Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 13 Februari 2014

Dekorasi Ruang Makan: Biru temanya

Salam semua,

Ada soalan, macamana korang uruskan barang-barang atas meja makan?

Rata-rata rumah bertingkat-tingkat ni, buka je pintu depan, terus ternampak meja makan. Maka, meja makanlah tempat letak pelbagai barang. Kunci, dompet, jam, handphone, jacket, tuala pun ye jugak. Jadi bagaimana korang uruskan? Sharelah kat blog-blog korqng. Nanti aku terjah.

Anyway, inilah meja makan aku dalam keadaan tengah kemas.

1. Karpet tu asalnya letak di ruang tamu, tetapi ruang tamu tu dah ada karpet baru. Jadi aku pindah ke ruang makan. -beli dekat Nilai

2. Bunga tu beli dekat kedai barang kahwin. Kalau tengok ruang makan ni, temanya warna biru. Tapi sengaja aku letak bunga warna kontra supaya nampak ceria sikit. Tetapikan, meja makan ni kan kecik. Jadi, bila makan kenalah alih bunga tu letak hujung meja. Cantik, tapi rasa tak praktikal pula. Macamanala rumah orang yang letak bunga besar gedabak kat meja makan diorang. Tak rasa sempitkah masa makan? Cecite, cecite.

3. Table Runner tu beli kat Festival City Mall. Cantik,tapi lagi.rasa tak praktikal pula. Kena makan cermat-cermat tau taknak bagi makanan tumpah kena runner tu. Tu pun dah kotor sebenarnya.

4. Tisu dan air tu, letak situ sebab senang nak ambil. Tak payahla pegi dapur nak ambil air dan cawan itu. Buat sementara itu, itulah tempatnya. Nanti bila-bila dahada kaunter bar. Beralih rumah untuk air dan tisu itu.

5. Dinding pula, kosong lagi. Tetapi dah ada idea nak buat apa. Cuma tak boleh nak laksanakan lagi.

P/s: maafla, aku menaip guna tab. Tankap gambar pun guna tab. Itulah sebabnya gambar duduk bawah sekali dan tak berapa terang.

20 ulasan:

  1. salam
    cantiknye carpet tu...biru plak tu...memg saya suka la...

    BalasPadam
  2. Hai me.ronazil.ab,
    Terima kasih.. peminat biru ek. Saya tak minat pun biru.. tapi entah macamana dekorasi rumah saya ni banyak warna biru. Lain kali pulak share ruang lain.

    BalasPadam
  3. cantik betul warna karpet tu..tambah sikit unsur biru kat atas meja n dinding pasti kebabom!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai fizah, ramai pula suka karpet tu ye. Itulah, dinding tu, dah ada idea. Tapi tak dapat dilaksanakan lagi. Tunggu!!!

      Padam
  4. atas meja saya takde pasu bunga hiasan atau alas meja..gonjeng jer..tak suka..tapi sebab meja tu selalu guna jadi..semak letak bunga..setiap kali nak hidang makan..kene alih..huhu..dasar malas sangat kan saya ni...ngeeee.... dulu letak runner table gak..tapi anak suka tarik...nyampah tau..jadi...time ada tetamu jer letak kasih meriah sikit...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan rasa semakkan. selalu kalau ramai datang rumah, bunga tu memang kena alih. kalau tak, tak cukup tempat nak letak pinggan mangkuk segala.

      wuuwuu.. a gaknya saya ada anak nanti, macamtu jugakla gamaknya.. takda dah nak letak runner table...

      Padam
  5. best je tgk orang letak karpet kat meja makan.. saya masih tak boleh letak since kanak2 tu makan masyaallah... nak kemas tu menangis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya takda kanak-kanak lagi di rumah.
      Bila ada anak, banyak benda dekorasi kat rumah kena considerkan?

      Padam
  6. Cantek warna carpet..naik seri terus... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..
      padahal carpet warna biru ni je yang ada masa saya beli. Jadi main grab je asalkan biru. nasib naik seri..

      Padam
  7. Kak ayu tgk karpet tu gerun rasanya. Tak risau tumpah mknn minuman ke.

    Akak cuma guna alas meja plastik jer. Tp meja makan umah akak jarang guna. Makan tetap nk bersila depan tv atau dok atas sofa jugak. Konsep ala carte. Hahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ayu, kadang-kadang duk makan depan tv jugak kalau makanan a la carte. Tapi kalau makanan yang banyak lauk makan di meja.

      Dah ada pun tumpah kena sambal belacan. sudu sambal belacan terjatuh ke bawah. Tapi, senang sangat nak cuci. dia tak melekat. sembur feebreez, tonyoh sikit-sikit, terus hilang dan takde bau belacan. mungkin sebab karpet tu bukan jenis cotton, jadi senang cuci.

      Padam
  8. sis..table runner tu klu kaler biru baru ngam dgn carpet gitu..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. table runner tu memang kaler biru. tapi warna biru lembut gitu. Nantilah, ada rezeki bole beli table runner lagi untuk gilir gilir pakai.

      Padam
  9. takut tertumpah mkanan atas karpet..ho

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tertumpah dah makanan. Tapi senang cuci... :)

      Padam
  10. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai.. done following you. Selamat berkenalan

      Padam
  11. Assalamuaalaikum.
    salam singgah & follow.
    Anyway nice dining table. beli kat mana tu.. bekenan taw. hee-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai aneezjaafar,

      Dining table tu beli kat courts mammoth time promosi raya last year.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...