Halaman

Pengikut-pengikut

Rabu, 14 Mei 2014

Susun Atur: Cara Mudah Simpan Tupperware dan Tipuware

Salam semua,

Dua bulan tanpa satu pun entri. Maaflahye, sindrom M dah mari.

Kalini aku nak kongsi macamana aku simpan tupperware aku. Sebelum aku dapat cara yang efektif ni. Macam-macam cara aku susun tupperware ni. Tapi semua tak menjadi, selepas seminggu dah bersepah balik.

Fikir punya fikir, tupperware-tupperware kena disempadankan supaya tidak bersepah. Macam mana nak sempadankan? Kenalah ada bekas untuk letak semua tupperware ini. Paling mudah, kita guna bakul je.

Jom cuci mata...








Senangkan. Apa yang aku buat:
1. Bakul putih untuk bekas yang besar-besar. Susun secara menegak supaya senang nak ambil
2. Bakul biru untuk bekas yang kecil dan comel-comel dan bekas yang tinggi. Bekas yang comel comel tu aku letak dalam bekas yang tinggi tu.
3. Semua bekas ditutup siap-siap dengan tudungnya. Jadi, senang ambil terus. Tak perlulah nak cari tudungnya dimana, bekasnya dimana.
4. Bila nak cari bekas, hanya slide keluar bakul tu dan ambil bekas yang diperlukan.

Sudah lebih 4 bulan aku guna cara ini dan aku sangat suka. Tidak bersepah dan sangat efektif.

Anyway, bakul-bakul tu dibeli pada waktu yang berbeza. Konon nak test dulula ok ke tak cara ni. Turnout, saaaangat ok. 1st beli yang warna putih. Bila nak beli 2nd bakul, warna putih dah takda. Jadi ambillah warna biru.

Itu sahaja perkongsian kalii ni.

Babai...

p/s: Bakul di beli di Mr. DIY (slidely murah dari beli di jusco, carrefour ect)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...