Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 1 Januari 2014

Cuti-cuti Malaysia: Cuti pendek di Langkawi


Alhamdulillah di akhir tahun 2013,aku berkesempatan untuk bercuti di Langkawi. Al kisahnya ada kursus di sana seminggu, alang-alang terus extent satu hari lagi untuk bercuti. Kami menginap di Sheraton Langkawi Beach Resort untuk 6 hari pertama dan untuk hari terakhir kami menginap di Holiday Villa Beach Resort and Spa Langkawi.

Dua-dua hotel ni adalah hotel lama. Kawasan hotel sangat cantik tapi maintainance biliknya teruk.

Aktiviti di Sheraton. Bersiar-siar, swimming dan dinner

Tutup kisah 5 hari pertama. Sebab 5 hari pertama itu penuh dengan kelas dan field trip. Sampai tepu kepala otak. terus ke hari ke 6.

Hari ke-6

Selepas check-in di Holiday Villa, kami terus pergi berjalan-jalan. Kami berkesempatan untuk pergi naik cable car, membeli-belah di Pantai Chenang dan bersiar-siar di Bandar Kuah a.k.a Dataran Lang.

Cable Car di Gunung Mat Chincang

Walaupun dah banyak kali naik cable car, tetapi aku tetap nak naik jugak. Sebab aku rasa best. Lagi-lagi masa perjalanan naik dan turun cable car itu. Sebelum ni naik waktu pagi. Tapi kali ni, naik waktu petang. Jadi, bolehlah tengok matahari terbenam dekat atas Gunung Mat Chincang ni.

Pemandangannya, subhanallah!!! sangat cantik. Tenang je perasaan masa tu.




Lama jugala kami di atas tu. Saja menghabiskan masa di atas gunung tu sambil mengelamun. Malangnya, waktu kami naik ni, jambatan gantung di tutup untuk kerja-kerja pembaikan. Jadi, yang lagi sorang tu sedikit kecewa sebab dia nak sangat pergi situ.

Sebelum naik cable car, sempat jugalah masuk dalam 4D motion picture. Seronok juga walaupun sekejap. Ini adalah antara tarikan baru kat sini dan masih dalah proses pembesaran.

Turun je dari cable car, aku agak terkejut sebab semua kedai dah tutup. Pelik juga. Kalau ikutkan waktu buka sampai pukul 10 malam. Jalan nak pergi ke kereta pun gelap je. 

Membeli Belah di Pantai Chenang

Selepas dinner percuma di Sheraton, kami membeli-belah di Pantai Chenang. Pantai Chenang sekarang dah ada mall!!! Tapi aku membeli belah di kedai-kedai sepanjang Pantai Chenang. 

Tips!!! Jangan membeli -belah di kedai-kedai berhadapan jalan. Harga mahal. Jalan ke dalam sikit, harga barang jauh lebih murah. Nasib baik la time ni aku tergerak hati nak jalan sampai ke belakang. Kalau tak, memang rugi.

Dataran Lang di Kuah

Selepas membeli-belah di Pantai Chenang, kami pergi pula ke pekan Kuah. Kononnya nak pergi pesta Magika. Tapi kami sampai lambat sangat. Konsert, funfair dan lain-lain semua dah habis. Jadi berjalan-jalanlah di Dataran Lang. Juga adalah pertama kali berjalan waktu malam di sana. Selalu pergi waktu siang sahaja.

Cantik juga suasana waktu malam. Jadi, bergambarlah.. muka pun macam apa dah. Penat dah tu sebenarnya. Bayangkan waktu tu dah pukul 12 lebih.

Muka pun dah kepenatan

Hari ke-7

Hari terakhir kami.  Kononnya pagi tu nak pergi mandi laut. Tapi keadaan pantai di Pantai Tengah tak berapa best untuk mandi laut. Alih-alih kami mandi swimming pool je kat Holiday Villa. Holiday villa ni pun tengah bina pool yang baru. Pool lama dah cantik. Jadi aku rasa, pool baru ni mesti lagi cantik....

Lepas checkout, masa untuk membeli belah di pekan Kuah pula. Apa lagi, shopping chocolate dan pinggan mangkuklah. Kami shopping dekat Haji Ismail Mall je. Senang dan sejuk. hihihiihi. 

Makam Mahsuri

Lepas habis shopping, ada masa lagi untuk kami berjalan-jalan. Flight kami pukul 7.40 malam. Jadi kami cadang pergi makam mahsuri.

Dulu masa aku pergi, kawasan ni masih dalam pembinaan. Hanya ada makam je untuk dilawati. Tapi sekarang, dah buat macam kota, 'Kota Mahsuri''. Jadi adalah pertunjukan teater. Rumah-rumah Mahsuri dan berkaitan dengannya. 

Kat perigi mahsuri pula, sentiasa penuh orang. Semua orang pun nak ambil air perigi tu. Katanya, Mahsuri cantik sebab guna air perigi itu.


Atma Alam Batik Art Village

Habis jalan-jalan kat situ, ada masa lagi, pergi pula Atma Alam Batik Art Village. Basically tempat ni menghasilkan pelbagai jenis barangan kraft seperti batik dan lukisan. Sangat rambang mata kat sini. Maklumlah rumah tak habis hias lagi. Tapi idok lerr aku beli sebab harga di bawah kemampuan aku. Aku hanya rembat sehelai baju batik sahaja. 

Nak tahu detail pasal tempat ni, bolehlah lawat websitenya di SINI.

Itu sahajalah tempat dilawati sepanjang cuti yang pendek ni. Rasa sikit kesal pula tak extent dua hari. Kalau tak boleh juga pusing-pusing pulau. Bagi aku, pulau langkawi, adalah tempat paling best untuk bercuti. Macam-macam aktiviti boleh buat. Memang tak jemu-jemu walaupun sebelum ni dah pergi banyak kali.

Anyway,

Selamat Tahun Baru semua. Semoga tahun 2014 ni membawa lebih banyak kenangan manis dan lebih banyak pengalaman hidup untuk dikutip.



1 ulasan:

  1. wah bestnya jalan-jalan tempat orang.

    Saya tak pernah pergi Langkawi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...