Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 10 Jun 2014

Cuti-cuti Malaysia: I-City, Shah Alam

Salam,

Lama dah takde entry cuti-cuti.

Minggu lepas, aku bersama keluarga berpeluang melawat i-city, Shah Alam.

Kesimpulannya, seronok ok. Sebab apa?

Sebab tak ramai orang dan dapat harga pakej. Sebelumni kalau pergi i-city, mesti ramai orang dan nak parking pun susah. Tapi kali ni, tak ramai orang. Nak berjalan-jalan kat situ pun tak sesak.

Tujuan utama pergi i-city ni sebenarnya nak tengok patung lilin tu je. Harga tiket untuk masuk adalah RM35 seorang. Tapi masa nak beli tiket, staff disitu suggest untuk ambil pakej. Pakej ni berharga RM52 seorang dan boleh masuk 5 tempat tarikan. Setelah membuat pengiraan, kami decide nak ambil pakej tu. 

Jimat ok. DAN kami tambah untuk masuk trick art  museum (RM15). DAN rasanya pakej ni valid untuk weekdays je rasanya.

5 tempat tarikan itu adalah:
  Red Carpet (Patung Lilin)
·         Rumah hantu
·         Space Walk
·         Snow Walk
·         Waterworld

Kami hanya masuk 4 tempat je daripada pakej tu. Waterworld tak masuk sebab tak bawa baju salin (Kalau tau ada pakej ni, dah bawa baju salin ceh). Tapi masih jimat lagi tau.


Dalam 5 tempat yang kami pergi, red carpet, snow walk dan trick art museum adalah wajib masuk. Yang lain-lain tu tak masuk pun takpe. Biasa-biasa je.

Red Carpet (Patung Lilin)

Seriously masa masuk tu aku takut tengok patung-patung tu. Ye la nampak cam betul kan. Naik je tangga red carpet tu, tiba-tia je patung kat tangga tu tunduk. Tak ke terkejut. 




Rumah Hantu

Pada mulanya aku taknak masuk. Sebab aku ni memang penakut. Tapi masuk jugakla sebab dah dalam pakej. Masuk pun beratur macam ketapi sebab takut punya pasai. Sorry, takda gambar. Tak teringat nak ambil gambar kat sini.


Space Walk

Oklah. gitu2 je. Part yang best bile naik ride, then kena tembak point-point yang berkelip sepanjang ride tu.



Snow Walk

Sejuk gila dalam ni terasa macam dalam peti ais. Masa masuk dalam ni, hanya pakai sweater yang disediakan. Jalan-jalan dalam tu, sekali kaki kena ais. Sejuk giler. Rasa sakit sangat. Last-last lari keluar pergi sewa but. RM10 satu but. (Bagi je la free pakai but tu. Nampak ramai juga yang keluar balik untuk sewa but. 

Kat dalam ni ada permainan dan gelungsur. Bolehlah main-main dalam ni. TAPI, takleh buat orang salji ye. Tempat ni lebih kepada peti ais daripada salji.




Trick Art Museum

Tempat ni pun best. Make sure bawa kamera tau. Lepas jalan-jalan dalam ni. Dapat aiskrim cup Walls.



Itujelah tempat yang kami pergi dekat i-city ni. Seronok tau KALAU takde orang.

Jadi kalau nak pergi i-city ni, baik pergi waktu tak ramai orang dan waktu siang. Jangan pergi hari nak dekat malam. Kompem nak parking susah dah ramai sangat orang. Bila tak ramai orang, nak ambil gambar dekat trick art museum dan red karpet pun senang.

Cuma bagi aku tempat makan tak banyak pilihan. Ada beberapa kedai je. Jadi, better makan siap-siap sebelum masuk i-city ni.

Babai...




1 ulasan:

  1. iCity Shah Alam memang best. Tapi kalau boleh elakkan pergi weekend sbb jalan untuk masuk ke sana sangat jem. Tambahan, jalan masuk ke iCity masih lagi under construction.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...