Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 20 September 2013

My Master Bedroom Inspiration Board and Current Organization of My Master Bedroom

Salam,

Kisahnya, aku berangan nak ada bilik utama yang super cantik dan comel. Tetapi seperti banyak benda penting di dalam rumah ini yang perlu diutamakan dahulu. Seperti menyelesaikan kawasan stor dan menyelesaikan tempat simpanan pakaian.

Memandangkan budget tight, maka mampu berangan je nak ada bilik utama idaman. Susun atur bilik utama aku sekarang adalah seperti gambarajah di bawah:

*
*
*


Semuanya benda asas yang perlu ada dalam bilik utama yang sesetengahnya bakal ditukar/diubah ke bilik lain. Plastic drawer adalah tempat simpanan pakaian kecil dan selendang. Makeup desk pula aku sudah ceritakan di entri-entri sebelum di SINI. Open wadrobe tu sebenarnya adalah single rack yang aku beli kat Giant Hypermarket.

Al-kisahnya aku impikan seperti ini:

*
*
*
1. Katil dengan bedsheet warna hijau; 2. IKEA Lacker Table (dah ada); 3. Ikea Table lamp (dah ada); 4. Hiasan berwarna purple (Throw pillow/Storage box); 5. Wadrobe putih; 6. Kufi art di dinding kepala katil; 7. Langsir hijau; 8. Dresser putih IKEA; dan 9. Hiasan bunga

Haa, besarkan angan-angan? Tema bilik utama ni tentulah warna hijau dan ungu seperti gambar di atas itu. Aku nak perabot warna putih sebab aku perasan bilik aku ni suram je tau. Pencahayaan semulajadi terhad disebabkan tingkap terletak kat hujung sana. Katil dan meja solek sekarang yang berwarna gelap menyebabkan lagi nampak suram bilik ni.

Dan susun atur bilik utama untuk realisasikan impian ini adalah seperti gambar di bawah:

*
*
*



Sauna, plastic drawer, towel rack, makeup desk and open wadrobe akan dipindahkan ke bilik lain. Untuk menggantikan makeup desk, dresser Ikea akan jadi tempat makeup + simpanan pakaian kecil. Aku agak, ambil masa 2-3 tahun juga untuk realisasikan bilik utama idaman ini.

Sebabnya:

  • Langsir sudah ada dan warnanya adalah tidak sesuai langsung dengan tema bilik ini. Jadi, guna dulu langsir itu sampai lunyai, barulah tukar ke langsir idaman seperti di atas. (Itulah akibatnya kalau tak rancang awal-awal. Dah lari tema).
  • Dinding tak di cat warna ungu lagi. Tunggu dah ada semua perabot, langsir dll yang menjadi idaman ada, barulah cat warna dinding. Sekarang warna dinding adalah warna putih kekuningan.
  • Makeup desk, masih boleh berbakti lagi kepada aku dan aku tiada kepentingan lagi untuk menukar makeup desk ini. Bila barang dah terlalu banyak dan bila sudah ada dresser Ikea itu, barulah boleh alih makeup desk ini pergi ke bilik lain. 
Harap-harap terlaksana. Aku letak timeline 3 tahun untuk dapat bilik tidur idaman ini. 

Rabu, 18 September 2013

Dekorasi Bilik Utama: Susun Atur Bingkai Gambar


Salam....

Ada satu ruang kosong di bilik utama dan aku ada banyak gambar. Nak gantung kat ruang tamu macam tak sesuai sebab semuanya gambar perasan aku. Jadi gantung dalam bilik utama. 

Aku taknak letak gambar-gambar ni kat kepala katil. Sebab aku ada perancangan lain untuk dinding kepala katil ni. Makanya di dinding sebelah kanan katil jadi mangsa.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah dindingnya. Frame gambar kecil disusun bentuk L.

Dari sudut lain kedudukan gambar. Pintu sebelah kiri itu adalah pintu ke bilik air. Abaikan barang bersepah itu ye. Waktu ni dalam proses menyusun atur bilik (akan dikongsi di entri lain)

Korang pulak, gantung kat mana gambar-gambar perasan korang?



Rabu, 11 September 2013

Philips Airfryer at MyDeal!

Salam..

Mampu cuci mata je lah!!!




Selasa, 10 September 2013

Philips Airfryer atau Tefal Actifryer?

Salam semua...

Aku teruja untuk beli Philips Airfryer atau Tefal Actifryer selepas aku baca entri INI dan INI.

Apa benda Airfyer dan Actifryer ini?

Secara mudahnya dua-dua alat ini boleh digunakan untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak yang banyak. Bila tak guna minyak yang banyak, maksudnya masakan kita lebih sihatlah kan? Dan kita tak perlu ulang pakai minyak. Sesudu minyak pun dah cukup.

Ini lah dia Actifryer. Actifryer ni boleh muat up to 1kg masakan

Ini pula Philips Airfryer. Airfyer ni boleh muat up to 0.8kg masakan.

Tengok memang bestkan. Teringin sangat nak ada benda ni. Jadi lepas ni bila nak menggoreng apa-apa, takdalah minyak terpercik satu dapur. 

TETAPI....

Harganya sangat menangis kalau tengok..

Harga pasaran Philips Airfryer tu adalah RM1199 (tapi ada tengok kat sini dengan harga RM750)

dan 

Harga pasaran Tefal Actifryer tu tak diketahui (tapi tengok kat sini harganya RM760).

Menangis tengok harga dia. Tapi sebab nak punya pasal. Mulai bulan depan nak simpan RM50 sebulan khas untuk beli alat ni. (Aku prefer Tefal Actifryer). Dah cukup duit simpanan itu, bolehlah aku membeli alat ni.

Untuk keterangan lanjung tentang Tefal Actifryer, sila klik sini.

Untuk keterangan lanjut tentang Philips Airfryer, sila klik sini.

p/s: Philips Airfryer memang dah ada kat Malaysia. Tetapi aku tak sure Tefal Actifryer dah ada kat pasaran Malaysia atau tak. Siapa tahu, boleh kongsi.

Krisis Pertama Selepas Kahwin

Salam semua,

Amboi pasal krisis rumah tangga pun nak kongsi dalam blogke? Bukan. Bukan. Ini bukan krisis rumah tangga. Ini krisis lain. Aku kongsikan ini pun untuk bagi pengajaran untuk aku dan reader semua.

Apa nak buat bila suami kita ada krisis dengan adik-beradik?
Lagi-lagi bila krisis itu cuma anggapan (assuming) saja. Dan anggapan itu tidak betul.
Perlu nak senyap je ke? Atau macamana?

Senyap boleh.
Tapi jadi susah hati sebab tengok si suami bersedih dan merajuk. Dan segala macam perasaan lagi.

Tapi bila tak senyap,
Lain pula jadinya.

Yup aku sudah tersalah langkah.
Penulisan aku sudah disalah tafsir.
Macam-macam tempias kena.
Dan mereka pula sudah terasa hati dengan aku.

Sesungguhnya,
Senyap adalah pilihan yang paling bagus dan selamat.

Biarlah diorang dengan krisis diorang.

Namun apa yang berlaku tak boleh di patah balik.
Jadi aku berundur diri dan memohon maaf.

Sesiapa yang ada tips-tips tentang hal ini, bolehla dikongsi bersama. Atau jika korang ada pengalaman macam aku, bolehlah berkongsi juga.

Isnin, 9 September 2013

Tips jimat untuk baju kahwin

Salam semua..

Tajuk nampak gempak. Tapi sebenarnya nak kongsi link Maria Elena on macamana dia berjimat untuk baju kahwin dia.

Sila klik SINI

Terkagum sebentar dengan mentality dia. Kadang-kadang baju kahwin itu adalah segala-galanya untuk bakal pengantin. Jika baju kahwin buruk ATAU tak glamour ATAU tak cantik jadi stress sampai tak ingat dunia. Teringat pula baju sanding aku yang disaster. Tapi dari baju disaster tu aku belajar banyak benda. Baju buruk pun, ko still akan kahwin. Takkan nak postpone kahwin pulak semata-mata sebab baju. Ye, baju bukanlah segala-galanya.

Malah kadang-kadang ada rasa penyesalan sebab nak sangat ada baju sendiri. Sewa sudah!!!

Teringat pula baju kahwin Abby Abadi yang sangat muslimah. Walaupun muslimah, tapi sangat cantik baju dia.



Ok. Jangan lupa klik link tu ye....

Jumaat, 6 September 2013

Idea Dekorasi dan Susun Atur Ofis Rumah (Home Office)


Salam,

Ada satu bahagian di rumah aku ni dikenali sebagai study area dalam plan rumah, masih kosong lagi. Tiada apa. Plannya nak buat sebagai ofis kawasan tu. Cuma haritu budget tiada lagi. Jadi postpone dulu nak ada ofis ni. Sila klik entri ini untuk lihat kedudukan study area tu.

Sementara tunggu waktu untuk renovate kawasan tu. Aku pun carilah idea untuk home office ni. Kawasan ni cadangnya nak dikongsi bersama bahagian stor dan ruangan keluarga..

Jom lihat hasil tangkapan daripada Pinterest yang aku berkenan sangat di hati.

Paling suka rekaan ni. Ringkas dan tak makan banyak ruang. Akan buat divider untuk asingkan ruangan keluarga dengan home office

tetapi
*
*
*
*
*
Aku nak banyak kabinet macam ni. Tambah lagi ruangan dinding digunakan sepenuhnya.

Lain-lain rekaan yang dalam senarai aku...
*
*
*
*
*
Ini pun aku suka. Tetapi makan banyak ruang. Maklumlah home office aku nanti bergabung dengan stor dan ruangan keluarga. Kena pandai bahagi kawasan.

Ini pun ok. Ruangan digunakan semaksima yang mungkin sampai ke siling. Cuma, aku nak ada dua ruang kerja. Satu untuk hubby aku dan satu lagi untuk aku


Ini pun boleh dikonsider. Divider tengah tu menambah kawasan untuk buat kerja.

Wah!!! Dindingnya!!! Suka. Boleh jadi command centre.







Khamis, 5 September 2013

Susun Atur#10: Susun Atur Meja Solek Bahagian Akhir

Salam,

Akhirnya sampai juga bahagian akhir. Mesti korang dah naik bosan. Apa-apa pun aku teruskan juga.

Bahagian ni aku nak cerita bahagian atas meja solek.


Berserabut tak hengat. Ambik kau!

Barulah sedap memandang. Aku guna bakul pink ni untuk containerize barang-barang. Satu bakul ni RM1.50 je di Parkson Selayang Mall.

Apa ada dalam bakul?

Bakul pertama: Tempat simpanan brooch yang besar-besar

Bakul kedua: Tempat simpanan getah rambut, sepit rambut, serum rambut dan lain-lain berkaitan rambut

Bakul ketiga: Sikat ;)
Banyaknya sikat!!!

Bekas lutsinar ni pula, aku simpan barang-barang mekap aku. Aku letak kotak tisu kosong sebagai platform untuk bekas ni.

Habis juga siri susun atur meja solek aku ni. Harap dapat memberi idea kepada orang lain juga. InsyaAllah ada rezeki lebih nak cat meja solek ni warna lain. Tetapi, terasa juga meja solek ni tak berapa praktikal. Tetapi buat sementara waktu pakailah dulu.

Entri ini telah dikongsi di:

  1. Susun Atur Sioca

Rabu, 4 September 2013

Susun Atur#9: Susun Atur Meja Solek Bahagian 3

Salam....

Ini bahagian yang paling mencabar sekali untuk susun atur. Bukan apa, bahagian ni mempunyai pintu kaca lutsinar. Kalau tak pandai susun, memang nampak serabut kawasan ni. Tambah-tambah lagi warnanya gelap, suram je nampak.

Harini malas nak cerita panjang. Nak tempek gambar je.

Tengok, nampak serabut kan. Waktu ni takde sistem yang betul untuk rak ni. Bahagian atas rak ni pun nampak bersepah (akan bercerita pada next entry).

Rak 1

Rak bercermin paling atas sekali


Bertapa huru-haranya susunan sebelum. Waktu ni main campak je dulu. Selepas disusun. Barulah sedap ditengok. Piring bulat ni aku letak jarum peniti. Piring ni souvenir kawan aku yang pergi Uzbek. Piring sebelah kanan pula doorgift wedding seorang kawan. Aku letak brooch kecil. Aku suka sistem ni, tak bersepah-sepah brooch.


 Dalam bakul tu penuh dengan gelang-gelang dan blink-blink yang lain. Kotak hitam, ada pelbagai item. Kotak sebelah  kanan penuh dengan alat jahitan.

Rak 2

Rak tengah. Bahagian ni, aku display koleksi perfume.


Tak banyak perubahan susunan. Cuma selepas susun, rak kelihatan penuh

Rak 3

Rak paling bawah. Bahagian bawah ni ada macam-macam item yang jarang pakai dan juga jam. Tak tahu macamana nak susun bahagian ni.



Walaupun dah disusun, masih nampak serabut dan suram. Plan selepas ni untuk tampak wrapping paper yang cantik kat dinding rak ni supaya nampak cantik ATAU tampal/cat cermin lutsinar tu supaya tak nampak bahagian dalam.

Post ini telah dikongsi di:
  1. Susun Atur Sioca

Selasa, 3 September 2013

Susun Atur#8: Susun Atur Meja Solek Bahagian 2

Salam,


Harini aku sambung cerita susun atur meja solek aku.

Rak-rak belakang cermin ni aku letak segala macam barang-barang penjagaan diri yang aku guna sehari-hari. Agak tricky juga kawasan ni sebab cermin tu tak slide sampai abis. Jadi suku daripada rak masih tersorok belakang cermin. Apa aku buat? Bahagian yang tak nampak tu, aku simpan kotak-kotak dan stok barang.


Separuh je rak yang boleh nampak. Ini sebelum susun atur.

Terdapat empat rak semuanya belakang cermin.

Rak 1

Rak paling atas sekali. Rak ni khas untuk barang-barang hubby aku. Barang lelakikan sikit. Jadi memang satu rak je lah untuk dia.



Tak banyak pun yang perlu disusun. Bakul pun tiada.

Rak 2

Rak kedua dari atas aku simpan barang-barang "muka" aku. Aku tak letak gambar sebelum sebab susunannya lebih kurang sama dan tak berterabur pun barang dalam ni. Buat masa ni aku berpuas hati susunan dalam ni. Walaupun tiap-tiap hari guna barang dalam ni, rak ni masih tetap tidak bersepah.


Moisturizer, toner, sunblock dll.

Cuba tengok apa pula yang tersorok belakang cermin tu. Memang tak nampakkan kalau tak jenguk.

Bahagian yan tak nampak: lens solution dan kotak produk

Rak 3

Rak ketiga pula, tempat untuk barang-barang "badan" seperti body lotion, losyen mustajab, deodorant, minyak urut dll.


Sama juga macam rak 4, tiada masalah bersepah kat sini.

Rak 4

Rak terakhir. Tengok gambar dululah k.


Paham-paham jelahkan. Semuanya aku keluarkan dalam plastik dan susun dalam bakul. Senang. Lagi satu bakul, aku simpan wet tissue, peket-peket masker, putik kapas dan benda-benda lain yang nipis-nipis. Kawasan yang tersorok tu, simpan stok-stok.

Tamat bahagian 2. Tak banyak sangat susun atur untuk bahagian ni. Setakat ni aku berpuas hati dengan sistem susunan ni.

Selepas susun atur. Ye memang banyak tu je boleh nampak

Post ini telah dikongsi di:
  1. Susun Atur Sioca 

Isnin, 2 September 2013

Susun Atur#7: Susun Atur Meja Solek Bahagian 1

Salam semua!

Dah lama tak cerita pasal susun atur. Alang-alang hari ini tak buzy, aku nak update sebanyak yang boleh. Boleh? Tapi semestinya aku schedule entri aku supaya tiap-tiap hari ada entri baru. Boleh gitu?

Kembali kepada tajuk...

Meja solek aku ni agak susah juga untuk disusun atur sebab terdapat rak berpintu kaca. Kalau tak kena gaya susun, memang nampak serabut. Lagi-lagi warna meja solek aku ni gelap. Awal-awal berkenan dengan meja solek ni sebab cerminnya panjang. Jadi senang nak tengok full view. Tapi lama-lama, tak berkenan sebab susah nak susun atur dan capai barang dalam ni.

Meja solek sebelum susun atur

Aku bahagikan kepada  4 bahagian meja solek ni:
  1. Laci
  2. 4 rak belakang cermin
  3. 3 rak berpintu kaca
  4. Kawasan atas rak berpintu kaca
Laci

Dalam laci ni aku simpan stok barang-barang seperti tisu, putik kapas, minyak angin dll. Aku juga simpan semua kotak-kotak telefon, kamera dan barang elektronik lain dalam laci ini.

Sebelum laci disusun atur

Sebelum ni, stok barang-barang seperti tisu, putik kapas, minyak gamat dll disimpan dalam kotak kasut yang bertutup. Masalahnya dengan cara ini, bila aku nak ambil barang dalam kotak ni, mesti aku kena keluarkan kotak kasut tu dari laci. Akibatnya, laci ni mesti berterabur balik.

Jadi aku buat keputusan untuk tukar kepada kotak kasut tak berpenutup. Inilah hasilnya:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Selepas disusun atur

Nampak kemas sikitkan? Barang pun mudah dicapai.

Kotak sebelah kiri sekali aku letak semua beg mekap dan beg-beg kecil dalam tu. Banyak betul beg mekap aku, ni pun sebab dapat percuma. Bila travel, capai je beg mekap dalam ni, dan isi je barang apa nak bawa.

Kotak beg mekap

Kotak tengah pula, aku letak segala macam stok penjagaan diri.

Putik kapas, tisu, shaver, minyak gamak, ponco pun ada.

Bahagian belah kanan laci pula, aku simpan kotak-kotak barangan elektronik dan juga barang barang lain yang tak muat dalam kotak.

kotak barangan elektronik, ubat nyamuk, glasses case.

Dengan susun atur baru ni, lebih mudah untuk aku ambil barang dalam ni. Perancangan seterusnya aku nak balut kotak kasut tu dengan pembalut yang cantik-cantik. Baru nampak lebih menarik. 

Sebelum dan selepas susun atur.. Suka!!! 

Untuk bahagian lain meja solek ni, aku sambung dalam entry lain ok...


Post ini telah dikongsi di:
  1. Susun Atur Sioca


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...