Sekarang, ramai yang renovate rumah dengan
buat plaster ceiling. Dah buat plaster ceiling, mestilah pasang downlightkan? Baru nampak cantik.
Aku hanya buat plaster ceiling di bahagian dapur dan sebahagian kecil di hadapan
dua bilik air. Plaster ceiling di
dapur tu bertujuan untuk tutup paip yang terjojol keluar kat bahagian siling.
Kalau tak, memang aku taknak buat langsung plaster
ceiling ni.
Bahagian yang mempunyai paip di dalamnya. Jadi di tutup dengan plaster ceiling
Trip pertama ke kedai lampu dan kipas
Banyak juga kedai yang aku survey di Ipoh
sebelum aku buat keputusan untuk beli di kedai Artus Lighting.
Atus Lighting. Suka dekorasi kedai ni
Mula-mula tengok, lampu-lampunya mahal.
Pergi tingkat dua kedai ni. Ternampak lampu kalimantang yang murah. Ya, rumah
aku pakai lampu kalimantang sahaja ya. Walaupun lampu kalimantang sahaja, lampu
ini tetap nampak cantik sebab frame
lampunya cantik. Harganya RM95* tak silap. Tujuh buah kesemuanya aku beli untuk
ditempatkan di setiap ruang rumah aku termasuk ruang dapur sekali. Malangnya
lampu yang aku nak tu tiada stok, jadi aku amek design yang lain sikit.
Serupa tapi tak sama. Sepatutnya nak design seperti gambar atas tu, tapi habis stok. Jadi ambil design gambar bawah tu.
Setelah di pasang. Not bad kan?
Aku beli lampu ni sebelum dapat tahu nak
pasang downlight di dapur. Jadi ada
lebih satu lampu ni. Nak letak kat beranda, aku dah beli lagi dua biji lampu
bulat khas untuk beranda. Pikir punya pikir, aku buat keputusan nak letak lampu
tu kat beranda. Lampu bulat untuk beranda itu pula, aku letak kat siling depan
bilik air yang ada plaster ceiling
itu.
Lampu bulat yang kononnya nak pasang kat beranda. Mula-mula tengok buruk. Tapi-tapi lama-lama tengok, cantik jugak.
Bahagian bilik air pula, aku beli lampu
kalimantang yang bertutup dengan harga RM45* sebiji. Memang saja beli yang bertutup untuk elakkan
kena air.
Lampu di bilik air
Semua lampu yang aku beli di kedai ini
dapat percuma mentol.
Untuk kipas pula, aku beli kipas yang
paling murah kat kedai tu yang berharga RM75 sebiji. Lima biji aku beli untuk
ruang tamu, study area dan tiga bilik
tidur. Berdasarkan pengalaman kakak aku yang juga pakai kipas ni. Tak pernah lagi
rosak apa-apa kipas ni. Selepas dah beli kipas kat kedai ni, aku jumpa harga
lagi murah untuk kipas ni kat KL. RM65 sahaja harganya.
Kipas murah. :)
Ringkasan apa yang aku beli kat Artus
Lighting
- ·
7 biji lampu kalimantang
- ·
2 biji lampu kalimantang
bertutup
- ·
2 biji lampu bulat
- ·
5 biji kipas
Semasa renovation. Waktu letak sini, dah label siap-siap setiap lampu dan kipas tu pasang kat mana.
Penuh kereta. Huhuhuh.
Trip kedua ke kedai lampu dan kipas
Untuk trip kedua, aku beli di Fablelite,
Jalan Genting Klang di Diamond Square, Off Jalan Gombak. Bukan kedai Fablelite yang besar, kedai ni kecil sahaja
tetapi harganya murah. Even masa aku
beli lampu kat situ, ada kontraktor rumah borong lampu kat kedai ni. Malangnya
banyak rekaan lampu downlight yang
kehabisan stok.
Aku beli 4 biji lampu downlight untuk bahagian dapur
dan satu lampu downlight untuk
luar rumah. Di kedai ni lah aku jumpa kipas yang murah tu.
Downlight di dapur basah
Downlight di dapur kering
Setelah aku tolak dan campur bagai, bajet
yang aku habis untuk beli semua lampu dan kipas ini adalah lebih kurang dari
RM1500* ke RM2000*. Itu baru rumah kecil macam aku. Rumah besar apatah lagi,
lagi banyak bajet perlu diperuntukkan untuk beli lampu dan kipas sahaja.
* Harga dan bajet yang dinyatakan adalah
anggaran sahaja kerana aku tak ingat harga sebenar gara-gara resit untuk trip
pertama sudah hilang.
UPDATE 25 April 2014
Disebabkan ramai yang tanya nombor telefon Artus Lighting, jadi saya sertakan disini alamat dan nombor telefon kedai tu
1. Main branch: No 129, Jalan Raja Permaisuri Bainun (Jalan Kampar) , 30250 Ipoh, Perak (05-2437800)
2. Tasek branch: No 35, Laluan Tawas Damai, Taman Tasek Idaman, 30010, Ipoh, Perak (05-2914800)