.
  • Beli barang hantaran waktu tengah sale.
  • Bagi tak cukup budget: beli satu hantaran sahaja setiap bulan.
Ok, itu sahaja. Babai...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...