Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 29 Ogos 2013

Puisi: Tunduk je

Tunduk je
Sampai jatuh ke bawah
Saat sedih dan hilang berganti-ganti
Bagai mengejek-ngejek hati in
Menangisnya di hati tanpa air mata

Sudahlah
Bukan kau yang mahu begitu
Malah tiada kuasa kau mengubah takdir
Terus-teruskan sahaja

Tunduk je
Sampai jatuh ke bawah
Cuma tersembamnya belum
Pedulikan umpatan mereka

Tunduk je
Sampai jatuh ke bawah

Jumaat, 23 Ogos 2013

Susun Atur #6: Susun atur dan dekorasi rak buku

Selamat Hari Raya semua!!!

Walaupun Hari Raya tinggal separuh lagi, tapi masih tak terlambat aku ucapkan?

Baiklah terus kepada cerita rak buku  ni...

Semasa cuti raya haritu, aku sempat ke Ikea untuk beli 3-Tier BILLY Bookcase. Sampai juga hajat aku nak beli rak buku. Bukan apa, aku ni suka baca majalah, novel dan macam-macam buku lagi. Sejak pindah ke rumah baru, semua buku-buku tu terperuk simpan dalam kotak sebab tiada tempat nak letak buku-buku tu.

Maka, bila dah beli rak buku, teruja nak susun atur dan deko rak buku ni. Inilah hasilnya:



Gambar close up




Setiap rak aku letak elemen dekorasi di situ. Rak bawah sekali aku letak bakul. Dalam bakul tu, terdapat buku-buku yang bersaiz comel dan name card. Sebelah kiri bakul aku letak buku rujukan dan sebelah kanannya, majalah kegemaran aku.

Untuk rak kedua, aku letak satu frame gambar sebagai elemen dekorasi dan untuk rak ketiga, aku letak calendar. Bahagian atas sekali, aku letak pelbagai hiasan yang jumpa merata-rata dalam rumah aku ni. Terdapat satu tray warna hijau sebagai drop zone untuk meletak duit syiling, kunci, handphone dan sebagainya.

Aku sangat suka dengan rak buku ni. Tetapi, nampak sedikit crowded dan aku perlu beli lagi satu rak buku ni, sebab tak cukup tempat nak letak semua buku. Buku-buku hubby masih lagi tersimpan dalam kotak.

Buat sementara waktuni, aku letak rak buku ni di sebelah kabinet TV sebab ruang studi masih kosong lagi. Nampak janggal kalau aku letak rak ni di ruang study sorang-sorang. Kalau tengok gambar pertama tu, kabinet TV tu juga dijadikan sebagai stesen ofis. Ada printer dan kertas A4. 

Insyallah bila ruang studi sudah siap, akan aku pindahkan rak buku ini dan stesen ofis. 

Korang pulak bagaimana, kat mana korang simpan buku-buku korang?




Khamis, 22 Ogos 2013

Wedding Review#15: Official Photographer (OP) for My Wedding

Assalammualaikum w.b.t
Sampai juga masanya untuk aku review OP. Macam-macam hal dengan OP ni.
Aku boleh berkenan dengan OP ni setelah tengok gambar-gambar kat websitenya. Gambar-gambarnya boleh tahanlah juga. Cantik. Tengok harga pakej pun murah jika nak dibandingkan dengan pakej fotografi kawasan KL. Jadi setelah survey pelbagai photographer (boleh lihat di bloglist Ipoh Phohtographer), aku pilih untuk ambil OP ni.

Kami ambil pakej xxx. Pakej ni termasuklah:

  • Sticky Album
  • Storyboard
  • Gambar berbingkai kaca (saiz tak ingat)
  • Gambar Kanvas (Saiz tak ingat)
  • Free Pre-Wedding Photoshoot
  • Free Album Bag
  • DVD with unedited photo
Gambar kanvas, sticky album dan storyboard
Pakej ini validjika nikah dan sanding pada hari yang sama. Jika hari berbeza, kena tambah lagi RM150. Ok, takdalah banyak sangat. Aku bayar je lah kan.

Pada hari nikah, seorang OP datang ambil gambar majlis nikah kami. Pada hari sanding, dua orang OP lain pula ambil gambir majlis sanding.

Perjalanan majlis berjalan lancar dan tiada masalah pada waktu itu. Cuma masalahnya di pihak aku, aku tak bagitahu gambar apa yang perlu di ambil. Aku anggap OP tahu gambar apa yang perlu diambil. Ye lah, dah namanya photographer perkahwinan, mestilah tahu kan. Rupa-rupanya, tidak ok. Akibatnya, ada benda yang aku mahu OP tangkap, tak tertangkap ok.

Baiklah, aku jelaskan lagi.

Waktu majlis semuanya berjalan lancar. Waktu menunggu dapat album pula adalah sangat lama ok (dimana aku tak ingat berapa lama, yang aku tau lebih dari dua bulan). Lepas tu kitorang pula yang bersusah-payah ambil gambar di tengah-tengah pekan Ipoh, bertempat di-kereta-dia-dimana-dia-tengah-ambil-gambar-kahwin-di-sebuah-studio-gambar. Ambik!! Panjang lebar lokasi pertemuannya.

Bila ambil album-album tu, aku dah perasan ada benda yang tak kena. Takpe, balik rumah dulu, tengok keseluruhannnya.

Sedih dan geram.

Sebab?

-      Terdapat alamat website OP di bawah kanan gambar berbingkai kaca. What??? Kalau kecil, boleh dimaafkan lagi. Ni besar kot. Tak tahulah ex-B2B lain punya gambar ada ke tak ada. Yang penting aku tak suka ada apa-apa tulisan. Bingkai gambar ni untuk personal use kot. Memang taklah aku nak letak kat ruang tamu gambar ni.

Alamat website OP di sebelah bawah kanan.
-     Ejaan nama aku salah di gambar kanvas. Macamana boleh salah? Aku pun tak tahu. Sepatutnya OP confirm dengan kami dulu betul atau tidak.

Nama salah... =(


-   Buka pula album gambar. What again

  •  Muka aku nampak tembam hampir di semua gambar. Ok, aku mengaku memang aku tembam tetapi sepatutnya OP kena pandai adjust sudut ambil gambar. OP TAK PANDAI CARI SUDUT UNTUK TIDAK MENAMPAKKAN PENGANTIN EXTRA TEMBAM. Kenapa aku cakap macamni? Sebabnya, orang lain yang pakai kamera cikai pun boleh tangkap gambar aku tanpa menampakkan ketembaman mukaku.
  • Kemudian, gambar seperti tidak di edit langsung. Kalau aku tau, baik aku upah OP ambil GAMBAR SAHAJA. Album? Biar aku buat sendiri guna voucher dari Groupon atau MyDeal. Membazir tahu tak?
  • Gambar yang aku inginkan tiada atau tak cantik. Contohnya:
    • Gambar hantaran tidak cantik. Aku mengidamkan gambar hantaran seperti dalam majalah Pengantin ok.
    • Gambar kami full view berdiri tiada. Kalau ada pun jauh. Tiada langsung gambar kami full view di pelamin.
    • Juga, tiada gambar ibu bapa aku yang full view. Terpotong kat lutut ok.
    • Tiada gambar makanan, tiada gambar door gift, tiada gambar suasana majlis. Tiada ok! Kalau tahu macamni, baik aku upah SEORANG sahaja OP. Tak perlu dua tiga orang kalau gambar semua sama.
    • Gambar masa akad nikah sikit sangat. Aku suspek tak semua gambar akad nikah dia bagi kat aku. Gambar pilihan je yang ada. Aku boleh suspek macamtu sebab gambar hantaran yang di tangkap semasa akad nikah pun takda. Padahal aku memang tahu OP tangkap gambar hantaran tu.
-   Tiada gambar pre-weddingkami. Ye, aku tak dapat gambar pre-weddingaku sebelum majlis kahwin aku. Which isaku tak kisah sangat. Aku harapkan dapat sekali dengan album gambar. Tetapi tiada ok. Bila kontek OP balik, boleh pula cakap lupa. Dia janji nak hantar ke rumah aku CD gambar pre-wedding. Lagi sekali lambat. 3-4 kali call, baru hantar ke rumah (which is selepas sebulan lebih).

Walaupun aku bayar murah. Tetapi hasilnya tak memuaskan. Aku ingat dapat lambat gambar, bersungguh-sungguhla OP edit bagai. Tapi TIDAK ok.

Dengan ini, aku takkan berkongsi siapakah OP aku itu kerana aku taknak menutup periuk nasi diorang. Jika B2B diluar sana nak tahu siapakah OP itu, sila email aku personally.

Diharapkan dengan entri ini, B2B semua dapat tips-tips untuk memilih OP. Mungkin kalau rajin, aku buat entry lain tentang tips ni.

Walau bermacam-macam masalah berlaku waktu wedding. Aku tetap bersyukur majlis aku berjalan lancar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...