Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 17 Oktober 2013

Dekorasi Ruang Tamu: Langsir 'Sliding Door' Ruang Tamu

Selamat Hari Raya Aidiladha semua...

Akhirnya, sempena hari raya haji, sempurna sudah pemasangan langsir di ruang tamu.

Walaupun ada ketikanya, aku rasa langsir ni terlalu gelap sehinggakan ruang tamu aku nampak malap je.

Tetapi, kadang-kadang aku tengok cantik pulak. Tetapi lagi, aku rasa macam tak matching dengan warna sofa. Apa-apa pun, inilah langsir itu untuk 3-4 tahun akan datang.



Langsir ni adik aku yang jahit. Jadi save budget sikit sebab dia cas murah.

p/s: Tak sanggup nak review ruang tamu lagi. Sebab tak complete lagi.

Isnin, 7 Oktober 2013

Real Wedding#2: Syarafina and Hanapiah

Salam,

Hari minggu lepas, aku berpeluang pergi ke majlis resepsi  kawan satu ofis aku. Resepsi yang sangat cantik bagi aku. Pelamin, baju pengantin, guestbook, photobooth, semuanya menawan.

Bersama pengantin... Cantik sunggu pelamin itu.

Mekap by Sue Cantik
Cantikkan!!!

Guestbook. Jom cap jari kat pokok itu.


Hiasan-hiasan di meja guestbook. Vintage sangat. Suka!!!



Posing di photobooth by SoulArt Studio

Photobooth pun bertema vintage. Suka lagi!!!

Doorgift by Click 'n' Snack 
Mini Pretzel. Nyum... Nyum...

Tahniah Fina dan Hanapiah. Semoga berkekalan ke anak cucu...

Rabu, 2 Oktober 2013

Susun Atur Selendang di dalam Laci

Salam,

Walaupun, Cabaran September Susun Atur Sioca dah habis, aku still nak kongsi tentang susun atur di bilik utama ni. Konon nak update entri ini sebelum September berakhir, tetapi tidak kesampaian. Maka sekarang barulah nak update. Gambar pun dah outdated.

Dalam bilik utama aku ni, ada 4-tier plastic drawer yang beli kat Carrefour. Dalam ni aku simpan semua tudung+selelndang+pakaian kecil lain di sini. Aku boleh jadi berinspirasi untuk susun atur semua laci ini apabila aku lihat blog-blog orang lain yang cara penyusunan barang-barang ini sangat efektif sekali. Efektif disini bermaksud, barang mudah di ambil dan tak menyelerakkan kawasan itu. Jadi jom layan gambar.

Inilah gambar drawer itu. Tengok, dah pecah dah drawer ni. Ada orang ganas sangat tutup buka drawer ini. Nasib baiklah boleh pakai lagi.


Langkah 1: Sudah tentulah keluarkan semua barang dalam laci itu dan lipat cantik-cantik. 

Langkah 2: Kumpulkan dan bersihkan juga kotak-kotak kasut dengan wet tissue. Kotak-kotak kasut ini akan digunakan sebagai tempat simpanan barang-barang kecil ini. Nampak tak anak panah kuning itu, itu adalah kepingan wangian Downy.

Langkah 3: Letakkan kepingan wangian Downy itu dalam kotak kasut itu supaya nanti laci bau wangi sentiasa.

Langkah 4: Masukkan segala selendang, tudung dll kedalam kotak. Susun secara menegak.

Langkah 5: Susun kotak-kotak yang sudah letak segala barang itu dalam laci.

 INILAH HASILNYA!!!

*
*
*
*
*

Aku susun ikut jenis (selendang, tudung bawal, tudung sarung). Kemudian aku susun ikut warna kosong dan becorak.

Itu sahaja. Betul, memang sangat efektif susun cara ini. Sebab:
  • Mudah nak cari selendang yang kita nak guna
  • Mudah ambil tanpa menyepahkan 
  • Low/tiada maintainance
Itu sahaja. Babai..

p/s: Kalau nak bagi cantik lagi, bolehlah balut kotak-kotak itu dengan wrapping paper yang cantik-cantik...


Red and Black Themed Bachelorette Party

Salam,

Aku berkesempatan hadir parti ringkas untuk meraikan seorang kawan aku yang bakal berkahwin. Kitorang buat waktu lunch hour hari jumaat sebab ramai yang availabl waktu tu. Maklumlah ramai dalam geng kitorang yang ada baby kecil di rumah. Memang taklah nak buat waktu lain.

Jom layan gambar.

Married Life Handbook from us to B2B

Another caption of the handbook

Handbook ni mengandungi macam-macam petua dari kitorang yang dah kahwin kepada B2B. Kitorang compile semua petua dan jadikan buku. Turn out, petua-petua dalam tu pun boleh digunakan oleh aku yang baru setahun jagung kahwin ni.

The food

Yup, buat kat restoran. Restoran The Apartment. Semua nama makanan tak diketahui. ;P

Red Velvet Cupcake dan  chocolate cake. Kek tu mak Hanis Zalika yang buat.

The bride to be

Us

Yup, itu je lah. Hiasan-hiasan atas meja itu, last minit kitorang buat.

K bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...