Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 14 Mei 2014

Susun Atur: Cara Mudah Simpan Tupperware dan Tipuware

Salam semua,

Dua bulan tanpa satu pun entri. Maaflahye, sindrom M dah mari.

Kalini aku nak kongsi macamana aku simpan tupperware aku. Sebelum aku dapat cara yang efektif ni. Macam-macam cara aku susun tupperware ni. Tapi semua tak menjadi, selepas seminggu dah bersepah balik.

Fikir punya fikir, tupperware-tupperware kena disempadankan supaya tidak bersepah. Macam mana nak sempadankan? Kenalah ada bekas untuk letak semua tupperware ini. Paling mudah, kita guna bakul je.

Jom cuci mata...








Senangkan. Apa yang aku buat:
1. Bakul putih untuk bekas yang besar-besar. Susun secara menegak supaya senang nak ambil
2. Bakul biru untuk bekas yang kecil dan comel-comel dan bekas yang tinggi. Bekas yang comel comel tu aku letak dalam bekas yang tinggi tu.
3. Semua bekas ditutup siap-siap dengan tudungnya. Jadi, senang ambil terus. Tak perlulah nak cari tudungnya dimana, bekasnya dimana.
4. Bila nak cari bekas, hanya slide keluar bakul tu dan ambil bekas yang diperlukan.

Sudah lebih 4 bulan aku guna cara ini dan aku sangat suka. Tidak bersepah dan sangat efektif.

Anyway, bakul-bakul tu dibeli pada waktu yang berbeza. Konon nak test dulula ok ke tak cara ni. Turnout, saaaangat ok. 1st beli yang warna putih. Bila nak beli 2nd bakul, warna putih dah takda. Jadi ambillah warna biru.

Itu sahaja perkongsian kalii ni.

Babai...

p/s: Bakul di beli di Mr. DIY (slidely murah dari beli di jusco, carrefour ect)

7 ulasan:

  1. yer lah..nampak lebih kemas dan senang nak simpan amik.. :)

    BalasPadam
  2. sgt kemas dan tersusun...bakul putih dan biru tu pun comeyy sgttt :))

    BalasPadam
  3. good idea.. skrg ni rad guna cara letak semua dlm big transparent box.. sume sumbat dalam tu sbb kitchen cabinet belum ada lg.. boleh jadi inpirasi ni.. thanks.. ;)

    BalasPadam
  4. kemasla awak..sy pun suka..

    BalasPadam
  5. tak amik space utk simpan brg lain ke? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Ifa,
      tak makan space pun. Sebab itu je jumlah tupperware yang saya ada dan selalu digunakan. In fact banyak lagi ruang yang tak fully utilized.

      Tapi ye lah, sesiapa yang banyak tupperware tu, memang makan ruanglah. Kenalah fikir cara lain untuk simpan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...