Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 19 Ogos 2014

Hiasan dan Susun Atur Bilik di The Zenith, Kuantan

Salam semua,

Seingat aku, dah lama sangat aku tak outstation. Betul tahun 2014 ni, kerja banyak di ofis. Entah apa mimpi kursus kali ni syarikat aku buat dekat The Zenith, Kuantan. Selalu kalau kursus, takdanya nak bermalam segala.

Disebabkan tiada cerita baru tentang hiasan dan susun atur rumah aku, jadi aku ceritalah pasal hiasan dan susun atur hotel tempat aku menginap ni.

 Jom tengok!!!


Entryway dan cornered table

Macam kebanyakan hotel lain, buka je pintu bilik, pertama sekali nampak wardrobe dan bilik air. Lantai kawasan dari entryway sampai ke bahagian wadrobe/bilik air adalah jubin. Jubin bersamaan dengan sejuk. Jadi kena pakai kasut bilik.

Lampu kat cornered table tu, berkenan sangat. Meja tu menempatkan cofee making facilities dan dalam kabinet ada peti ais.



Ruangan katil dan meja kerja

Dari entryway, boleh nampak terus katil dan meja kerja. Featured wall belakang katil tu pakai wall paper. Lampu kiri kanan katil ni melekat dekat kepala katil tu. 

Takda gambar suis tapi nak cerita disini. Semua suis lampu terletak kat sisi katil ni. Senang nak buka tutup. Aircond Controller pun terletak dekat sisi katil. Aircond controller ni, siap ada display suhu aircond dan suhu semasa bilik. Tapi, kebanyakan waktu, aku tutup terus aircond. Aku memang tak tahan sejuk.

  

Meja kerja kecil, rasa tak puas nak letak barang-barang. Frame gambar yang aku rasa bosan dan tak kena letaknya.



Bilik Air

Pintu bilik air ni adalah jenis sliding. Aku suka hiasan dan susun atur di kawasan sink. Simple. Juga suka rekaan paip air tu. Cantik. Nampak tak bakul besi tempat letak used towel? Mana nak dapat ek? Aku berkenan pulak.

Kawasan mandi pulak? Sangat luas sebab bathtub dan shower diasingkan. 

  
 


Wadrobe

Buka-buka je wadrobe, benda pertama sekali aku nampak adalah bathrobe yang warna pink tu. Cantik dan sedap pakai. Selalu kalau hotel lainkan bathrobenya jenis macam tuala tu. Yang ni kain kapas. Memang sedap pakai. 

Dalam laci-laci, ada laundry bag, phillips hairdryer dan bathroom scale. Yang atas laci tu safe box untuk simpan laptop. 


Erm... tu je la kot. Secara keseluruhannya, aku suka bilik ni. Hiasan moden dan house keeping pun bagus. 

Babai..





Selasa, 12 Ogos 2014

Keadaan rumah sebelum bercuti raya

Salam...

Selamat hari raya semua! Raya pun dah pertengahan. Tapi baru nak up entry sebelum raya. Ye, sangatlah takda mood nak update blog sebelum ni. uhuk uhuk..

Sebelum balik kampung cuti raya, aku pastikan rumah aku dah kemas cantik-cantik. Jadi, bila pulang dari kampung, takdelah stress tengok rumah berterabur.

Konon nak gerak balik ke kampung selepas sahur hari sabtu tu. Memang lepas sahur sungguhlah. Pukul 9 lebih baru nak bertolak balik. Sebabnya, puaslah mengemas rumah lepas sahur tu. Nak kemas malam tu dah tak sempat sebab sibuk menggosok baju raya. Beg pun kemas tak sampai separuh malam tu.

Apa-apapun, jom tengok keadaan rumahku sebelum bercuti raya.

Dapur
Aku pastikan semua pinggan mangkuk dibasuh. Table top dilap bersih. Sampah dibuang dan semua peralatan elektrik dicabut plugnya. Owh, cabut juga kepala tong gas.

Kan best kalau dapur aku sentiasa kemas macamni.. :)
Ruang tamu
Vakum karpet dan lantai. Tanggal semua plug-plug TV, astro segala. Susun jugak ruang tamu supaya kelihatan kemas.

Ye. Ruang tamu saya masih kosong. Tak sempat lagi nak berdekorasi dan bersusun atur. Kat dinding pun ada seketul jam sahaja. Nampak tu kabinet  TV.. diangkut dari rumah sewa lama. Teringin jugaklah nak ada kabinet TV yang cantik. Tapi wat masa sekarang, guna dulu apa yang ada.
Beranda
Takda buat apa sangat kat ruangan ni. Cabut plug mesin basuh dan aku alihkan pokok-pokok kesayangan aku rapat ke pintu sliding door. Buka apa, kan cuti seminggu lebih. Tak dapat nak siram pokok. Takut kalau tak ubah kedudukan pokok tu, layu kering pokok tu.

Alhamdulillah lepas balik dari kampung, pokok subur sangat terutama sekali pokok kari tu. Hanya pokok kunyit yang macam kekeringan sikit.

Pandan, daun kari, limau dan kunyit..
Kawasan-kawasan lain pun aku cuci habis-habisan. Bilik air, bilik tidur, ruang makan semua aku cuci dan kemas. Dah macam spring cleaning dah rasa. Semua peralatan elektrik juga dicabut plugnya. Puas hati kemas semuanya. Balik kampung pun happy je mengenangkan rumah dah kemas cantik-cantik. Hehehe, mengada.

Oklah itu je nak cerita. Setakat ni takda lagi aktiviti susun atur yang baru. Kalau ada, aku up entry lain.

Babai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...