Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 12 Ogos 2014

Keadaan rumah sebelum bercuti raya

Salam...

Selamat hari raya semua! Raya pun dah pertengahan. Tapi baru nak up entry sebelum raya. Ye, sangatlah takda mood nak update blog sebelum ni. uhuk uhuk..

Sebelum balik kampung cuti raya, aku pastikan rumah aku dah kemas cantik-cantik. Jadi, bila pulang dari kampung, takdelah stress tengok rumah berterabur.

Konon nak gerak balik ke kampung selepas sahur hari sabtu tu. Memang lepas sahur sungguhlah. Pukul 9 lebih baru nak bertolak balik. Sebabnya, puaslah mengemas rumah lepas sahur tu. Nak kemas malam tu dah tak sempat sebab sibuk menggosok baju raya. Beg pun kemas tak sampai separuh malam tu.

Apa-apapun, jom tengok keadaan rumahku sebelum bercuti raya.

Dapur
Aku pastikan semua pinggan mangkuk dibasuh. Table top dilap bersih. Sampah dibuang dan semua peralatan elektrik dicabut plugnya. Owh, cabut juga kepala tong gas.

Kan best kalau dapur aku sentiasa kemas macamni.. :)
Ruang tamu
Vakum karpet dan lantai. Tanggal semua plug-plug TV, astro segala. Susun jugak ruang tamu supaya kelihatan kemas.

Ye. Ruang tamu saya masih kosong. Tak sempat lagi nak berdekorasi dan bersusun atur. Kat dinding pun ada seketul jam sahaja. Nampak tu kabinet  TV.. diangkut dari rumah sewa lama. Teringin jugaklah nak ada kabinet TV yang cantik. Tapi wat masa sekarang, guna dulu apa yang ada.
Beranda
Takda buat apa sangat kat ruangan ni. Cabut plug mesin basuh dan aku alihkan pokok-pokok kesayangan aku rapat ke pintu sliding door. Buka apa, kan cuti seminggu lebih. Tak dapat nak siram pokok. Takut kalau tak ubah kedudukan pokok tu, layu kering pokok tu.

Alhamdulillah lepas balik dari kampung, pokok subur sangat terutama sekali pokok kari tu. Hanya pokok kunyit yang macam kekeringan sikit.

Pandan, daun kari, limau dan kunyit..
Kawasan-kawasan lain pun aku cuci habis-habisan. Bilik air, bilik tidur, ruang makan semua aku cuci dan kemas. Dah macam spring cleaning dah rasa. Semua peralatan elektrik juga dicabut plugnya. Puas hati kemas semuanya. Balik kampung pun happy je mengenangkan rumah dah kemas cantik-cantik. Hehehe, mengada.

Oklah itu je nak cerita. Setakat ni takda lagi aktiviti susun atur yang baru. Kalau ada, aku up entry lain.

Babai...

2 ulasan:

  1. memang nak kena kemas sebelum cuti raya..

    kalau tak, memang penat..lebih-lebih lagi kalau jenis yang travel balik dari kampung yang jauh.

    BalasPadam
  2. Tu wajib.... sy sebelum ke tmpt keje pn mesti nk susun semula ruang tamu ringkas2....blk rumah xla stres

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...