Halaman

Pengikut-pengikut

Selasa, 22 Disember 2015

Susun Atur: Meja Solek MALM Bahagian 1

Salam semua,

Wow, lama sungguh blog ini terbiar. Last entri adalah pada Januari 2015. Harap-harap korang masih ingat lagi aku. Walaupun blog ni terbiar, blog aku lagi satu tetap aktif.

Now nak aktif balik di blog ni. Sebab blog yang lagi satu tu aku nak silent pulak.

Ok, berbalik kepada topik utama.

Susun atur!! Yeay!!!

Tercapai juga hasrat untuk ada meja solek yang baru.

Sebelum ni aku ada share susun atur meja solek aku yang lama. Boleh refer dekat link ni.

Selepas susun atur yang aku kongsikan tu, ada beberapa penambah baikan yang aku buat. Susunan lebih kemas dan cantik dan lebih praktikal, malangnya waktu kan aku tak aktif berblog, jadi takdelah ambil gambar selepas penambahbaikan itu.

Untuk meja solek yang baru ni, aku guna drawer MALM Ikea. Suka sangat drawer ni ok. Sangat praktikal. Dah ada dua buah dah MALM ni kat rumah.

Ginilah bentuk drawer tu. Kalau warna putih, harganya RM299 je.

Untuk bahagian 1 ni, aku akan kongsikan susun atur atas meja solek ni je. Jom layan gambar.

Pandangan keseluruhan. Ada serving stand, ada botol-botol, ada mekap organizer

Pandangan sisi. Owh, ada hiasan lilin di hujung tu. Goodies kenduri kahwin

GARNERA serving stand. RM49.90. Praktikal benda alah ni. 1st tier, aku letak brooch, jarum peniti, rantai. 2nd tier, aku letak koleksi perfume.

Again, GARNERA serving stand

Botol sikat dan botol mekap brush. Ada kisah sedih dengan botol brush tu.

Again. Bebotol.

Mekap organizer. Lama dah aku guna organizer ni. Suka sangat. Praktikal. Semua barang mekap yang kecil-kecil aku letak dalam organizer ni.

Cenggitu lah susun atur atas meja solek. Tetapi, ada kisah sedih. Nampak tak cermin belakang tu. Aku tak attach lagi ke dinding. Just selotape je dulu. Sebabnya, azab ok nak drill dinding konkrit ni. Susah sangat nak tembus. Kalau korang ada tips camne nak drill konkrit sharelah k.

Jadi pada satu malam. Dalam pukul 1 pagi. Bumm!!! Cermin tu jatuh meniarap atas meja solek tu dan menghumban segala barang atas meja tu ke lantai. Kuat sangat bunyinya. Alhamdulillah cermin tak pecah. Yang pecah botol yang isi berus dan botol kaca di atas Garnera tu. Huhuhu. Dan satu botol perfume saiz deluxe pecah. Dan dua piring kepala orang tu pun pecah berkecai.. Huhuhu..

Jadi lepas kejadian itu, tempat letak berus dan mini perfume di tukar ke dalam bekas lain. Nantilah aku share ye. 

Jadi bagaimana susun atur meja solek korang. Sharelah sikit kat blog korang. Nanti aku terjah.

Tamat bahagian 1.

See ya!!!



5 ulasan:

  1. Waaa, sy bo smpi kt blog awak sbb dpt notis awak reply komen sy kt rak kasut trones..
    Dah setahun sy komen, kuikui..

    Aik, 299 ek utk putih? Sy ada beli yg putih, 4tingkat jgk, tp dh lupa harga. buat letak baju tshirt, cadar n tuala. Suka jgk rak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikiki dah setahun baru saya nak reply...

      Best kan... lagi satu MALM tu pun saya letak baju and benda kecik kecik. Ha ah 299. Taktaulah kalau time tu tgh offer warna putih tu. Jadi harga murah.

      Padam
  2. Banyak alat mekap zarith...kemas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana mana alat mekap... kikiki =P

      Padam
  3. heheh... sama dengan kita jugak.. kite punya warna putih..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...