Halaman

Pengikut-pengikut

Khamis, 13 Februari 2014

Dekorasi Ruang Makan: Biru temanya

Salam semua,

Ada soalan, macamana korang uruskan barang-barang atas meja makan?

Rata-rata rumah bertingkat-tingkat ni, buka je pintu depan, terus ternampak meja makan. Maka, meja makanlah tempat letak pelbagai barang. Kunci, dompet, jam, handphone, jacket, tuala pun ye jugak. Jadi bagaimana korang uruskan? Sharelah kat blog-blog korqng. Nanti aku terjah.

Anyway, inilah meja makan aku dalam keadaan tengah kemas.

1. Karpet tu asalnya letak di ruang tamu, tetapi ruang tamu tu dah ada karpet baru. Jadi aku pindah ke ruang makan. -beli dekat Nilai

2. Bunga tu beli dekat kedai barang kahwin. Kalau tengok ruang makan ni, temanya warna biru. Tapi sengaja aku letak bunga warna kontra supaya nampak ceria sikit. Tetapikan, meja makan ni kan kecik. Jadi, bila makan kenalah alih bunga tu letak hujung meja. Cantik, tapi rasa tak praktikal pula. Macamanala rumah orang yang letak bunga besar gedabak kat meja makan diorang. Tak rasa sempitkah masa makan? Cecite, cecite.

3. Table Runner tu beli kat Festival City Mall. Cantik,tapi lagi.rasa tak praktikal pula. Kena makan cermat-cermat tau taknak bagi makanan tumpah kena runner tu. Tu pun dah kotor sebenarnya.

4. Tisu dan air tu, letak situ sebab senang nak ambil. Tak payahla pegi dapur nak ambil air dan cawan itu. Buat sementara itu, itulah tempatnya. Nanti bila-bila dahada kaunter bar. Beralih rumah untuk air dan tisu itu.

5. Dinding pula, kosong lagi. Tetapi dah ada idea nak buat apa. Cuma tak boleh nak laksanakan lagi.

P/s: maafla, aku menaip guna tab. Tankap gambar pun guna tab. Itulah sebabnya gambar duduk bawah sekali dan tak berapa terang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...