Halaman

Pengikut-pengikut

Jumaat, 3 Oktober 2014

Dekorasi Ruang Laman Rumah Bertingkat (a.k.a ruang comel sebelum buka pintu rumah)

Salam semua,

Panjang tajuk aku harini. Sebabnya aku tak tau nama betul ruang ni. Jadi kenalah jelaskan panjang sikit.

Selalunya kalau rumah kondo atau apartment, terdapat sedikit ruang sebelum buka pintu rumah. Selalunya kawasan ni orang letak rak kasut. Aku pun samalah, letak rak kasut kat ruangan ini.

Alhamdulillah, hari minggu yang lepas berpeluang untuk mendekorasi ruang yang comel ini. Ringkas je. Tak sampai pun 15 minit mendekorasi ruangan ini.

Bahan- bahan yang aku gunakan untuk menghias adalah seperti berikut:

  1. 2 keping gambar kanvas
  2. 2 biji pasu comel
  3. 1 tumbuhan comel
  4. Penyangkut yang ada double sided tape
  5. Rak kasut
Ha, itu je bahan-bahannya. Jom layan gambar pulak.

Tadaa!!! Pandangan dari dalam rumah.
 Gambar sudah digantung. En. Hubby tengah membersihkan rak kasut.

Pandangan dari luar rumah. 2 biji pasu comel diletakkan di atas rak kasut.

Zoom out...

Zoom in...
 
2 biji pasu dengan pokok tak-tahu-nama. 

Senangkan. Jom tengok pulak budget.
  1. Gambar kanvas New York dan London: Free (hadiah kahwin)
  2. Pasu comel dari Ikea: RM4.90 sebiji
  3. Pokok tak-tahu-nama dari Ikea: RM1.50 (beli sepokok sahaja. Balik rumah, pisahkan untuk dimasukkan dalam 2 pasu.
  4. Penyangkut gambar: Free. Sedia ada di rumah.
  5. TRONE Shoe Cabinet dari Ikea: RM79/3 pieces (itu harga sekarang, Aku beli shoe cabinet ni tahun lepas)
Jadi jumlah keseluruhan untuk dekorasi kawasan ringkas ini adalah RM11.30. Aku tak ambil kira harga shoe cabinet sebab dah beli lama dah shoe cabinet itu.

Belum lagi. Tak abis lagi menghias kawasan ni. Ada lagi yang nak dibuat. Antaranya:
  1. Letak batu-batu cantik sekeliling pasu.
  2. Menghias pintu dengan nombor rumah.
Tetapi bahan-bahannya masih tiada. Jadi tangguh dulu.

Babai...

** Entri di kongsi di Blog Susun Atur Sioca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...